• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Piala Malaysia Milik kita

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 31, 2010 Comments




Akhirnya piala malaysia berjaya menjadi milik kita,tahniah kepada pemain-pemain The Red Warriors kerana telah bermain dengan cukup baik malam tadi sehingga menterjemahkan kejayaan bagi pasukan red warriors walaupun ketinggalan pada babak pertama.gomo kelate gomo..teruskan sokongan anda pada pahlawan kita...
READ MORE

Pasukan mana bakal bergelar juara Piala Malaysia??

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, October 27, 2010 Comments
Perang saraf menjelang final Piala Malaysia, sabtu ini sudah bermula dan ianya didahului oleh pemain negeri sembilan yang berazam sekali lagi mahu menjulang trofi Piala Malaysia itu buat kali kedua berturut-turut.Bagi kedua-dua Jurulatih B.sathianathan dan Wan Jamak sudah tentu menunding jari kepada lawan untuk tidak dilabelkan pasukan pilihan pada anak buah masing-masing menjelang pertemuan final Piala Malaysia pada sabtu ini.

Bagaimanapun inilah kemuncak atau penentuan segala-galanya dalam liga Malaysia musim 2010
apabila kedua-dua pasukan ini akan membuat perhitungan pada final Piala Malaysia 2010 sabtu ini.Pada hemah anda adakah Pasukan kita akan berjaya membawa pulang Piala malaysia pada edisi kali ini?kita tunggu dan lihat adakah Pasukan kita mengenggam trofi Piala Malaysia kali ini..
READ MORE

Kegembiraan Pemain The Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 24, 2010 Comments


Pemain-pemain The Red Warriors meraikan kejayaan setelah mara ke final buat tahun
kedua berturut-turut setelah membenam kedah 1 : 0 pada perlawan semalam.



Tiada apa yang dapat diungkapkan oleh pemain-pemain The Red Warriors setelah layak dua musim berturut-turut mara ke final dan apa yang menarik ialah menentang musuh yang sama iaitu sekuad hoben jang hoben yang mengulangi perlawanan piala Malaysia 2009.Kekalahan 3-1 pada perlawanan musim lepas masih menjadi ingatan sesetengah pemain red warriors,tetapi pada tahun ini pahlawan kita lebih bersedia dan tidak mahu edisi luka musim lepas berulang kembali..ayuh kita sama-sama berkonvoi ke bukit Jalil 30 hb ini untuk memberi sokongan yang padu pada Pahlawan kita.
READ MORE

Wajarkah B.Sathianathan Dihukum FAM ?????

Posted by JustKelantanFA On Comments
Mungkin itu yang terfikir dibenak fikiran kita tatkala hanya tinggal satu lagi baki perlawanan pentas final yang akan dilalui oleh sekuad The Red Warriors perkhabaran yang diterima cukup-cukup mendukacita semua pihak apabila FAM sekali lagi gagal menunjukan sikap dengan profesional menghukum sesiapa sahaja yang cuba memberi komen tentang bola sepak tempatan,terutamanya kepada sekuad bolasepak kita iaitu Kelantan yang seringkali dilabelkan dengan penyokong ganas,walaupun satu insiden dimulakan oleh pihak lawan contohnya ketika perlawanan antara selangor dan Kelantan tempoh hari. Patutkah sebuah badan induk bolasepak tempatan itu tidak sanggup menerima komen daripada sesiapa sahaja dalam arena bola sepak tempatan ini demi untuk memertabatkan kembali bola sepak tempatan.Jika beginilah keadaannya sampai bila pun bolasepak tempatan tidak akan maju.
READ MORE

