Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
The Red Warriors hadapi tugas getir
Posted by JustKelantanFA
On
Saturday, April 16, 2011
The Red Warriors hadapi tugas getir
2011-04-16T08:04:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Norshahrul,Shakir dan Daudsu tidak dapat diturunkan lawan Sabah
Sekuad The Red Warriors sekali lagi akan menerima ujian getir malam ini kerana bakal kehilangan tiga tonggak utama dalam saingan Liga Super menentang Sabah di Kota Bharu,malam ini,akibat mengumpul kad kuning selain menimpa kecederaan.
Bagi menempuhi perlawanan pada malam ini,ketua jurulatih Kelantan M.Karathu bakal menurunkan pemain muda bagi mengisi kekosongan yang di alami pasukan,Nidzad bakal mengambil alih posisi Norshahrul,manakala Badri(Piya) yang direhatkan sebelum ini akan kembali ke posisi asal ditinggalkan Shakir dan Subra akan mengambil alih posisi Daudsu.
Kelantan terpaksa menerima hakikat bahawa tiga tonggak ini telah menerima tiga kad kuning selain kecederaan.Peluang pemain muda menunjukkan kebolehan dengan mempamerkan aksi yang terbaik serta membuktikan betapa pentingnya mereka apabila tonggak utama tiada dan agar mereka dapat mengalas cabaran,sekali gus merobek gawan lawan.
Pada perlawanan malam ini sekuad The Red Warriors harus bangkit bagi memastikan tidak tercicir mata dengan pendahulu liga.Pasukan Sabah juga harus di awasi kerana mereka pernah meleburkan rekod tanpa kalah Perak(2-1) selain seri 2-2 ketika bertemu Perlis dalam dua perlawanan sebelum ini.
Barisan kemungkinan:
Kelantan FA
Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Danial Fadzly Abdullah, Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Nizab Ayub dan S Chanturu.
The Red Warriors hadapi tugas getir
2011-04-16T08:04:00+08:00
JustKelantanFA