• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan dapat Stadium Baru

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 18, 2011 Comments
Gambar hiasan 1:Ilustrasi

Harapan peminat setia The Red Warriors untuk melihat Stadium baru dibina di Kelantan akhirnya tercapai apabila Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan akan membina satu Kompleks sukan dan sebuah Stadium baru yang berkapasiti 40 000 tempat duduk di bandar baru Bukit Merbau,Pasir Puteh.Dipetik dari kenyataan media selepas mesyuarat exco bertarikh pada 18 mei 2011.

Dengan terbinanya Stadium ini akan menjadikan satu lagi fenomena baru arena Bola sepak Kelantan.Berdasarkan kehadiran penonton ke stadium sebelum ini sudah tidak dapat disangkal lagi,setiap kali perlawanan melibatkan pasukan The Red Warriors stadium pasti akan sentiasa penuh dengan kehadiran penonton.


Gambar hiasan 2:Ilustrasi

Harapan seluruh rakyat Kelantan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melihat berdiri teguhnya stadium yang megah dan serba canggih akan dibina di Kelantan.Akhirnya melalui pengumuman yang diberikan,sudah pastinya rata-rata peminat bolasepak Kelantan yang ditemui menarik nafas lega dan bersyukur di atas pembinaan ini.

Dijangkakan stadium yang bakal dibina akan disediakan beberapa buah surau untuk kemudahan penonton yang hadir untuk menunaikan ibadah tidak seperti kebanyakkan stadium yang lain yang mempunyai ruang solat yang agak sempit.Design untuk pembinaan sebenar stadium ini belum diputuskan.

Gambar hiasan

.:Views and Suggestions:.