Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Perlawanan akan datang
Posted by JustKelantanFA
On
Monday, January 31, 2011
Perlawanan akan datang
2011-01-31T21:55:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Kelantan
Vs
Terengganu
Tarikh: 01/02/2011
Tempat: Stadium Sultan Muhammed ke-iv
Masa : 8.45 Pm
Bolakelateloni-Perlawanan kedua bagi liga super sekuad The Red Warriors akan bertemu dengan sekuad Terengganu yang dijadualkan berlansung malam esok.Kepada peminat kedua-dua pasukan bolehlah membeli tiket awal.Kaunter tiket akan dibuka seawal jam 2 petang.Jangan lepaskan peluang ini datang awal ke stadium untuk mengelakkan anda daripada tidak mendapatkan tiket.sekian terima kasih.gomo kelate gomo!!!...
Piala Sumbangsih milik kita!!
Posted by JustKelantanFA
On
Sunday, January 30, 2011
Piala Sumbangsih milik kita!!
2011-01-30T12:47:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Kesebelasan utama Pemain The Red warriors
[Piala Sumbangsih 2011] Norshahrul(Penalti)
[Piala Sumbangsih 2011] Mohd Badri Radzi
M.Karathu cakap Penyokong Red Warrios macam Brazil
Posted by JustKelantanFA
On
Thursday, January 27, 2011
M.Karathu cakap Penyokong Red Warrios macam Brazil
2011-01-27T22:09:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Bolakelateloni-Dalam sibuk mengemaskan tempat untuk tidur sempat juga ambo buka FB kalau-kalau ada benda yang menarik dapat dibaca,dalam tengok punya tengok kawan yang online sempat juga ambo terlihat nama jurulatih baru bagi sekuad The Red Warriors ini iaitu Karathu Maruthaiah yang online.Ambo pun apa lagi lalu menawarkan kepada beliau untuk melihat blog ambo yang tak berapa menarik lah mana ni.bual punya bual dia pun kata penyokong kelantan ni macam Brazil semangatnya.Sebagai bukti ambo bagi lah ckit perbualan ambo dengan jurulatih sekuad Red Warriors yang baru..hehe..gomo kelate gomo..
M.Karathu jurulatih baru sekuad The Red Warriors
Posted by JustKelantanFA
On
Wednesday, January 26, 2011
M.Karathu jurulatih baru sekuad The Red Warriors
2011-01-26T22:05:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Bolakelateloni-Akhirnya isu perlantikkan jurulatih baru sekuad The Red Warriors terjawab setelah diumumkan oleh presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa dalam wawancara bersama televisyen swasta iaitu Astro arena hari ini.
Isu perlantikan jurulatih berlaku apabila jurulatih yang membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, b.sathianathan digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) kerana mengkritik isu perlawanan liga super antara Terengganu dan Perlis tahun lepas.
"M.Karathu akan mula melatih sekuad The Red Warriors bermula esok,"Kata Tan Sri Anuar Musa.Bersama-sama kita nantikan usaha yang dilakukan oleh jurulatih baru sekuad kita..Gomo kelate gomo..
FAM bertindak diluar jangkaan lagi!!!
Posted by JustKelantanFA
On
Tuesday, January 25, 2011
FAM bertindak diluar jangkaan lagi!!!
2011-01-25T13:22:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
bolakelateloni-tindakan FAM kali ini menampakan lagi ketidak prefesionalan pergurusan badan induk itu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda antara badan induk itu dengan pihak pengurusan bolasepak negeri,ada saja masalah yang ingin di timbulkan oleh badan induk itu terutama apabila melibatkan negeri Kelantan.
Keputusan yang dilakukan oleh FAM untuk mengekalkan hukuman keatas Pengendali sekuad The Red Warriors b.sathianathan ,disaat empat hari sebelum sepak mula liga super yang akan mempertemukan Kelantan menentang Selangor bagi merebut piala sumbangsih yang dijadualkan pada 29 hb ini.
B.Sathiathan yang sebelum ini melemparkan kritikan terhadap perlawanan Terengganu dan Perlis yang sepatutnya diadakan di stadium Kangar, namun di ubah ke Stadium Terengganu akibat masalah teknikal.
Sebelum ini pihak FAM telah membuat kejutan dengan mengantungkan b.sathianathan disaat pemain Kelantan memerlukan bimbangan beliau ketika Kelantan menentang Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia tahun lepas.
