• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan Lwn Harimau Muda A

Posted by JustKelantanFA On Thursday, March 31, 2011 Comments

Kerancakan perlawanan liga super kembali bersambung setelah liga berhenti untuk memberi ruang kepada perlawanan persahabatan sekuad kebangsaan baru-baru ini.Perlawanan liga super akan memasuki pusingan kedua,apa yang menarik ialah pertemuan sekuad The Red Warriors yang akan menerima kunjungan daripada sekuad Harimau Muda A atau digelar Young Tiger di gelanggang keramat kita iaitu stadium Sultan Muhammed ke-IV malam esok.

Pertembungan ini di anggap lebih menarik kerana Sekuad Harimau Muda yang rata-rata dibarisi oleh pemain Sekuad Olimpik negara ingin menjadikan Kelantan sebagai medan untuk membuat ujian bagi mereka mengharungi perlawanan kelayakan olimpik akan datang.

Manakala bagi anak buah M.Karathu pula ingin terus kekal sebagai pendahulu liga dan enggan tercicir mata kerana Selangor dan Felda berkongsi mata dengan mereka hanya dibezakan dengan jaringan gol.

Nantikan perlawanan tumpuan ini,dan kepada yang tidak sempat ke Stadium ayuh nantikan di kaca Tv anda kerana perlawanan ini akan di disiarkan secara langsung di Asto Arena..
READ MORE

Undian Kelayakan Olimpik dan Kelayakan Piala Dunia

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, March 30, 2011 Comments




Akhirnya keputusan untuk pusingan kedua kelayakan Olimpik London bagi sekuad Harimau Muda telah diketahui setelah undian dibuat di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekitar pukul 3 petang tadi.Harimau Muda diundi bertemu Pasukan Bola Sepak Lubnan bagi kelayakan pusingan kedua yang dijadualkan berlansung 19 hb jun dan 23 hb jun ini.



Manakala pusingan pertama bagi Kelayakan Piala Dunia 2014 Harimau Malaya diundi bertemu Taiwan 29 hb jun dan 3 hb julai nanti.




Berdasarkan undian yang telah dibuat nampak peluang untuk sekuad Harimau Malaya untuk layak kepusingan seterusnya lebih cerah .Sama-samalah kita nantikan perlawanan ini agar sejarah kembali terpahat untuk sekuad Olimpik negara sekali lagi layak untuk ke Perlawanan Sukan Olimpik nanti manakala untuk Sekuad senior agar dapat mengukir sejarah layak ke perlawanan Piala Dunia pertama dalam sejarah bolasepak tanah air..
READ MORE

Sesi Pemilihan Pelatih Akademi Al-Hamra Red Warriors(ARMY)

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, March 22, 2011 Comments







Berikut merupakan Jadual pemilihan bagi pelatih Akademi Al-Hamra (ARMY)
(Berumur antara 13-16 Tahun Sahaja)


LokasiHariTarikh
Kota BharuSabtu9 April 2011
TumpatSabtu16 April 2011
BachokSabtu23 April 2011
Tanah MerahSabtu30 April 2011
Kuala KraiSabtu 7 May 2011


  • Ketua Pemilihan diketuai Oleh B Sathianathan.
  • Mini Karnival oleh DIGI / Happy
READ MORE

Stadium Kelantan Akan Berubah Wajah

Posted by JustKelantanFA On Monday, March 21, 2011 Comments
Gambar Hiasan


Hasrat penyokong The Red Warriors untuk mendapatkan Stadium yang serba canggih dan moden di Kelantan mungkin akan menjadi kenyataan, ketika ramai beranggapan akan lawatan delegasi KAFA ke Eropah adalah pemangkin kepada pembinaan Stadium baru atau pengubah suaian Stadium Sultan Muhammed IV.

