• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Piala Malaysia 2011

Posted by JustKelantanFA On Saturday, July 30, 2011 Comments


**16 Pasukan layak Ke Perlawanan Piala Malaysia 2011:-

* Kelantan FA
~Terengganu FA
* Selangor FA
~ Kedah FA
* Perak Fa
~ Johor FC
* Negeri Sembilan FA
~ T-Team FC
* Sarawak FA
~ Sabah FA
* Felda United FC
~ Kuala Lumpur FA
* PKNS FC
~ PDRM FC
*Johor FA
~ Sime Darby FC




** Undian Piala Malaysia akan berlangsung 6 0g0s 2011**

READ MORE

Worldcup Qualify 2nd: Malaysia vs Singapore

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, July 27, 2011 Comments

Misi hidup mati Harimau Malaya tewaskan Singapura

Sekuad Harimau Malaya perlu bangkit menewaskan skuad Singapura dalam misi getir untuk meneruskan kejayaan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014,Brazil bagi saingan peringkat zon Asia.

Pertemuan ini akan menjanjikan saingan yang sengit bagi kedua-dua pasukan ini kerana sebelum ini perlawanan peringkat kedua pusingan pertama telah di menangi oleh Singapura dengan kelebihan 5-3 ke atas skuad negara di halaman mereka.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 ke atas Singapura jika berhasrat mahu mara ke pusingan ketiga.Berdasarkan rekod bermain di halaman sendiri tidak mustahil skuad negara mampu mencipta kejutan keatas skuad jiran tersebut sepertimana berlaku ketika saingan Piala Suzuki yang lepas dengan kehadiran puluhan ribu penyokong bakal menaikkan semangat skuad negara untuk sekali lagi mencipta sejarah baru buat bolasepak negara.

Diberitakan setakat ini,hampir 85,000 ribu tiket sudah terjual untuk perlawanan malam esok dan sudah pasti akan menimbulkan suasana yang cukup dinanti-nantikan peminat bolasepak tempatan.

Perlawanan timbal balik malam esok bakal menentukan kedudukan Malaysia yang belum pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam kelayakan pada 1974 di Jerman.

Ayuh kita sama-sama memberi sorakkan semangat kepada pasukan negara pada perlawanan nanti dan yang tidak berkesempatan ke stadium ayuh sama-sama menonton di kaca Tv ..



READ MORE

Final Piala Presiden: Kelantan[2] vs MP Muar [1]

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, July 26, 2011 Comments


Sekuad Piala Presiden Kelantan atau lebih dikenali dengan Presiden Wariors akhirnya berjaya menamatkan kejuaraan Piala Presiden apabila berjaya menewaskan MP Muar dalam perlawanan akhir Piala Presiden yang berlansung di Stadium Sultan Muhammed ke-IV sebentar tadi.

Bermain dalam keadaan padang basah,ekoran hujan di sebelah petang.Kelantan terlebih dahulu bermula garang apabila berjaya mencipta beberapa peluang untuk menghasilkan gol ke atas kubu pelawat dan tidak perlu menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Mohd Aris Zaidi bijak menolak bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol MP Muar hasil sepakan sudut yang diperolehi oleh Kelantan pada minit ke-8.

Kerancakkan Kelantan melakukan serangan akhirnya dihukum dengan gol penyamaan oleh Mohd Nor Hakim Hassan yang melakukan rembatan terus dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kelantan.

Kedudukan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga 90 minit masa sebenar perlawanan,sehingga memaksa pengadil memberi masa tambahan untuk menentukan kejuaraan kedua-dua pasukan.

Mohd Khairul Izuan muncul wira Presiden Warriors apabila berjaya menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit keempat masa tambahan.Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan membolehkan Kelantan di angkat sebagai juara Piala Presiden 2011.


Juara Milik kita!!
READ MORE

Piala Presiden: Kelantan VS MP Muar [Johor]

Posted by JustKelantanFA On Sunday, July 24, 2011 Comments

Final Piala Presiden

Kelantan vs MP Muar

26 Julai 2011

8.45 Mlm

Live: Astro Arena 801



Skuad Presiden Warriors

Skuad MP Muar
READ MORE

Results Qualify:: Malaysia[3] vs Singapore[5]

Posted by JustKelantanFA On Saturday, July 23, 2011 Comments



Skuad Malaysia akhirnya tumbang di tangan Singapura dalam saingan peringkat kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014,Brazil di Stadium Jalan Besar,Singapura sebentar tadi, apabila tumbang dengan jaringan 5-3.Sekuad K.Rajagobal terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal saat ke-15 melalui jaringan penyerang sensasi negara Safee Sali hasil kesilapan barisan pertahanan Singapura.