Hukuman yang dibuat oleh badan induk bola sepak negara itu (FAM) lebih berat daripada hukuman oleh konfederasi badan induk bolasepak Inggeris iaitu(FA) jika melibatkan perkara yang hampir sama.Sebagai contoh Sir Alex Furguson yang mengkritik keputusan pengadil hanya dikenakan denda berbentuk wang dan jika kena pergantungan sekurangnya hanya satu atau dua perlawanan sahaja.,tetapi wajarkah Fam mengenakan denda dan pergantungan sehingga enam bulan kepada b.sathianathan.Sedarlah wahai Fam jangan sampai bakat yang ada pada Jurulatih didalam negara akan terus berkubur begitu sahaja.
Happy Tampil penaja Utama Sekuad The Red Warriors bagi musim 2011
Posted by JustKelantanFA
On
Sunday, January 23, 2011
Happy Tampil penaja Utama Sekuad The Red Warriors bagi musim 2011
2011-01-23T18:02:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Bolakelateloni-Happy tampil sebagai penaja utama bagi sekuad The Red warriors bagi musim 2011 ini.Happy merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terbesar didalam negara.Majlis menandatangani kontrak penajaan diadakan pada pukul 12.30 tgh tadi di Kelantan Trade Canter(KTC) yang turut dihadiri penaja-penaja sekuad red warriors yang lain iaitu seperti Al-jabbar,yusmira trading,sinar harian, umbro dan ahhamra.
Keputusan penuh siri jelajah Utara
Posted by JustKelantanFA
On
Friday, January 21, 2011
Keputusan penuh siri jelajah Utara
2011-01-21T22:15:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Kedah 1 : 0 Kelantan
Usm 1 : 0 Kelantan
Perlis 0 : 2 Kelantan
P.Pinang 0 : 4 Kelantan
Bolakelate loni - Siri perlawanan pra-musim jelajah utara bagi sekuad The Red Warriors bagi musim ini telahpun berakhir petang tadi dengan noktah kemenangan apabila membelasah Pulau Pinang 4-0 di stadium bandaraya Pulau pinang.
Jaringan hasil daripada Norshahrul Idlan Talaha (min ke-6),Mohd Badri Radzi(min ke-23),Nidzad Ayub (min ke-60 penalti),Khairan Eroza (min ke-69)sudah mula menunjukkan keserasian bagi sekuad The Red Warriors bagi musim baru ini.
Dengan dua kemenangan dan dua kekalahan menunjukkan kesimbangan bagi perlawanan pra-musim siri jelajah utara bagi musim ini.Taktakala ramai penyokong fanatik Red Warriors mula rasa bimbang apabila kekalahan demi kekalahan yang menimpa sekuad red warriors bagi musim ini apabila mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.Tetapi sejak akhir-akhir ini sudah mula nampak peningkatan dan kesefahaman dikalangan pemain The Red Warriors,itu sedikit mengurangkan tekanan kepada penyokong sekuad The Red Warriors.Agar pemain The Red Warriors melakukan yang terbaik bagi musim ini..Gomo Kelate Gomo..!!!!
Jadual bagi sekuad liga super The Red Warriors 2011
Posted by JustKelantanFA
On
Wednesday, January 12, 2011
Jadual bagi sekuad liga super The Red Warriors 2011
2011-01-12T23:01:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
15/1/2011 - Kedah VS Kelantan (Stadium Darul Aman, Alor Star)
17/1/2011 - USM VS Kelantan
18/1/2011 - Perlis VS Kelantan (Stadium Kangar)
21/1/2011 - Pulau Pinang VS Kelantan
Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan sepanjang lawatan sekuad The Red Warriors dalam sesi jelajah ke utara.
Sekitar Majlis Menperkenalkan Pemain The Red Warriors 2011
Posted by JustKelantanFA
On
Friday, January 7, 2011
Sekitar Majlis Menperkenalkan Pemain The Red Warriors 2011
2011-01-07T23:19:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
En.Azman Ibrahim & Datuk Chan(Pemilik Cardiff City)
Sebahagian barisan The Red Warriors
Nurul Azwan Royal & Norshahrul Idhlan
Nickolas Chan & Peminat Cilik
Bolakelateloni-Rata-rata peminat The Red Warriors pasti kecewa dengan jadual perlawanan liga super bagi musim ini untuk pasukan Kelantan yang diumumkan oleh pihak Fam baru-baru ini apabila pasukan Kelantan terpaksa bermain sebelah petang akibat daripada keadaan lampu limpah di Stadium gagal memenuhi piawaian yang dihendaki oleh pihak Fam iaitu melepasi tahap kecerahan 800 lux sebelum 7/1/2011.