Sisi lawatan Delegasi KAFA kini sudah memasuki minggu kedua,banyak input dan pengalaman yang dapat dipelajari hasil daripada lawatan tersebut dan idea-idea yang diambil bagi merealisasikan harapan penyokong setia The Red Warriors ingin melihat berdiri megahnya Stadium yang serba canggih dan maju di Kelantan.

"Sebuah lagi arked peniaga akan di bina mengganti kedai2 buruk luar stadium dekat hospital.KERAJAAN PUSAT SEDIAKAN PERUNTUKAN..akan datang beberapa ruang kedai di stadium perlu di ubah suai..RUANGAN di perlukan utk RUANG SOLAT DLM STADIUM,public toilet,BILEK PERSALINAN PASUKAN,BILEK MEDIA,Bilek keselamatan,CONTROL ROOM,HALL OF FAME DAN TRW MEGASTORE DLL..stadium akn jadi pusat Sukan Dan kunjungan pelawat.." Petikan daripada Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Harapan penyokong Kelantan hanya satu mahu melihat berdirinya Stadium yang dapat memuatkan kapasiti penonton melebihi 50K,ini kerana semakin bertambah bilangan penyokong setia The Red Warriors setiap kali perlawanan diadakan sehingga beribu-ribu yang terpaksa menonton di luar Stadium kerana tidak dapat masuk ke dalam Stadium yang tidak dapat menampun lagi bilangan penonton yang begitu ramai.

Kemeriahan bolasepak hanya dapat dilihat di Kelantan dengan kehadiran ramai penyokong setiap kali perlawanan diadakan dan di harap dapat membuka mata ahli koporat dan badan-badan tertentu tampil untuk merealisasikan harapan penyokong Kelantan ini.


Gambar-gambar yang diambil ketika rombongan ke Stadium terpilih:















P/S:Info Porta Rasmi KAFA (TRW)
READ MORE

The Red Warriors Mengamuk

Posted by JustKelantanFA On Sunday, March 20, 2011 Comments
S.Chanturu menjaringkan gol pertama Kelantan



Akhirnya Kelantan berjaya ke separuh akhir apabila berjaya menumbangkan pasukan berstatus kelab Felda United FC pada pertemuan suku akhir Piala FA kedua semalam.Kelantan menang bergaya dengan jaringan 3-0 tanpa balas .

Dengan kemenangan tersebut, Kelantan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menang menerusi agregat 5-2 dan akan bertemu dengan musuh tradisinya, Selangor yang turut layak setelah menang ke atas Johor dengan agregat yang sama.

Tiada apa yang ingin diperkatakan lagi selain kegembiraan penyokong Kelantan meraikan kemenangan pasukan kesayangan mereka mara ke separuh akhir dengan bergaya.Sebelum ini Kelantan dilihat mempunyai peluang yang tipis untuk mara apabila diikat 2-2 pada pertemuan suku akhir pertama,tetapi semalam pemain The Red Warriors telah membuktikan kehebatan mereka baki 90 minit di atas padang.

Rata-rata kehadiran penyokong-penyokong setia The Red Warriors telah menambahkan lagi semangat para pemain ,di segenap penjuru stadium dipenuhi penyokong The Red Warriors sehingga di perkarangan luar stadium dipenuhi dengan penyokong yang memberi semangat kepada pemain kita ini.

Kelantan telah mempamerkan corak menyerang seawal minit keempat di mulakan,sedar mereka perlu mencari gol awal bagi menaikkan motivasi semua pemain agar bermain dengan semangat lagi.

Akhirnya gol yang ditunggu-tunggu berjaya dihasilkan oleh S.Chanturu apabila menerima bola hantaran daripada Norshahrul Idhlan pada minit ke-18 melakukan rembatan kencang yang gagal di selamatkan oleh jangkaun Hamsani Ahmad.

Kelantan dilihat terus menguasai perlawanan pada babak pertama apabila sekali lagi mempunyai peluang yang dimiliki oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke -24 tetapi sekadar menerjah jaring sisi sebelah kanan gol Felda United.