Tetapi jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain singapura apabila berjaya menyamakan kedudukan melalui Aleksander Duric melalui sepakan percuma yang memperdayakan penjaga gol,Sharbinee Allawi pada minit ke-8.

Singapura mendahului jaringan apabila berjaya menambah gol kedua melalui Qiu Li pada minit ke-22,apabila sepakan percumanya gagal diselamatkan Sharbinee yang terus menerjah ke dalam gol.

Mustafic Hairuddin menambah kegembiraan tuan rumah apabila berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-43 manakala gol keempat menyusul beberapa minit kemudian melalui Shi Jia Yi sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan menjadikan kedudukan 4-1.

Bersambung separuh masa kedua,sekuad Harimau Malaya dilihat menguasai bola apabila berjaya menembusi benteng pertahanan skuad Singapura beberapa kali,percaturan memasukan Abdul hadi berjaya apabila meledakkan satu gol pada minit ke-70 untuk pasukan negara merapatkan kedudukan dan jaringan gol kedua peribadi bagi Safee Sali pada minit ke-72 untuk kedudukan 4-3.
Kerancakan sekuad Harimau Malaya menyerang sedikit terbantut,apabila Singapura berjaya menambah gol kelima hasil kesilapan mudah yang dilakukan barisan pertahanan negara melalui Aleksandar Duric sekali lagi pada minit ke-81.

Bagi perlawanan timbal balik nanti skuad negara sekurang-kurangnya memerlukan jaringan 2-0 untuk memadam kelebihan jaringan skuad Singapura pada 28 julai 2011,di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Highlights Video Perlawanan:-


READ MORE

World Cup 2014 Qualify: Malaysia vs Singapore

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, July 19, 2011 Comments

Sekuad 'Harimau Malaya' bakal membuat perhintungan dengan jiran setempat,Singapura dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014,Brazil pada 23 Julai 2011 di Stadium Jalan Besar,Singapura.Manakala perlawanan timbal balik akan dilangsungkan 28 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Barisan skuad Harimau Malaya di lihat seolah-olah sudah bersedia untuk mengegar kubu tuan rumah bagi perlawanan pertama bagi pusingan kedua di stadium Jalan Besar nanti.Berdasarkan perlawanan persahabatan bersama dengan dua kelab liga perdana inggeris sebelum ini dilihat sedikit sebanyak mencetuskan kebangkitan yang luar biasa oleh barisan anak didik K.Rajagobal ini.Walaupun tewas,mereka telah mempelajari banyak taktikal permainan dari kedua -dua kelab eropah tersebut dan juga berjaya mencipta jaringan bagi perlawanan kedua dengan sekuad Liverpool akhir minggu lepas.

Sekuad Singapura yang di kenali dengan The Lions tersebut sedikit pun tidak gental dengan kehebatan yang dimiliki skuad K.Rajagobal ini,walaupun sekuad negara baru menjulang Piala Suzuki AFF akhir tahun lepas dan berjaya menewaskan Taiwan pada pertemuan pusingan pertama bulan lepas.Bagi ketua jurulatih Singapura,Radojko Avramovic merupakan jurulatih yang berasal dari Siberial tersebut tetap yakin sekuadnya akan berjaya menewaskan sekuad Malaysia.Sekuad Singapura juga turut dibarisi beberapa pemain import untuk perlawanan dengan sekuad negara nanti.


Ketua jurulatih Singapura

Bagi ketua jurulatih negara pula,K.Rajagobal enggan memandang rendah dengan kehebatan sekuad dari negara jiran tersebut dan mahu para pemainnya menumpukan tumpuan pada perlawanan ini dengan mencipta beberapa peluang untuk merobek kubu tuan rumah agar dapat dijadikan bekalan yang selesa apabila bermain di Bukit Jalil nanti.

Kembalinya gandingan antara Safee Sali dan Norshahrul Idhlan Talaha yang baru sembuh dari kecederaan diharap akan dapat merobek kubu Singapura nanti seperti gandingan mereka ketika saingan Piala AFF suzuki yang lepas.

