• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Penyokong Negeri Sembilan dibelasah!!

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 30, 2011 Comments

Salah seorang penyokong bola sepak Negeri Sembilan di belasah teruk oleh beberapa orang penyokong bola sepak Terengganu di Stadium Shah Alam semalam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia,Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut telah dibelasah beramai-ramai,ekoran daripada cuba mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Terengganu di tempat letak kereta penyokong Terengganu.Rakan-rakan kepada mangsa yang cuba membantu juga terkena pukulan daripada sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu dan kecewa setelah kalah 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Tindakan lelaki tersebut yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu tambah memburukkan lagi keadaan.Meskipun ada penumpang yang simpati,lelaki tersebut terus dibelasah.

Berikut video yang berjaya dirakam:-

READ MORE

Laman Web FAM di godam lagi!

Posted by JustKelantanFA On Friday, October 28, 2011 Comments




Laman web FAM sekali lagi menerima tempias ekoran kenaikan harga tiket final Piala Malaysia yang tidak munasabah apabila digodam oleh individu yang dikenali UM'07,pjpb Cr3ws,Gaysec dan anti-P4sti.Dalam masa tidak sampai setengah hari dua kali laman web Fam telah digodam oleh individu terbabit.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar Harian Metro bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu.
READ MORE

Rumours terbaru- Amirul Hadi join Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, October 26, 2011 Comments
Amirul Hadi Zainal


Perkembangan terbaru menyatakan bahawa Amirul Hadi Zainal sah akan meninggalkan skuad Selangor bagi musim 2012 apabila beliau sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa akan meninggalkan skuad merah kuning tersebut melalui kenyataan di Twiter dan Facebook milik beliau.



Mungkin beliau akan join Kelantan musim hadapan akan terjawab apabila selesai perlawanan akhir Piala Malaysia nanti yang akan diumumkan oleh Tan Sri Anuar Musa sendiri.
READ MORE

Pemain yang kekal skuad Kelantan 2012

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, October 25, 2011 Comments


Shahrizan Ismail,S. Subramaniam,Mohd Farisham Ismail,Mohd Nizab Ayub,Shakir Shaari,Norshahrul Idlan Talaha,Mohamad Abdul Aziz Ismail,Daudsu Jamaludin,Nurul Azwan Roya,Mohd Badri Muhd Radzi,Ramzul Zahini Adnan,S. Chanturu,Zairul Fitree Ishak,Rizal Fahmi Abdul Rosid,Khairul Fahmi Che Mat,Izuan Solahuddin,Nik Shahrul Azim,Aris Zaidi,Khairul Izwan Rosli,Zamri Ramli.

Empat daripada enam pemain import tempatan sudah sign. 2 lagi tengah runding. info~TSAM
READ MORE

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

Posted by JustKelantanFA On Comments


Terengganu vs Negeri Sembilan
Venue : Stadium Shah Alam, Selangor
Tarikh : 29 Oktober 2011
Masa : 8.45 malam
Tiket : RM50.00 , RM5.00(Kanan-kanak bawah 12 tahun)
READ MORE

Penyokong N.9 dan Terengganu mengeluh

Posted by JustKelantanFA On Comments


Tiket final terlalu mahal,

SEBAIK mengetahui keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga tiket RM50 untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, ramai penyokong pasukan finalis Terengganu dan Negeri Sembilan yang mengeluh.

Bagi mereka, harga tiket sekata untuk semua tempat duduk itu agak mahal jika dibandingkan tahun lalu apabila penonton mempunyai pilihan sama ada mahu membeli tiket berharga RM50 bagi tempat duduk grandstand dan RM30 untuk tempat duduk biasa di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Bagaimanapun menurut Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S Sivasundaram, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam membuat ketetapan mengenai harga baru tiket itu.

“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.


“Duit kutipan tiket ini selepas ditolak dengan kos penganjuran akan diagih-agihkan sama rata kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (PBNS), jadi pihak persatuan yang akan dapat duit ini.


“Duit yang dikutip ini dapat menampung kos perbelanjaan mereka selepas membentuk pasukan yang mantap bagi merebut Piala Malaysia. Ini perlawanan yang berprestij jadi adalah wajar dengan harga tiket yang dikenakan itu,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Selain tiket berharga RM50 bagi dewasa, FAM juga mengeluarkan tiket berharga RM5 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.


