• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan yakin kutip mata penuh

Posted by JustKelantanFA On Friday, September 9, 2011 Comments

Skuad The Red Warriors yakin mengekalkan rentak kemenangan menjelang pertemuan kedua saingan Piala Malaysia 2011 menentang Johor FC di Kota Bharu esok.

Penyudah yang tajam bakal menjadi sandaran Kelantan, jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan S Chanturu semasa merobek gawang Sarawak 2-0 dilihat akan menggerunkan pihak lawan.

Kelibat Chanturu yang lincah serta bijak menyudahkan peluang dilihat dapat diulang di dalam perlawanan menentang Johor FC.

Lawan mereka, Johor FC pula hadir ke Kota Bharu dengan diganggu berita ketua jurulatih, Azuan Zain tidak sihat walaupun misi mereka di Kota Bharu sekadar membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata di gelanggang lawan.

Sama-sama kita nantikan perlawanan yang akan disiarkan secara langsung melalui astro arena malam esok.


.:Views and Suggestions:.