Diharap pemain-pemain skuad negara melakukan terbaik untuk perlawanan ini dengan mempamerkan aksi terbaik mereka seperti sebelum ini.
READ MORE

Friendly Match:Malaysia XI VS Liverpool

Posted by JustKelantanFA On Friday, July 15, 2011 Comments

Kini tiba satu lagi giliran sebuah lagi kelab bolasepak dari liga eropah,liverpool bertandang ke negara dalam siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011 apabila bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekuad Harimau Malaya,petang esok.

Liverpool yang bertandang ke malaysia tanpa kapten pasukan,Steven Gerrard yang masih menjalani proses pemulihan kecederaan dan beberapa tonggak lagi seperti Suarez yang sedang mewakili negaranya,Uruguay untuk kejohanan Copa America di Argentina.

Sebelum bertandang ke Malaysia,sekuad Kenny Dalglish terlebih dahulu menguji sebuah kelab dari China yang berkesudahan mereka menang tipis 4-3.Pada aksi ini Dalglish berjanji anak-anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan bagi siri Jelajah Asia kali ini.

Semua barisan pemain dan jurulatih sekuad The Reds tersebut ternyata teruja dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat tempatan ketika mereka turun dari kapal terbang sehingga latihan yang diadakan petang semalam.

Bagi anak-anak buah K.Rajagobal mereka harus bangkit mempamerkan aksi sebenar pada perlawanan siri Jelajah Epl Asia pertemuan kedua dengan liverpool ini setelah dikecewakan Arsenal 4-0 beberapa hari yang lepas.Perlawanan ini merupakan pentas terakhir untuk K.Rajagobal memilih pemain yang betul-betul layak untuk kesebelasan utama ketika bertemu Singapura 23 julai 2011 ini dalam kelayakan pusingan kedua Piala Dunia,Brazil 2014.

Kepada peminat-peminat bolasepak negara anda diseru terus memberi sokongan kepada pasukan negara dengan memakai jersi kebangsaan,apa yang dapat dilihat sebelum ini Stadium Bukit Jalil di lihat seolah-olah seperti di Stadium Emirates ketika sekuad Harimau Malaya menentang Arsenal apabila ramai peminat tempatan yang memilih memakai jersi kelab eropah tersebut.

Adakah anda sekali lagi ingin melihat stadium keramat kita,Bukit Jalil bertukar seperti Anfield pula?..

Bolasepak negara sekarang dilihat sudah maju,tetapi masih ramai peminat tempatan masih melupakan jati diri dengan rela dan rakusnya mentertawakan pemain kebangsaan dalam istilahnya mereka "di boo",oleh penyokong sendiri ketika mereka perlukan sokongan semangat dari penyokong-penyokong.Tidak dinafikan kelab Epl telah memberikan pengaruh yang besar dalam arena bolasepak dunia ketika ini,tetapi dimanakah sokongan kita untuk pemain negara?mungkin suatu hari nanti akan ada dikalangan pemain bolasepak negara kita akan menyarung jersi kelab bolasepak terkemuka di dunia baru hendak bagi sokongan atau setelah pasukan negara layak ke Piala Dunia baru bangkit hendak memberi sokongan.

kita lihat video dan gambar dibawah dapat dilihat reaksi betapa fanatiknya peminat tempatan dengan kelab EPL.




Penyokong Arsenal


Rasa tak tercabar ke??


Promo Malaysia VS Liverpool

READ MORE

Piala Presiden: Kelantan ke Final

Posted by JustKelantanFA On Thursday, July 14, 2011 Comments


Sekuad presiden warriors akhirnya berjaya menempah tiket ke final Piala Presiden,setelah berjaya mengikat kedudukan 0-0 dalam pertemuan separuh akhir 2 Piala Presiden di Stadium MBPJ,Kelana Jaya sebentar tadi.

Pertemuan separuh akhir 1 di Kota Bharu sebelum ini mereka menang 2-0 ke atas sekuad Piala Presiden Selangor PKNS.Sekuad presiden warriors dijangka akan bertemu dengan sebuah kelab dari selatan iaitu MP Muar (Johor) pada final nanti setelah mereka berjaya menewaskan SSBJ.

Sekuad presiden warriors bermain tanpa tiga tonggak utama,tetapi berjaya mengekang gerakan serangan yang dilakukan oleh barisan penyerang Selangor PKNS tetapi berjaya dikawal kemas oleh barisan pertahanan sekuad presiden warriors.

