• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan buat persiapan awal

Posted by JustKelantanFA On Friday, September 30, 2011 Comments


Uji trio import

Skuad red warriors akan membuat persiapan awal saingan musim depan apabila bakal menguji enam pemain import untuk diserapkan dalam pasukan.Enam pemain import tersebut masing-masing dari Ivory Coast,Croatia,Ghana dan Nigeria.

Kesemua pemain akan diuji secara berperingkat melalui ujian yang akan diadakan dan hanya tiga pemain yang akan terpilih.Tiga pemain akan diuji pada perlawanan persahabatan dengan kelab dari Thailand,Songkla FC manakala selebihnya dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang lain.

Bagaimanapun hanya dua akan didaftarkan untuk saingan Liga Malaysia seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).Seorang lagi akan di daftarkan untuk beraksi dalam kejohanan Piala AFC tahun depan.

Walaupun persiapan tersebut dilihat terlalu awal,ia penting buat skuad Kelantan untuk persaingan peringkat antarabangsa nanti.
READ MORE

Kelantan juara Kumpulan C

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, September 27, 2011 Comments

Kelantan akhirnya berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menjadi juara kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia kali ini,apabila berjaya menundukkan Felda United FC 2-0 di Stadium Kota Bharu sebentar tadi.Dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Norshahrul Idhlan Talaha pada minit ke-62 dan 70.

Dalam saingan suku akhir skuad Red Warriors bakal bertemu Terengganu yang merupakan naib juara kumpulan B.Jadual bagi saingan suku akhir dijangka pada 10 dan 14 oktober akan datang.
READ MORE

The Red Warriors bakal jumpa siapa??

Posted by JustKelantanFA On Comments




KOTA BHARU – ‘Tak kisahlah Terengganu ataupun Negeri Sembilan.’ Begitulah komen spontan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, ketika ditanya mengenai lawan yang bakal berhadapan dengan Kelantan dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Mengakui kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan yang tersendiri, pengendali berusia 68 tahun itu, jelas tidak mahu berlebih-lebihan memikirkan mengenai pasukan lawan yang bakal dihadapi, sebaliknya lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada persiapan pasukannya menghadapi KL Felda United FC pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan malam ini.



“Apabila berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik, kita dikategorikan antara pasukan yang terbaik.

“Bagi saya, dalam saingan kalah mati ini semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang. Kalau Terengganu, Negeri Sembilan merupakan pasukan yang kuat, kita juga kuat.

“Apabila sampai ke peringkat ini, suka atau tidak kita kena hadapi mana-mana pasukan. Namun fokus awal saya sudah pasti terarah kepada pertemuan menentang KL Felda United FC malam ini. Kita tetap akan menurunkan barisan terkuat walaupun beberapa pemain utama terpaksa diketepikan.

“Soal siapa juara atau naib juara kumpulan itu bukan persoalan yang saya perlu fikirkan.

“Kita akan turun main macam biasa dan buru kemenangan. Memang saya akan buat sedikit rombakan, namun saya percaya dengan kebolehan pemain simpanan yang bakal diturunkan malam ini,” katanya.
READ MORE

Piala Malaysia:Kelantan Fa vs Johor Fc

Posted by JustKelantanFA On Saturday, September 10, 2011 Comments

Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu mahu barisan pemain Kelantan meneruskan rentak cemerlang seperti yang dipamerkan ketika menumbangkan Sarawak 2-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu.

“Kejayaan menumbangkan Sarawak dalam perlawanan pembukaan itu merupakan permulaan yang baik buat Kelantan, jadi saya harap kita dapat meraih tiga mata dalam pertemuan malam esok (malam ini).

“Walaupun kita pernah menumbangkan mereka dalam saingan Piala FA dan liga lalu, namun saya tidak akan mengambil mudah pertemuan kali ini.

“Saya tahu Johor FC merupakan sebuah pasukan yang baik dan sukar untuk dikalahkan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, dia yakin Johor FC akan berjuang habis- habisan seterusnya mencipta kejutan untuk menumbangkan skuad The Red Warriors.

Karathu berkata, para pemainnya sudah bersiap sedia dan tidak sabar untuk turun beraksi dalam perlawanan tersebut yang merupakan aksi pertama di gelanggang sendiri.

“Kita akan menurunkan barisan terkuat dalam pertemuan ini. Saya berharap para pemain dapat memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki dengan menjaringkan gol bagi memastikan kita meraih kemenangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurulatih yang kaya dengan pengala- man itu memberitahu, kemenangan dalam perlawanan ini cukup penting buatnya untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan seterusnya.

“Kemenangan dalam perlawanan malam ini akan mencerahkan peluang buat The Red Warriors mengumpul mata maksimum dan melangkah ke saingan seterusnya,” ujarnya.

READ MORE

Kelantan yakin kutip mata penuh

Posted by JustKelantanFA On Friday, September 9, 2011 Comments

Skuad The Red Warriors yakin mengekalkan rentak kemenangan menjelang pertemuan kedua saingan Piala Malaysia 2011 menentang Johor FC di Kota Bharu esok.

Penyudah yang tajam bakal menjadi sandaran Kelantan, jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu semasa merobek gawang Sarawak 2-0 dilihat akan menggerunkan pihak lawan.

Kelibat Chanturu yang lincah serta bijak menyudahkan peluang dilihat dapat diulang di dalam perlawanan menentang Johor FC.

Lawan mereka, Johor FC pula hadir ke Kota Bharu dengan diganggu berita ketua jurulatih, Azuan Zain tidak sihat walaupun misi mereka di Kota Bharu sekadar membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan.

Sama-sama kita nantikan perlawanan yang akan disiarkan secara langsung melalui astro arena malam esok.


READ MORE

Piala Malaysia:Kelantan vs Sarawak

Posted by JustKelantanFA On Monday, September 5, 2011 Comments

Kelantan sudah bersedia

Sekuad The Red Warriors sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pertama menentang Sarawak di halaman lawan malam ini,dalam saingan pertama peringkat kumpulan C Piala Malaysia.Kelantan yang turun selaku juara bertahan Piala Malaysia enggan memandang rendah dengan keupayaan skuad bumi kenyalang itu.

kelantan yang diletak selaku pasukan pilihan untuk layak ke peringkat suku akhir dalam kumpulan C tidak mahu terus dibuai dengan kelebihan yang ada dan tumpuan kini ialah misi untuk memungut tiga mata pertama dalam perlawanan pertama malam ini.

Bagi saingan Piala Malaysia kali ini,Kelantan di bantu oleh dua peledak dari skuad Pahang untuk membantu jentera serangan dengan menandatangani Azamudin Akil dan R.Surendran selaku pemain pinjaman bagi perkuatkan bahagian serangan Red Warriors yang di pimpin Norshahrul Idhlan Talaha.

Misi Kelantan bagi saingan Piala Malaysia kali ini ialah mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas.

READ MORE

.:Views and Suggestions:.