Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Piala Sumbangsih di Bukit Jalil
Posted by JustKelantanFA
On
Tuesday, January 3, 2012
Piala Sumbangsih di Bukit Jalil
2012-01-03T12:33:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Sebelum ini, Stadium Sultan Mohamad ke IV dijanjikan medan perlawanan kerana Kelantan adalah bekas juara Liga Super musim lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat kerana masalah tengkujuh di Kelantan ketika ini mungkin menganggu perlawanan pada Sabtu ini.
“Disebabkan masalah hujan yang berlarutan serta beberapa masalah lain, mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan Sumbangsih di Kota Bahru memutuskan untuk mengubah venue perlawanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya.
“Harga tiket, tarikh dan masa perlawanan 8.45 malam tidak berubah,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden FAM berkata kedua-dua pasukan telah menyatakan persetujuan untuk beraksi di stadium yang boleh memuatkan hampir 90,000 penonton.
JKPT FAM menetapkan tiket perlawanan tersebut berharga RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM30 untuk tempat duduk utama (grandstand).
Piala Sumbangsih di Bukit Jalil
2012-01-03T12:33:00+08:00
JustKelantanFA