Final Presiden Warriors:-

Kelantan VS MP Muar (JOHOR)

26Hb Julai 2011

**Stadium Sultan Muhammed ke-IV**
READ MORE

Piala Presiden: Kelantan VS Selangor PKNS

Posted by JustKelantanFA On Comments
Separuh Akhir 2 Piala Presiden:-

Masa : Khamis,14 Julai 2011 4.45 Ptg
Tempat: Stadium MPPJ,Petaling Jaya

** Separuh Akhir 1 Piala Presiden:: Kelantan [2] Vs Selangor PKNS [0]
READ MORE

Friendly Match: Malaysia XI VS Arsenal

Posted by JustKelantanFA On Monday, July 11, 2011 Comments


Sekuad Malaysia bakal melayan kunjungan kelab gergasi bolasepak eropah,Arsenal sempena lawatan kelab tersebut ke Asia untuk latihan pra musim mereka sebelum liga 2011/2012 bermula ogos nanti.Sekuad Arsenal yang datang ke Malaysia akan dibarisi sekuad utama mereka,kecuali kapten mereka Cesc Fabregas yang tidak dapat hadir ke Kuala lumpur akibat menjalani proses perubatan ekoran kecederaan otot pelipak belakang lutut kanan.

Sempena perlawanan persahabatan ini ,fokus utama bagi anak-anak buah K.Rajagobal menimba ilmu dan pelajari 'skill' permainan dari sekuad gergasi tersebut bagi persiapan menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan piala dunia 2014 yang akan bertemu sekuad bolasepak Singapura di stadium jalan besar nanti.

Perlawanan ini adalah penting untuk anak buah K.Rajagobal bagi menguji kekuatan mereka menjelang perlawanan bertemu Singapura nanti.Selain dari Malaysia siri jelajah Arsenal ke Asia juga mereka akan bertandang ke China untuk perlawanan dengan sebuah kelab disana selepas perlawanan dengan skuad Malaysia nanti.

Sekuad harimau malaya juga bakal melayan kunjungan sebuah lagi kelab gergasi bolasepak eropah tiga hari selepas perlawanan dengan arsenal,iaitu Liverpool yang pertama kali datang ke Malaysia untuk siri jelajah asia mereka setelah dibatalkan sebelum ini.

Sekuad harimau malaya hanya sempat melayan dua dari tiga kunjungan kelab eropah yang datang untuk siri jelajah mereka ke asia apabila jadual perlawanan dengan satu lagi kelab eropah iaitu Chelsea terlalu dekat dengan perlawanan antara sekuad harimau menentang sekuad Singapura iaitu pada 23 julai 2011 untuk saingan peringkat kedua kelayakan Piala Dunia bagi zon asia.

Bagi perlawanan dengan Chelsea,sekuad Ong Kim Swee telah diberi tugas untuk memikul tanggunjawab untuk mengharungi perlawanan persahabatan dengan kelab eropah tersebut selain beberapa orang pemain senior yang tidak menyertai sekuad piala dunia turut dipanggil menyertai kem sekuad Ong kim swee nanti.

Diharap dengan pertemuan dua kelab gergasi ini dapat memberi manfaat kepada semua pemain sekuad negara dan mempelajari taktik permainan yang digunakan dari dua kelab gergasi tersebut ketika bertandang ke Singapura dalam kelayakan piala dunia nanti.






READ MORE

Friendly Match: Kelantan[1] VS Pelita Jaya[1]

Posted by JustKelantanFA On Comments





Jaringan Kelantan:** Izuan Solahuddin minit ke-71
Pelita Jaya:** Joko Sasongko minit ke-90
READ MORE

Friendly Match: Kelantan(MAS) VS Pelita Jaya(INA)

Posted by JustKelantanFA On Saturday, July 9, 2011 Comments


Sekuad The Red Warriors bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari liga super Indonesia,Pelita jaya,malam ini 9 julai 2011 dalam persiapan misi pertahankan Kejuaraan Piala Malaysia dan sesi menguji pemain import yang akan menyarung jersi Kelantan tahun hadapan.

Lebih menarik lagi,pertembungan ini juga akan menemukan dua penyerang utama negara yang mewakili pasukan masing-masing iaitu Norshahrul Idhlan Talaha dan Safee Sali yang mewakili kelab Pelita Jaya setelah berhijrah dari Selangor FC untuk bermain dengan kelab dari negara jiran awal tahun ini.

