• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly Match: Kelantan FA vs Malaysia

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, January 31, 2012 Comments


Perlawanan persahabatan
1 Febuari 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 Pm



PENDAHULU Liga Super, Kelantan akan menguji kehebatan skuad senior kebangsaan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.


Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim berkata, dalam perlawanan tersebut The Red Warriors berkesempatan menguji seorang pemain import dari Nigeria yang beraksi di posisi pertahanan.

“Ini merupakan peluang terbaik kami menguji bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri yang beraksi di posisi pertahanan tengah.

“Jika Nwaneri beraksi cemerlang, berkemungkinan dia akan mengikat kontrak bersama Kelantan,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, pihaknya masih mempunyai masa dua minggu sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 13 Februari ini, bagi mengenal pasti pemain import yang sesuai untuk beraksi bersama Kelantan.

“Jadi kami berharap dapat melakukan pemilihan pemain import baru dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lama lagi,” katanya.

Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selain bertemu skuad senior kebangsaan, Kelantan turut menguji kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura dalam satu perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Kota Bharu, pada 4 Februari ini.

Skuad senior kebangsaan yang dibimbing Datuk K Rajagobal, kini menjalani latihan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa bertemu Arab Saudi dan Filipina tidak lama lagi.

Sementara itu, tiket perlawanan Kelantan menentang skuad senior kebangsaan berharga RM10 (terbuka) dan RM20 (grandstand) akan mula dijual jam 5 petang pada hari perlawanan.
READ MORE

Kelantan sign import baru

Posted by JustKelantanFA On Monday, January 30, 2012 Comments
Obinna Nwaneiri


Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA) hari ini menandatangani kontrak dengan bekas pemain Bola Sepak Kebangsaan Nigeria,Obinna Nwaneiri.Pemain yang berusia 29 tahun tersebut turut hadir menyaksikan perlawanan antara Kelantan lawan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Obinna begitu teruja dengan suasana Stadium Sultan Muhammed ke-iv dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya sebelum ini untuk memperkasakan lagi skuad Red Warriors.

Akan membuat penampilan sulung bersama skuad Kelantan dalan aksi persahabatan menentang skuad Harimau Malaya rabu ini.

READ MORE

Semangat berpasukan kunci kejayaan Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Comments


KETUA Jurulatih Kelantan, Peter James Butler mengakui sumbangan setiap pemainnya termasuk pemain import membantu kejayaan Red Warriors membenam Kuala Lumpur 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Jurulatih dari England itu menegaskan, beliau tidak menilai keupayaan seseorang pemain dalam menjaringkan gol sebaliknya lebih mementingkan semangat bekerja secara berpasukan untuk meraih kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan takhta Liga Super musim ini.

“Saya tidak nafikan penyerang dari Lubnan, Mohammad Ghaddar banyak membantu mengatur gerakan kepada rakan lain seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) untuk menghasilkan jaringan buat pasukan Red Warriors.

“Saya tahu dia (Ghaddar) hanya menjaringkan gol melalui sepakan penalti tetapi penyerang dari Lubnan itu mempunyai kemahiran yang baik mengawal bola dan membantu mengatur gerakan untuk rakan menjaringkan gol buat Kelantan. Saya tidak nilai daripada jaringan yang dilakukan pemain sebaliknya kerjasama pemain dalam setiap perlawanan,” katanya.

READ MORE

Kelantan kekal teraju liga

Posted by JustKelantanFA On Sunday, January 29, 2012 Comments
Kesebelasan utama skuad Kelantan

Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perak apabila masing-masing berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam ini.

Dengan kemenangan itu, Kelantan kini mengutip 13 mata, berkelebihan satu mata di depan skuad Penyu dan skuad Seladang, yang terikat mata sama serta dibezakan jaringan gol.

Perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu menyaksikan Kelantan bersemangat mengutip mata penuh apabila membelasah pasukan tercorot liga, Kuala Lumpur 3-0 untuk terus kekal di persada liga.