Sebanyak 65,000 tiket akan dijual bagi menyaksikan final Piala Malaysia kali ini dengan 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada persatuan Terengganu dan Negeri Sembilan bermula hari ini.

P/s: sumber HM
READ MORE

Misi Kelantan musim 2012

Posted by JustKelantanFA On Monday, October 24, 2011 Comments


The Red Warriors sasar empat piala,

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), memasang hajat besar, apabila menyasarkan memenangi kesemua empat piala dipertandingkan dalam Liga Malaysia, musim depan.

Musim ini Kelantan berjaya memenangi dua iaitu muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan bergelar naib juara Piala FA serta gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dimenangi musim lalu.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun sasaran tersebut dianggap sukar namun, ia tidak mustahil mampu dicapai berdasarkan persiapan The Red Warriors yang sudah memulakan pembentukan pasukan lebih awal bermula daripada sekarang.

“Saya mahu kita lebih progresif pada tahun depan. Kita sudah menjadi juara Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super pada musim ini dan sudah pasti kita harus mempertahankan kedua-dua piala tersebut pada musim depan.

“Tahun ini kita hanya sekadar menjadi naib juara Piala FA dan tahun depan matlamat kita pula adalah untuk menjadi juara dan untuk Piala Malaysia, walaupun kita terkandas di peringkat suku akhir musim ini, tetapi kita tahu Kelantan merupakan pasukan yang terbaik dan berupaya untuk menjadi juara," katanya.

P/s: sumber sinar
READ MORE

Friendly: Kelantan FA 1 vs 3 Songkhla FC

Posted by JustKelantanFA On Saturday, October 8, 2011 Comments


Kelantan mencatat kekalahan 1-3 dalam perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Thailand,Songkhla Fc,di Stadium Sultan Muhammed ke-IV semalam.Kelantan yang dibarisi keseluruhan pemain simpanan dan empat orang pemain import yang sedang menjalani latihan untuk pemilihan mewakili skuad Red Warriors musim 2012,terlebih dahulu mengejutkan pelawat dengan jaringan pemain import Kelantan dari Malawi,Chikondi Mpulula seawal minit pertama perlawanan.

Skuad The Red Warriors dilihat banyak menguasai bola pada separuh masa perlawanan dengan berjaya menembusi beberapa kali benteng pertahanan Songkhla Fc,tetapi gagal untuk menambah jaringan.

Bersambung separuh masa kedua,Kelantan terpaksa mengeluarkan penjaring pertama Red Warriors,Chikondi Mpulula pada minit ke-65 selepas beliau mengalami kecederaan dan digantikan dengan Ramzul.

Songkhla Fc akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 hasil asakan bertali arus ke kubu Kelantan yang dikemudi oleh kapten pasukan pada malam itu,Rizal Fahmi dan pemain import tinggi lampai dari Crotia,Jocip Bonacin.

Berselang beberapa minit kemudian,Songkhla Fc berjaya menambah jaringan kedua hasil kekalutan yang berlaku di depan pintu gol Kelantan yang berjaya ditolak mudah oleh penyerang Songkhla Fc.Songkhla Fc berjaya menambah gol ketiga apabila bijak memperdaya pertahanan Kelantan seterusnya merembat masuk ke gawang Kelantan yang dikawal oleh Halim Napi.

Tamat perlawanan Kelantan Fa 1-3 Songkhla Fc.
READ MORE

Kelantan 400 kelab terbaik di Dunia

Posted by JustKelantanFA On Thursday, October 6, 2011 Comments



PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) diumumkan pasukan ketujuh terbaik dalam negara Asean menurut statistik dikeluarkan oleh International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) yang berpangkalan di Jerman, semalam.

IHFFS adalah organisasi diperakui oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak di seluruh dunia. Organisasi ini diasaskan oleh Alfredo Poge pada 27 Mac 1984 di Leipzig, Jerman.


READ MORE

Frendly Match: Kelantan vs Songkhla FC

Posted by JustKelantanFA On Sunday, October 2, 2011 Comments
READ MORE

.:Views and Suggestions:.