Kedua-dua pemain ini sudah tentu ingin membuktikan sesuatu kepada pasukan masing-masing selain mempersiapkan diri untuk menghadapi sekuad bolasepak Singapura pada kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014 untuk sekuad negara.Gandingan mantap kedua-dua penyerang ini ketika membantu Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF sekali lagi menjadi taruhan ketika menentang Singapura nanti.


Kelantan yang baru muncul juara liga super beberapa hari yang lepas akan layak untuk ke kejohanan Piala AFC tahun 2012 bersama-sama dengan Terengganu yang menjadi juara Piala FA,manakala Pelita Jaya ialah merupakan sekuad bolasepak dari liga super Indonesia yang bertapak di Karawang,Jawa Barat,Indonesia.

Dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ini diharap pemain-pemain The Red Warriors akan lebih banyak menerima pengalaman dan mempelajari taktik yang digunakan lawan dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia bagi tahun 2011.Perlawanan ini sekuad The Red Warriors juga akan dibantu pemain yang import jemputan yang akan diuji sebelum menyarung jersi Kelantan tahun depan.

Dua dari tiga pemain jemputan Kelantan
READ MORE

Undian Kelayakan Olimpik 2012

Posted by JustKelantanFA On Thursday, July 7, 2011 Comments

Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012

21 September : Japan(H) vs MALAYSIA
23 November : MALAYSIA(H) vs Syria
27 November : MALAYSIA(H) vs Bahrain
5 February : Bahrain(H) vs MALAYSIA
22 February : MALAYSIA(H) vs Japan
14 March : Syria(H) vs MALAYSIA

**H=Home .. **A= Away
READ MORE

Kejuaraan milik The Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, July 6, 2011 Comments

Kejuaraan liga super akhirnya menjadi milik skuad The Red Warriors apabila berjaya menumbangkan Sabah 2-1 di stadium Likas,Kota Kinabalu,sebentar tadi.Kejuaraan liga ini merupakan kejuaraan kali pertama yang di menangi sekuad Kelantan sejak ia mula diperkenalkan ketika tahun 2004.

Beraksi di hadapan 2000 penyokong setia yang hadir dan tak pernah jemu menyokong dari belakang, sekuad The Red Warriors bermula garang apabila berjaya membolosi gol Sabah seawal minit ke-6 melalui penyerang prolifik negara Norshahrul Idhlan melalui sedikit sentuhan dengan kaki kanan didalam kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sabah.

Kemenangan ini lebih bermakna kepada pemain dan penyokong setia The Red Warriors bagi mengubati kekecewaan di dalam perlawanan akhir Piala Fa sebelum ini dan dengan kemenangan ini, merupakan satu tiket untuk Kelantan ke kejuaraan AFC tahun depan bersama-sama Terengganu yang menjuaraai Piala Fa bagi mewakili Malaysia.

Kelantan dilihat menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan mempunyai beberapa peluang yang terhidang di depan mata,tetapi gagal di sempurnakan dengan baik oleh barisan serangan.

Bersambung separuh masa kedua,kedua-dua pasukan dilihat masing-masing melakukan serangan balas bagi mencari gol,akhirnya pada minit ke-73,Norshahrul sekali lagi muncul wira sekuad The Red Warriors apabila menyumbangkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan apabila melakukan satu lencongan yang menarik di luar kotak penalti yang gagal di selamatkan oleh penjaga gol Sabah.

Sabah tidak berputus asa dengan melakukan beberapa serangan balas dan pada minit ke-77 akhirnya Sabah mendapat gol saguhati daripada jaringan oleh Razlan Otto yang masuk mengantikan Stanley Bernard.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pemain,kejurulatihan,pihak pengurusan serta tidak lupa juga kepada penyokong setia The Red Warriors yang selama ini memberi sokongan dan sentiasa bersama sekuad The Red Warriors walaupun berada di mana sahaja..gomo kelate gomo..


READ MORE

Misi mengangkat kejuaraan Liga Super 2011

Posted by JustKelantanFA On Monday, July 4, 2011 Comments

Kelantan hanya sebelah tangan untuk mengangkat kejuaraan Piala liga super buat pertama kali,apabila dijadualkan bakal membuat perhitungan dengan Sabah untuk perlawanan terakhir liga Super edisi 2011 hari rabu ini.Sekuad The Red Warriors hanya perlu seri untuk dinobatkan selaku juara baru Liga Super edisi 2011 kali ini.