Bagaimanapun, pasukan The Red Warriors terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk merobek gawang Kuala Lumpur menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit
ke-46 hasil hantaran Indra Putra Mahayuddin sebelum disusuli jaringan kedua oleh Mohd Badri Mohd Radzi (min-78) dan jaringan ketiga menerusi pemain import dari Ghana Antwi Dennis Agyre (min-76).


READ MORE

Kelantan berjaya tutup mulut pengkritik

Posted by JustKelantanFA On Sunday, January 22, 2012 Comments


KELANTAN akhirnya berjaya menghapuskan badi Stadium Darulaman, Alor Setar sejak lebih empat tahun lalu apabila mencatat kemena- ngan pertama selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super malam kelmarin.

Selain itu, kejayaan yang dicatatkan itu cukup signifikan apabila berjaya menutup mulut para pengkritik yang sebelum ini begitu lantang melontarkan kritikan ekoran aksi yang tidak begitu konsisten dipamerkan gergasi Pantai Timur itu.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan yang direkodkan itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim tetap menyifatkan aksi pemain-pemainnya berada di bawah tahap sebenar biarpun berjaya meledak tiga gol.

Menurutnya, kemenangan malam kelmarin turut dibantu faktor nasib dan kelekaan benteng Kedah sehingga Kelantan berjaya menjaringkan gol pada lewat permainan.

"Jika rembatan Faizal (Abu Bakar) yang terkena palang itu menerjah gawang, saya rasa keputu- san pasti berubah. Gol itu pasti memberi semangat kepada Kedah ketika pemain-pemain kita sudah mula hilang fokus. Ketika itu pula kita hanya mendahului dengan satu gol.

"Kemenangan 3-0 semalam (malam kelmarin) tidak mencerminkan kekuatan kita yang sebenar. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, terutamanya untuk tempoh rehat dua minggu ini, tiada apa yang perlu dimegahkan dengan kemenangan semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan tidak begitu bermaya dan Kelantan perlu mengkaji beberapa kelemahan, terutamanya dari segi kecergasan.

Katanya, The Red Warriors perlu lebih bersedia kerana mereka akan dijadualkan bertemu beberapa pasukan gergasi bola sepak tempatan seperti Negeri Sembilan dan Selangor selepas ini.

Ditanya mengenai prestasi dua pemain importnya, Muhammad Ghaddar dan Denny Antwi, Azman berkata: "Kita keluarkan Ghaddar pada perlawanan tersebut kerana dia terlalu mudah kehilangan bola.

"Dia bermain terlalu 'fancy' dan sering mempamerkan teknik individu menyebabkan pemain lain kecewa. Sudah banyak kali diberitahu tetapi perkara tersebut masih berlaku.

"Bagi Antwi, kemasukannya memberi impak, terutamanya terlibat dalam jaringan kedua, selain menjaringkan gol ketiga.

"Dia adalah pemain import dan kehadirannya tidak boleh menjadi seka- dar pelengkap dalam pasukan, perlu bekerja lebih keras."

Dalam pada itu, Azman memberi amaran kepada semua pemain import supaya berubah dan perlu bekerja keras untuk mempamerkan aksi yang terbaik bagi mengelakkan daripada disingkir.

Pada perlawanan tersebut, gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad Ghaddar pada minit ke-39 melalui sepakan penalti selepas Nor- shahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh Fauzi Nan dalam kotak penalti.

Pada minit ke-79 giliran Norshahrul yang menerima umpanan Denny Antwi melepaskan rembatan yang terus menerjah gawang Kedah.

Tirai gol Kelantan ditutup oleh Denny Antwi pada minit-minit akhir perlawanan selepas berjaya merebut bola daripada kaki penjaga gol Kedah, Helmi Eliza sebelum menyepak masuk bola ke gawang.




READ MORE

Kelantan berjaya,Kedah terus merana

Posted by JustKelantanFA On Saturday, January 21, 2012 Comments


Kedah terus dilanda kemarau gol dalam tempoh 360 minit Liga Super musim ini.

Kelantan memburukkan lagi keadaan apabila meraih tiga mata penuh ketika bertandang di Stadium Darul Aman menerusi kemenangan selesa 3-0 yang menyaksikan mereka melonjak ke persada Liga Super.

