• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors teruskan momentum Kemenangan

Posted by JustKelantanFA On Friday, May 6, 2011 Comments
S.chanturu cuba diasak pertahanan Kedah


Kelantan berhasil memungut tiga mata apabila berjaya menewaskan Kedah 2-0 di halaman sendiri sebentar tadi.Dengan kemenangan ini,sekuad The Red Warriors terus menerajui Liga yang di ekori rapat Selangor ketika ini yang turut mencatat kemenangan ke atas Johor FC.

Pada perlawanan malam ini,kedua-dua pasukan saling membalas serangan keatas kubu lawan masing-masing.Beberapa percubaan berbahaya berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan ini.Kekebalan penjaga gol kedua-dua pasukan menyebabkan tiada jaringan gol dihasilkan pada separuh masa pertama.

Ketika rehat separuh masa pertama mungkin corak permainan berjaya di ubah oleh pengendali pasukan masing-masing dan melalui pertukaran beberapa pemain sehinggalah gol pertama berjaya dihasilkan oleh sekuad The Red Warriors hasil jaringan Khalid Jamlus pada minit-53 yang masuk mengantikan K.Soley.

Pada minit-65 sekali lagi Stadium Sultan Muhammed bergema dengan sorakkan penonton yang hadir apabila S.Chanturu berjaya menambah gol ke-2 untuk Kelantan.Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan hampir berjaya menambah jaringan melalui Kapten pasukan Badri Radzi yang melepaskan sepakan yang sedikit terkena palang gol yang dikawal Helmi eliza.

Barisan pemain The Red Warriors

Barisan pemain Sang Kenari

Video jaringan gol :



.:Views and Suggestions:.