Mengubat kekecewaan pada perlawanan Piala Fa yang lepas,sekuad The Red Warriors harus menggunakan peluang terbaik untuk mencapai kejayaan memeperolehi kejuaraan liga super yang pertama kali buat Kelantan.Misi memburu kejuaraan bagi penutup liga di Sabah di lihat ada pro dan kontranya kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan.

Bagi sekuad The Red Warriors tiada jalan lain mereka perlu kemenangan atau seri untuk menjulang Piala Liga Super,manakala Sabah pula memerlukan kemenangan untuk mengelakkan mereka dari terus terperosok ke kedudukan tercorot liga dalam baki satu perlawanan terakhir ini.

Berdasarkan pertemuan sebelum ini,pertemuan peringkat pertama liga super Sabah berjaya mencuri satu mata di Kota Bharu apabila berjaya mengikat Kelantan dengan kedudukan 0-0.
Kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri akan dipergunakan dengan sebaiknya oleh pemain-pemain Sabah dalam aksi terakhir liga super nanti.Sekuad The Red Warriors telah membuat persiapan rapi bagi menentang Sabah apabila melakukan latihan seawal minggu lepas walaupun ketiadaan beberapa tonggak yang menyertai kem sekuad negara.

Harapan penyokong setia The Red Warriors tidak lain dan tidak bukan untuk melihat buat pertama kali dalam sejarah piala liga super dibawa ke bumi bertuah Kelantan.Diharap pemain melakukan terbaik peluang yang datang ini dan jangan sampai terlepas piala buat kali kedua dalam tahun sepertimana piala fa sebelum ini.

READ MORE

Worldcup 2014 Qualifier:Malaysia layak Pusingan Kedua

Posted by JustKelantanFA On Sunday, July 3, 2011 Comments

Akhirnya penantian 34 tahun untuk layak ke pusingan kedua bagi kelayakan Piala Dunia bagi sekuad negara tercapai setelah berakhir dengan kedudukan agregat 4-4,walaupun sekuad negara tewas 3-2 di gelanggang lawan sebentar tadi,mereka mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan dan dengan kemenangan 2-1 di stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini pada perlawanan pertama.

Sekuad negara terlebih dahulu di depan melalui jaringanAidil Zafuan pada minit ke-8 hasil rembatan derasnya yang gagal di selamatkan penjaga gol Taiwan.Pada minit ke-31 stadium Municipal kembali bergegar dengan sorakkan penyokong tuan rumah apabila Han Chang berjaya menjaringan gol penyamaan buat tuan rumah hasil keadaan kelam kabut yang berlaku di hadapan pintu gol sekuad negara.

Pada minit ke-40 keadaan stadium kembali senyap seketika apabila Syafiq Rahim berjaya menambah gol kedua buat sekuad negara dengan kedudukan 2-1.Sekuad Taiwan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 2-2 setelah pemain pertahanan negara Mahali Jasuli menjatuhkan pemain Taiwan dalam kotak penalti dan pengadil memberi tendangan penalti yang disempurnakan oleh Po Liang Chen pada minit ke-44 sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan,kedua-dua pasukan saling melakukan serangan untuk memburu gol akhirnya pada minit ke-62,sekuad Taiwan sekali lagi dihadiahkan tendangan penalti apabila pengadil mendakwa Fadhli Shas menarik pemain Taiwan di dalam kotak penalti namun jaringan yang dilakukan oleh pemain Taiwan berjaya di baca dengan baik oleh Sharbinee untuk menyelamatkan pintu gol negara daripada dibolosi.

Pada minit ke-75, akhirnya sekuad Taiwan didepan setelah berjaya menjaringkan gol melalui tendangan penalti oleh Xavier Chen apabila Sharbinee menjatuhkan pemain Taiwan di dalam kotak penalti dan terus dilayankan kad kuning oleh pengadil.

Akhirnya tamat perlawanan berkesudahan dengan Taiwan 3-2 Malaysia dan sekuad negara layak untuk pusingan kedua dan bakal bertemu sekuad sebelah tembok,Singapura yang dijadualkan pada 23 julai 2011 di Stadium Jalan Besar,Singapura dan perlawanan timbal balik 28 julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
READ MORE

.:Views and Suggestions:.