Sang Kenari membuat kejutan apabila pemain import dari Brazil, Daniel Soares Neves bermula dari bangku simpanan.

Babak pertama beraksi dengan jaringan tunggal pemain import dari Lubnan, Muhammed Ghaddar yang menyudahkan penalti pada minit ke-35 selepas Norshahrul Idlan Talaha yang dijatuhkan Fauzie Nan.

Tiga minit menuju waktu rehat, gerakan Khyril Muhymeen hampir memperdayakan Khairul Fahmi Che Mat namun sepakannya lemah menuju ke gol sehingga sempat dikuis penjaga gol Kelantan itu.

Kelantan menambah lagi dua gol menerusi Norshahrul yang bijak menyempurnakan hantaran Danny Antwi pada minit ke-78 sebelum pemain gantian itu sendiri menyumbat gol peribadi pertamanya berpunca daripada penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza yang lambat mengeluarkan bola dalam kotak penalti.

Sebaik wisel babak kedua ditiupkan, beberapa insiden kekasaran pemain Kedah terhadap Ghaddar mencemarkan permainan tetapi mujur permainan masih dapat dikawal dengan baik.

Kedah yang dibimbing Nidzam Adha banyak menggunakan corak hantaran tinggi bagi mencari Khyril Muhymeen.

Kedah memperolehi dua percubaan menarik pada separuh masa kedua yang menyaksikan rembatan deras Faizal Abu Bakar menggegar palang gol Kelantan sementara sepakan percuma Sabre Mat Abu gagal disambar dalam kotak penalti tatkala V. Thirumugan berada di kedudukan terbaik.

Tandukan Baddrol Bakhtiar yang kembali selepas cedera juga dapat dibaca Khairul Fahmi sebelum gol Antwi menutup aksi pada malam ini.


READ MORE

Tiada tekanan di tempat lawan:Daudsu

Posted by JustKelantanFA On Friday, January 20, 2012 Comments

Sedia bawa pulang tiga mata

PERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.
Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.
“Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Daudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi.

“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus.

“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Peter Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.
READ MORE

Hapus badi Stadium Darul Aman

Posted by JustKelantanFA On Comments

Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badhri Radzhi atau Piya menuntut rakan sepasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memastikan tiga mata apabila berdepan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Menurutnya, sebagai penyandang juara Liga Super, Red Warriors tidak boleh tercicir mata sebaliknya perlu konsisten jika mahu mengatasi pendahulu liga, T-Team.

"Kita bertandang ke sana dengan misi yang cukup jelas. Bukan untuk seri, tetapi kemenangan yang kita mahukan. Tidak kira siapa yang diturunkan oleh jurulatih, semua pemain perlu bermain mati-matian bagi memburu tiga mata penuh.

"Saya percaya semua pemain berada dalam situasi yang cukup baik ketika ini, selepas menewaskan Johor FC 2-1 tempoh hari.

"Gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammed Ghaddar dan Indra Putra Mahyuddin yang semakin berbisa menjadi taruhan kami esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.

Tambahnya, selain tiga mata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya menghapuskan badi kegagalan untuk mencipta kemenangan di stadium berkenaan.

"Rekod pertemuan kami dengan Kedah di Stadium Darul Aman sejak dua musim lalu sentiasa memihak kepada pasukan tuan rumah.

"Jadi saya fikir pertemuan ini merupakan kesempatan terbaik bagi kami untuk menamatkan badi kesukaran mencipta kemenangan di sana," ujarnya.

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah perlawanan hari ini, biarpun Kedah tidak begitu konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

"Kita tahu semangat pemain Kedah sedikit terjejas setelah gagal mencipta kemenangan dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan lalu. Tapi itu masalah mereka dan saya percaya kita harus lebih waspada dengan kebangkitan pemain Kedah.

"Mereka masih ada Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Amar (Rohidan) yang masih boleh mengimbangi kekuatan pasukan meskipun aksi dua pemain import Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves nyata kurang menjadi setakat ini," ujarnya.