Perlawanan Terbaru

Posted by JustKelantanFA On Saturday, October 23, 2010 Comments





Kelantan 1 : 0 Kedah
Shahrul Idlan
m-78



STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat: Kelantan (4) Kedah (1)
Percubaan tersasar: Kelantan (12) Kedah (3)
Sepakan sudut: Kelantan (10) Kedah (4)
Sepakan percuma : Kelantan (20) Kedah (10)
Offsaid: Kelantan (1) Kedah (3)
Kekasaran: Kelantan (9) Kedah (14)
Kad kuning: Kelantan (1) Kedah (3)
Kad merah: Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa Tambahan : 4 minit
Penguasaan bola: Kelantan (55%) Kedah (45%)
READ MORE

Final....final....final

Posted by JustKelantanFA On Comments


Penjaring gol kita


Akhirnya The Red Warriors sekali lagi ke pentas final apabila menundukan sekuad sang kenari 1-0,apabila jaringan cantik yang dilakukan Norshahrul Idlan Talaha melalui sepakan sudut pada minit 78 yang terus menerjah kedalam gol,gagal ditangkap kemas oleh Helmi eliza.Pada pertemuan final kali ini sekali lagi mengulangi pertemuan final Piala Malaysia 2009 antara sekuad kita The Red Warriors dengan Negeri Sembilan.Negeri Sembilan mara dengan agregat 2-1 setelah menumpaskan Johor Fc.
READ MORE

Jurulatih Pasukan Red Warriors Digantung

Posted by JustKelantanFA On Comments




Jurulatih pasukan kita iaitu B.Sathianathan telah di gantung 6 bulan kerana disebabkan perkara kecil iaitu memberi komen kepada FAM ketika perlawanan liga super antara Perlis dan Terengganu semasa TM liga super lepas.Sepatutnya perlawanan tersebut diadakan di Perlis tetapi disebabkan stadium Perlis digunakan dan Fam menukarnya kepada stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di terengganu ini memberi kelebihan pasukan terengganu kerana bermain dihalaman sendiri.Apa yang dikomenkan sathia ialah Fam perlu bertindak bijak dengan memberikan stadium berkecuali pada perlawanan tersebut sekiranya stadium tidak dapat digunakan.Ini sekali lagi kebodohan Fam menghukum seorang jurulatih yang berwibawa seolah-olah ingin mematikan kemeriahan bola sepak tempatan,terutamanya kepada bolasepak kelantan..
READ MORE

Perlawanan Separuh Akhir

Posted by JustKelantanFA On Friday, October 22, 2010 Comments




Mampukah pasukan red warriors mengukir nama sekali lagi mara ke pentas final buat tahun kedua berturut-turut apabila pasukan kita akan bertemu dengan sekuad sang kenari separuh akhir kedua di stadium keramat kita pada malam esok..nantikan dengan penuh debarannya sama-sama kita sokong pasukan kita.gomo kelate gomo...
READ MORE

Separuh Akhir

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 17, 2010 Comments






Penantian telah terjawab akhirnya sekuad The Red Warriors akan bertemu skuad Sang Kenari pada separuh akhir setelah membenam sekuad Sang Penyu 3-0 pada suku akhir kedua semalam..Jadual perlawanan separuh akhir pertama dijadualkan pada 20/10/10 di stadium Darulaman Kedah.
READ MORE

Perlawanan Separuh Akhir

Posted by JustKelantanFA On Saturday, October 16, 2010 Comments











Sabtu 16/10/10


Setelah The Red Warriors membenam pasukan red giant pada pertemuan separuh akhir kedua di stadium sultan Muhammed ke-iv semalam dengan penuh bergaya 3-0 kini pasukan gergasi kita akan menunggu sama ada pasukan kedah atau terengganu yang akan layak bertemu pasukan kita pada pertemuan separuh akhir nanti..Mari kita sama-sama teruskan sokongan kepada pasukan kita..nantikan debaran malam ini sama ada terengganu atau kedah yang layak pada malam ini untuk bertemu The Red Warriors separuh akhir nanti...We are the champion!!Gomo Kelate Gomo!!!
READ MORE

.:Views and Suggestions:.