Felda United juga mempunyai peluang untuk mencipta jaringan melalui tendangan percuma oleh Azi Shahril Azmi terus ke dakapan Khairul Fahmi sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bersambung separuh masa kedua pada minit ke-62 Felda United hampir menyamakan kedudukan setelah jaringan Faderin Kadir dibatalkan kerana berada dalam posisi ofsaid.

Selang beberapa minit Stadium kembali dengan sorakan penyokong apabila Nurul Azwa Roya berjaya menambah gol kedua bagi skuad The Red Warriors hasil gerakkan di sebelah tepi pintu gol Felda United.

Malam penderitaan bagi Felda United terus-menerus apabila pemain gantian Kelantan,Mohd Nidzad Ayub terus menutup peluang Felda dengan jaringan ketiga The Red Warriors pada minit ke-88.


Kesebelasan Utama pemain :


Felda United:

Hamsani Ahmad (Gk), Khairul Annuar Jamil, Ramesh Lai Ban Huat, Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Badrul Azam Zamri, Azi Shahril Azmi, K. Rajan, Muhamad Zamri Chin (Nizarudin Yusof), Abd Ghani Rahman dan Khaironnisam Sahabudin (Kp).

Kelantan:

Khairul Fahmi Che Mat (Gk), Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azwan Roya, Mohd Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, S. Chanturu(Khairan Eroza), Solehin Kanasian Abdullah (Zulyusri Che Harun (Nidzad Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.



READ MORE

Kelantan Tetap Optimis

Posted by JustKelantanFA On Saturday, March 19, 2011 Comments

Kelantan tetap optimis yang pasukan ini akan layak untuk ke pusingan separuh akhir apabila membuat perhintungan dengan Felda United FC bagi suku akhir kedua Piala FA malam ini.

The Red Warriors akan menjadi pelawat di Stadium Sultan Muhammed ke-IV berikutan gelanggang Felda United,Stadium bola Sepak Kuala Lumpur Cheras ditutup sementara.Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang 50-50 untuk melayakan ke pusingan seterusnya.Hanya pasukan yang pandai menggunakan peluang dan menjaringkan gol sahaja akan layak.

Sebelum ini,pada perlawanan suku akhir pertama Kelantan telah dikejutkan dengan gol penyamaan minit-minit akhir oleh Felda apabila pengadil memberi tendangan penalti,kerana mengatakan Khairul Fahmi menjatuhkan pemain pelawat yang dapat dikesan oleh penjaga garisan,Liew Kit Kong mengambil tendangan tersebut lalu menerjah masuk ke gol Kelantan.

Felda sebelum itu,mengejutkan tuan rumah hasil jaringan menerusi tandukan Zamri chin pada babak pertama sebelum Badri randzi menyamakan kedudukan dan Norsharul menambahkan jaringan.

Mengulas mengenai barisan kedua-dua pasukan ini,mungkin akan mengekalkan pemain yang sedia ada ketika perlawanan suku akhir pertama.


Ramalan Perlawanan Daripada Bolakelateloni

Kelantan 2 : 0 Felda United
READ MORE

Kelantan Kempunan

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, March 16, 2011 Comments

Kelantan gagal meraih kemenangan digelanggang sendiri,apabila terpaksa berkongsi mata setelah sekadar seri 2-2 dengan Felda United FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Fa yang berlangsung di stadium Sultan Muhammed ke-IV Kota Bharu malam tadi.

Peluang Kelantan hadir seawal minit ke-2 apabila rembatan jarak jauh S.Chanturu dari luar kotak penalti sedikit tersasar sebelah kanan pintu gol.

Selang beberapa minit Felda United turut mempunyai peluang menjaringkan gol melalui Lim Kit Kong di luar kotak penalti tetapi terus ke dakapan Khairul Fahmi(apex).