READ MORE

Kelantan bakal rombak pemain import

Posted by JustKelantanFA On Thursday, January 19, 2012 Comments

Kelantan bakal merombak barisan pemain importnya selepas penyerang muda Danny Antwi gagal menyerlah dalam tiga perlawanan Liga Super yang lalu.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, dengan seorang lagi pemain import dari Nigeria, Obinna Nwaneri bakal diuji Kelantan untuk memperkuatkan barisan pertahanan.

Ia berpunca daripada kegagalan Antwi untuk menyerlah dan dengan usia Antwi masih muda iaitu 19 tahun belum untuk pemain kelahiran Ghana itu menyerap tekanan di atas padang.

"Kelantan sebagai juara bertahan tidak boleh beraksi tidak buruk hanya kerana pemain import yang beraksi dibawah tahap sebenar.

"Saya mengakui masalah pemain import ini bukan sahaja dihadapi Kelantan sahaja, negeri lain pun sama. Ini kerana kita tidak tahu mutu yang sebenar," katanya.

Annuar berkata, bekas pemain kebangsaan Nigeria itu akan tiba di Kota Bharu minggu depan untuk menjalani latihan serta perlawanan persahabatan.

READ MORE

Astro Liga Super: Kelantan FA lwn Johor FC

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, January 17, 2012 Comments

READ MORE

Pemain import 'cap ayam' bakal digugurkan

Posted by JustKelantanFA On Comments


WALAUPUN aksi Liga Super 2012 baru memasuki dua perlawanan, dilaporkan sudah terdapat beberapa pasukan merancang ‘menggugurkan’ awang import mereka berikutan prestasi hambar dipamerkan setakat ini.


Malah, satu sumber yang enggan dikenali memberitahu Sinar Harian, ada seorang pemain import kini diberi amaran supaya mempertingkatkan corak permainan atau berdepan tindakan ditamatkan kontrak jika masih berada pada takuk lama.

“Nasib pemain import itu dalam bahaya kerana diberi peluang sebanyak dua perlawanan lagi (termasuk malam ini) bagi membuktikan kewibawaannya sebagai pemain import berkualiti.

“Andai tidak memperbaiki tahap permainan, dia boleh mengemas beg dan pulang segera ke negara asal,” katanya.

Sesetengah persatuan negeri atau kelab berbuat demikian selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini memberi peluang kepada setiap pasukan mendaftarkan pemain import baru mereka sehingga 13 Februari depan.
READ MORE

Apex tuntut rakan bangkit

Posted by JustKelantanFA On Monday, January 16, 2012 Comments

KEGAGALAN meraih tiga mata penuh ketika menentang PKNS FC Jumaat lalu, wajar dilupakan dan pertemuan menentang sebuah lagi pasukan berstatus kelab, Johor FC malam esok perlu menjadi tilik tolak kebangkitan pasukan The Red Warriors.

Justeru, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menuntut rakan sepasukannya bangkit mempamerkan aksi cemerlang dan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan mengutip tiga mata penuh.

“Memang sedikit terkilan apabila kita gagal mengutip mata penuh dalam pertemuan dengan PKNS FC dan bertemu Johor FC, kita perlu menang bagi memulihkan keyakinan penyokong.

“Meskipun ini baru permulaan liga, setiap pasukan tidak boleh tercicir mata. Awal saingan liga seperti inilah kita perlu me­ngutip mata sebanyak mungkin kerana tidak mahu berdepan kesukaran mengejar mata di penghujung liga nanti,” katanya.

Sementara itu, Khairul Fahmi yang masih belum pulih daripada kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan pertama menentang Lions XII di Singapura minggu lalu berharap dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Johor FC.
READ MORE

Kelantan diikat Selangor PKNS

Posted by JustKelantanFA On Saturday, January 14, 2012 Comments
Kesebelasan utama skuad Kelantan


Kelantan dan PKNS Selangor sekadar seri 1-1 pada perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam ini.


Pada babak separuh masa pertama kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sekali gus menyerlahkan ketumpulan jentera serangan mereka.