Perbadanan Stadium diharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memastikan kegemilangan dan kemeriahan bolasepak Kelantan berkekalan sepanjang tahun ini sekiranya perlawanan diadakan pada sebelah petang pada hari selasa akan mengurangkan kehadiran penyokong sepertimana yang dapat dilihat pada musim lepas apabila diadakan pada sebelah malam..
READ MORE
Perbadanan Stadium diharap dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi memastikan kegemilangan dan kemeriahan bolasepak Kelantan berkekalan sepanjang tahun ini sekiranya perlawanan diadakan pada sebelah petang pada hari selasa akan mengurangkan kehadiran penyokong sepertimana yang dapat dilihat pada musim lepas apabila diadakan pada sebelah malam..
Posted by JustKelantanFA
On
Wednesday, January 5, 2011
2011-01-05T19:18:00+08:00
JustKelantanFA
Comments
Bolakelateloni:Kota Bharu- Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA)akan memperkenalkan pemain-pemain yang mewakili sekuad The Red Warriors bagi musim 2011 ini di perkarangan
ruang legar KB Malll,Kota Bharu pada pukul 3petang jumaat ini.
Pada majlis tersebut juga akan turut akan diadakan majlis melancarkan jersi baru bagi sekuad The Red Warriors musim ini.Majlis tersebut juga turut akan dihadiri oleh Datuk Chan Thien Ghee iaitu pengerusi kelab bola sepak Cardiff City sebagai jemputan khas.
Bagi seluruh peminat-peminat The Red Warriors jangan lepaskan peluang ini ayuh kita sama-sama meriahkan majlis ini dikhabarkan majlis ini turut menampilkan Piala Malaysia,Piala Emas Raja-raja dan juga Piala yang terbaru sekuad Harimau Malaya yang baru menangi iaitu Piala Suzuki AFF.
Bolakelateloni-3jan : Penjaga gol sekuad kebangsaan dan The Red Warriors Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan gelaran (apex) telah dihadiahkan sebuah rumah oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu acara majlis sebentar tadi.Ini adalah kerana jasa beliau yang mengemudi benteng akhir skuad negara sehingga digelar juara Piala AFF seterusnya menamatkan kemarau 14 tahun kejuaraan bagi sekuad Harimau Malaya.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis tersebut.
Keupayaan Khairul Fahmi terserlah apabila berjaya menahan asakan bertubi-tubi daripada pasukan Indonesia pada Final kedua di Stadium Bung Karno apabila menyelamatkan tendangan penalti yang dilakukan Firman utina kapten pasukan Indonesia walaupun pasukan negara tewas 2-1 pasukan negara layak digelar juara dengan agregat 4-2 ketika belasah Indonesia pada pertemuan final pertama 3-0 di Stadium Bukit Jalil.
KELANTAN FA
VS
SELANGOR FA
Tempat: Stadium Shah Alam
Masa: 8.45 Mlm
Tarikh: 29 Januari 2011
Bolakelateloni- Selangor(RedGiant) dan Kelantan(The Red Warriors) akan membuka saingan liga M 2011 dalam perlawanan piala sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.Perlawanan akan berlansung pada 29 januari 2011 ini di stadium Shah Alam,pukul 8.45 malam.Perlawanan ini akan menjanjikan saingan yang menarik bagi kedua-dua pasukan yang digelar gergasi bagi pasukan bolasepak tanah air sekarang bagi merebut piala sumbangsih.Apa yang menjadi kerisauan dikalangan peminat tempatan adalah risau akan kejadian pergaduhan para penyokong fanatik kedua-dua pasukan akan berulang kembali seperti perlawanan suku akhir Piala Malaysia akhir tahun lalu..Jadi sebagai peringatan bagi kedua-dua penyokong Red Giant dan The Red Warriors haruslah bekerjasama demi untuk memartabatkan kembali maruah bola sepak negara.Apa yang saya nak cakap adalah saya amat tertarik dengan semangat para penyokong ketika Piala AFF Suzuki Cup tidak kira dari pelusuk negari menyokong sama-sama pasukan kebangsaan sehingga bergelar juara.Kita haruslah kekal menyokong pasukan kita walaupun menang atau kalah.Gomo Kelate Gomo!!!