Kemasukan penyerang import Kelantan dari Lubnan, Muhammad Ghaddar serta pemain sensasi Indra Putra Mahyuddin dan Nur Farhan Muhd pada separuh masa kedua nyata menghidupkan semula perlawanan yang suram.

Bermain di hadapan lebih 10,000 penonton akhirnya Kelantan berjaya mencari gol pertama hasil rembatan kencang ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi pada minit ke-70.

Namun kesilapan berlaku pada minit ke-78 membuka ruang kepada PKNS apabila dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Fauzan Dziulkifli yang mengikat kepada kedudukan seri.


READ MORE

Astro Liga Super: Kelantan FA lwn Selangor PKNS

Posted by JustKelantanFA On Friday, January 13, 2012 Comments

Kelantan vs Selangor PKNS
Tarikh : 13 Januari 2011
Masa : 8.45 malam
Live : Astro Arena 801
READ MORE

Peter Butler tidak peduli kritikan

Posted by JustKelantanFA On Comments
Peter Butler

Peter Butler tidak akan tunduk kepada tekanan dan kritikan yang dilemparkan ke atasnya gara-gara gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah pada Perlawanan Sumbangsih, Sabtu lalu.

Pengendali kelahiran Halifax England itu berkata, sejak mengambil alih tugas jurulatih Red Warriors tiga bulan lalu, dia tidak berdepan dengan sebarang tekanan dan bersedia berdepan cabaran sepanjang musim ini.

"Saya tidak peduli dengan sebarang tekanan dan kritikan yang diberikan oleh peminat. Saya menghormati pandangan itu dan mereka berhak membuat penilaian. Tetapi dalam hal ini, saya ada pandangan tersendiri.

"Kalau itu benar, saya bersedia bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku dalam pasukan serta tidak takut dengan sebarang tekanan dari mana-mana pihak," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Tambahnya, peminat perlu faham, Kelantan mempunyai ramai pemain yang berkualiti dan berbakat serta sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

"Setiap pasukan yang bertanding dalam saingan musim ini mempunyai kekuatan masing-masing dan mereka sentiasa memperbaikki segala kelemahan yang ada.

"Begitu juga dengan pasukan Kelantan, terus terang saya katakan pasukan kita lebih kuat pada musim ini berbanding tahun lalu.

"Saya akui tekanan memang ada. Sebagai jurulatih saya bersedia dengan perkara tersebut. Sebab itulah saya menjadi jurulatih dan ia sebahagian daripada lumrah dunia bola sepak," ujarnya.

READ MORE

Kemenangan suntik semangat Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Thursday, January 12, 2012 Comments
Daudsu cuba menghalang pemain Lions Xii


Selepas gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu lalu, juara bertahan Liga Super Kelantan mempamerkan rentak 'Sang Juara' apabila menumbangkan Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan ke atas Lions XII menghapuskan keraguan peminat setia terhadap Red Warriors selepas gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah.

"Tiga mata pertama ini cukup penting buat kita selepas tumbang kepada Negeri Sembilan tempoh hari. Kemenangan ini merupakan tonik berguna buat pasukan sebelum menghadapi perlawanan kedua bertemu PKNS Selangor di Stadium Sultan Muhammed IV, Jumaat ini.

"Saya berharap para pemain dapat mengekalkan momentum ini. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh barisan pemain, mereka telah mempamerkan disiplin yang tinggi sepanjang perlawanan serta menunjukkan peningkatan baik selepas perlawanan terdahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Dalam pada itu, Azman berpuas hati dengan percaturan taktikal yang digunakan oleh Ketua Jurulatih, Peter Butler pada perlawanan tersebut.

"Percaturan yang dilakukan oleh jurulatih memang menjadi dan kita berjaya meriah kemenangan. Keputusan ini cukup melegakan pasukan. Jika kita tewas pada perlawanan semalam (kelmarin) ia pasti memberi tekanan buat Kelantan menjelang perlawanan kedua.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, pasukan kita tidak ada 'kesebelasan utama'. Kita mempunyai pemain yang ada keupayaan seimbang dan bersedia diturunkan setiap masa," ujarnya.

Mengulas mengenai aksi pemain di atas padang tiruan, Azman memberitahu, barisan pemainnya memerlukan tempoh 15 minit untuk menyesuaikan diri dengan permukaan padang tersebut.

READ MORE

Kelantan catat kemenangan awal

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, January 11, 2012 Comments

Tewaskan skuad Lions XII

Kelantan membuka saingan Liga Super dengan mencatat kemenangan tipis 2-1 menewaskan pendatang baru pasukan Lions XII pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar,Singapura semalam.

Pasukan Lions terlebih dahulu membuka jaringan melalui tandukkan yang gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi menerusi pemain pertahanan mereka,Baihakki Khaizan pada minit ke-33.

Namun kegembiraan pasukan Lions XII tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa Kelantan,Norshahrul Idhlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-45.

Kedudukan dilihat seolah-olah kedua-dua pasukan bakal membawa pulang satu mata,namun pada minit ke-80,Kelantan dihadiahkan tendangan penalti oleh pengadil setelah Mohammed Ghaddar dijatuhkan oleh penjaga gol Lions Xii didalam kotak penalti,tendangan disempurnakan oleh pemain itu sendiri memastikan Kelantan berjaya membawa pulang tiga mata berharga.



READ MORE

Kelantan perlu bangkit

Posted by JustKelantanFA On Monday, January 9, 2012 Comments


Kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih Sabtu lalu mahu segera dilupakan Kelantan dengan fokus kini kepada aksi pertama Liga Super menentang wakil singapura, Lions XII malam esok.

Sementara itu, Kelantan juga perlu segera memperbaiki corak persembahan terutamanya pada barisan pertahanan.

Ia diakui sendiri Peter Butler, apabila Kelantan tidak berfungsi dengan baik ketika menghadapi Negeri Sembilan pada perlawanan Piala Sumbangsih dan faktor itu memaksa Butler memikirkan percaturan terbaik untuk menghadapi Lions XII di Stadium Jalan Besar Selasa ini.

Menyukarkan lagi misi Kelantan pada perlawanan pertama Liga Super nanti ialah masalah kecederaan dua pemain pertahanan iaitu Azizi Mat Rose dan Aziz Ismail yang dijangka tidak dapat beraksi pada pertemuan nanti.

Menurut pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, kedua-dua pemain ini mengalami kecederaan serius terutamanya Azizi Mat Rose yang memerlukan rehat panjang.

READ MORE

Kelantan belum mencapai tahap sebenar

Posted by JustKelantanFA On Comments


KELANTAN gagal mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lalu selepas ditundukkan Negeri Sembilan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Dua gol bintang import skuad Hobin Jang Hobin, Jean Emmanuel Effa Owona meranapkan impian anak-anak buah Peter James Butler untuk membuka tirai saingan musim 2012 Liga Super yang bermula esok dengan bergaya.

Biarpun mendahului melalui jaringan penggempur prolifik mereka, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 19, ia masih gagal untuk meniup semangat pemain-pemain Kelantan untuk terus bertahan dari asakan bertali arus jentera hadapan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Owona.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, mereka terpaksa akur dengan kehebatan anak-anak buah Mohd. Azrai Khor Abdullah yang jelas menguasai babak kedua permainan melalui serangan pantas yang berbahaya.

Menurutnya, kebangkitan yang dipamerkan Negeri Sembilan selepas ketinggalan satu jaringan begitu menakjubkan sehingga 'melemaskan' barisan pertahanan Kelantan yang turut kehilangan Azizi Mat Rose yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

"Inilah bola sepak, ketika anda yakin untuk menang tetapi sebaliknya berlaku. Kelantan adalah sebuah pasukan yang baik dan bermain dengan baik tetapi kita tewas kepada pasukan yang bermain lebih baik daripada kita.

"Mereka memiliki pemain import yang bagus dan dengan aksi yang dipamerkan, beliau (Owona) mampu membangkitkan semangat rakan-rakan lain serta mencorakkan permainan pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, secara keseluruhan prestasi yang ditunjukkan oleh Kelantan belum mencapai tahap sebenar dan sentiasa masih ada ruang untuk diperbaiki terutama dalam mengharungi jadual perlawanan yang begitu panjang dan padat musim ini.

Katanya, dua bintang import yang dimiliki Kelantan, Mohammad Ghaddar dan Denny Antwi nyata belum berada di tahap sebenar dan mereka perlu bekerja lebih keras untuk mempamerkan aksi yang setimpal.

"Sebagai seorang pemain import sudah tentu mereka perlu memiliki 'Faktor X' yang membezakan antara mereka dan pemain-pemain tempatan dari semua segi. Mereka perlu menjadi kunci kejayaan pasukan seperti apa yang dilakukan Owona.

"Bagaimanpun, masih terlalu awal untuk kita mengukur kemampuan pemain-pemain import kita. Mereka akan diberikan peluang untuk memperbaiki persembahan dan kita yakin pemain-pemain Kelantan akan bangkit dari kekecewaan ini," ujarnya.

Jelasnya, kekalahan yang dialami cukup memeritkan namum, para pemain perlu lupakan segera episod duka tersebut kerana perjalanan mereka akan bermula Selasa ini dengan tugas mempertahankan kejuaraan Liga Super musim lalu perlu dipikul.

READ MORE

Astro Liga Super: Kelantan FA lwn Lions XII

Posted by JustKelantanFA On Sunday, January 8, 2012 Comments


Juara bertahan Liga Super Malaysia Kelantan akan ke Singapura pada 10 Januari untuk bertemu LionsXII dalam perlawanan pertama 2012.Kelantan, yang telah mengatasi Terengganu untuk menjuarai liga musim lepas, adalah pasukan pertama untuk bertembung dengan wakil Singapura yang akan bermain dalam Liga Super untuk pertama kali mengikut persetujuan antara persatuan bola sepak kedua-dua negara.

Terengganu akan memulakan kempen mereka dalam perlawanan menghadapi Perak sementara pasukan yang memegang kejuaraan terbanyak Liga Malaysia, Selangor, akan bertemu juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan, dalam perlawanan pertama musim yang boleh dijangkakan sebagai pertembungan yang hangat.
Pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super, PKNS FC akan bertemu Johor FC sementara Sarawak akan menghadapi Kuala Lumpur. T-Team pula akan bermain Kedah di padang sendiri.

Para penyokong yang mengalu-alukan perlawanan antara Kelantan dan Terrenganu perlu menanda tarikh 11 Febuari di mana Kelantan akan bermain di padang sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV, sementara Selangor bertemu Perak pada 14 Januari.
Para peminat Singapura yang ingin menhidupkan kembali pengalaman manis Piala Malaysia akan teruja dengan perlawanan menghadapi Selangor pada 7 Febuari di Stadium Bukit Jalil, dengan perlawanan di padang sendiri dijadualkan pada 23 Jun di Stadium Jalan Besar.

Sabah, yang didorong oleh pemain baru dari Australia Brendan Gan dan Michael Baird, akan sasar untuk memperbaiki kedudukan kesepuluh musim lepas. Mereka akan menghadapi pasukan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Felda United.



Kelantan FA

Lions XII



READ MORE

Kelantan gigit jari,gagal pertahan Piala Sumbangsih

Posted by JustKelantanFA On Comments
Kesebelasan utama skuad Kelantan

Hasrat The Red Warriors untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali kedua berkecai setelah tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan dalam aksi perlawanan Sumbangsih yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Dua gol menerusi jaringan penyerang import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona dalam babak berbeza memastikan skuad Jang gah dinobatkan selaku juara baru tatkala tirai saingan Liga Malaysia musim ini dibuka malam tadi.

Beraksi dihadapan hampir 50,000 penyokong, Kelantan jelas mendominasi awal perlawanan apabila mempunyai peluang terbaik seawal minit kelima menerusi hantaran lintang Mohammed Ghaddar tetapi sempat ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias namun rembatan susulan Norshahrul Idlan Talaha pula dikeluarkan oleh pertahanan lawan.

Seminit kemudian, giliran Negeri Sembilan pula mencemaskan gawang gol Kelantan namun tandukan kurang cermat penyerang importnya, Effa Owona menyaksikan bola tersasar di sebelah kiri.

Effa Owona terus menghadirkan rasa gerun kepada anak buah Peter Butler apabila menanduk cantik sepakan penjuru oleh S Kunanlan namun pantas ditanduk keluar pemain pertahanan, Mohamad Ab Aziz Ismail di atas garisan pintu gol Kelantan.

Pada m-20 perlawanan, Norshahrul Idlan menceriakan penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama untuk The Red Warriors. Tindakan bijak Mohammed Ghaddar melakukan hantaran pendek di dalam kotak penalti pantas ditolak masuk oleh Norshahrul Idlan untuk menewaskan Mohd Farizal di gawang golnya.

Namun kegembiraan penyokong setia The Red Warriors terpadam apabila Effa Owona menyamakan kedudukan pada m-30 perlawanan. Kegagalan pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam melakukan hantaran tepat kepada rakan sepasukan pantas dihukum oleh Effa Owona apabila bola rembatannya di dalam kotak penalti terbias pemain pertahanan dan mengelirukan Khairul Fahmi bagi gol penyamaan pasukannya.

Ternyata gol tersebut kembali membakar semangat pemain skuad Jang untuk memburu jaringan seterusnya tatkala moral pemain Kelantan dilihat mula merudum setelah kehilangan bek kental, Azizi Matt Rose yang terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan selepas itu.

Minit-minit akhir babak pertama, Effa Owona terlepas peluang untuk memastikan pasukannya berjalan masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan satu gol apabila gagal meletakkan bola ke dalam jaring meskipun hanya berhadapan dengan Khairul Fahmi.

Sepuluh minit babak kedua, Kelantan terlepas peluang untuk mengatasi Negeri Sembilan apabila hantaran cantik Antwi gagal disudahkan oleh Mohammed Ghaddar apabila sepakan lipasnya terkena jaring sisi sebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan.

Namun dua minit berselang, Negeri Sembilan hampir memperolehi gol keduanya apabila bola sepakan jauh Kunanlan terkena tiang gol meskipun Khairul Fahmi Che Mat sudah pun tertewas diposisinya.

Effa Owona akhirnya menterjemahkan gol kedua untuk pasukannya apabila menanduk masuk sepakan lambung Kunanlan untuk menewaskan Khairul Fahmi buat kali kedua pada m-63 perlawanan.

Ternyata gol kedua itu memberi tekanan berganda kepada Kelantan. Malah barisan pertahanan Kelantan dilihat beraksi kelam-kabut untuk menahan asakan rangkaian penyerang Ahmad Shakir dan Effa Owona yang beraksi cemerlang sepanjang perlawanan malam tadi.

Ketumpulan jentera serangan memaksa Butler menggantikan Antwi dengan Mohd Badhri pada m-60 perlawanan bagi menghidupkan bahagian tengah pasukan Kelantan. Namun itu tidak banyak membantu apabila gandingan Norshahrul Idlan dan Mohammed Ghaddar seakan hilang arah di atas padang rentetan kurang mendapat sokongan daripada rakan yang lain.

Sebaliknya Negeri Sembilan terus unggul, apabila aksi cemerlang Mohd Farizal di gawang golnya menafikan percubaan terbaik Kelantan menerusi sepakan percuma pada jarak 25 meter oleh Indra Putra Mahayuddin pada m-75 perlawanan.

Mohd Farizal sekali lagi beraksi cemerlang apabila menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi menerusi tandukan cantik Indra Putra dan rembatan susulan Norshahrul Idlan pada m-88 perlawanan.

Tambahan masa empat minit oleh pengadil perlawanan, Shokri Nor tidak membawa apa-apa erti bagi Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua apabila gagal memburu gol penyamaan dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang berangkat menyaksikan perlawanan malam tadi menyampaikan trofi kejuaraan kepada pemain Negeri Sembilan. Turut hadir menyaksikan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.


READ MORE

.:Views and Suggestions:.