Felda United yang seringkali melakukan serangan balas akhirnya menjaringkan gol pertama melalui tandukan jarak dekat Mohamad Zamri Chin hasil hantaran Badrul Azam Zamri pada minit ke-31 menewaskan sama sekali Khairul Fahmi Che Mat.

Gol penyamaan kelantan hadir lewat babak pertama perlawanan,hasil daripada jaringan Muhd Badhri(Piya) apabila menerima umpanan daripada Norshahrul Idhlan yang gagal diselamatkan oleh Mohd Hamsani Ahmad.

Bersambung babak kedua perlawanan,kedua-dua pasukan lebih agresif menyerang dan dilihat pemain bermain lebih kasar sehingga memaksa pengadil melayankan sehingga lapan layanan kad kuning pada kedua-dua babak,masing-masing lima untuk Felda dan tiga untuk Kelantan.

Akhirnya pada minit ke-70,Kelantan berjaya mendahului Felda United apabila jaringan Mat yo yang menerima hantaran pendek daripada Piya sekali lagi gagal diselamatkan oleh Hamsani.

Tindakan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi mengasari Rames Lai Ban Huat didalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan mengundang padah apabila dikesan oleh penjaga garisan dalam perlawanan itu.

Pengadil perlawanan, Mohd Zamzaidi Katimin memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat biarpun cuba dibantah oleh pemain Kelantan. Bekas pemain kebangsaan, Liew Kit Kong tenang merembat ke penjuru sebelah kiri untuk menghasilkan gol penyamaan bagi pasukannya.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Datuk M. Karathu
Khairul Fahmi Che Mat (Pg), Daudsu Jamaludin (Khairan Ezuan), Rizal Fahmi, Farisham Ismail, Aziz Ismail, S. Chanturu, Shakir Shaari, Mohd Badri Radzi (Kp), Nurul Azwan Roya (Khairan Eroza), Khalid Jamlus (Solehin Kanasian) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Felda United: E.Elevarasan
Hamsani Ahmad (Pg), Khairul Annuar Jamil ( Mohd Nizam), Mohd Khaironnisam Sahabudin (Kp), Rames Lai Ban Huat, Liew Kit Kong, Azrul Ahmad, Faderin Kadir, Badrul Azam Zamri, Lot Abu Hasan (Mohd Syazwan), Muhammad Zamri Chin (Nizarudin Yusof) dan Abdul Ghani Abdul Rahman.
READ MORE

Awasi jerat Felda United!!

Posted by JustKelantanFA On Monday, March 14, 2011 Comments

Kelantan akan bertemu Felda United pada perlawanan suku akhir pertama Piala Fa, merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab yang berjaya ke perlawanan suku akhir Piala FA yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV pada malam esok.

Kelantan selaku tuan rumah sudahpastinya akan mempamerkan perlawanan yang terbaik dihadapan ribuan penyokong sendiri bagi memburu slot ke perlawanan separuh akhir yang dijangka akan bertemu sama ada Pasukan Selangor atau Johor.

Anak-anak buah jurulatih M.Karathu ingin melupakan terus kekecewaan pada perlawanan Liga Super apabila tewas mengejut kepada pasukan Pahang dengan jaringan 2-0 dan terus meleburkan rekod tanpa kalah yang dipegang sekuad The Red warriors selama 7 perlawanan bagi liga super musim ini.

Semua pemain The Red Warriors di suruh bangkit daripada kekecewaan dan mempamerkan aksi terbaik bagi merebut slot ke perlawanan separuh akhir.

Jika di ukur kepada kemampuan lawan,pasukan Felda United tidak perlu dipandang mudah oleh pemain-pemain The Red Warriors kerana mereka cukup tonik untuk merebahkan sekuad The Red Warriors dikandang sendiri jika barisan pemain kita alpa dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika perlawanan.

Mengikut rekod pertemuan persahabatan sebelum bermulanya saingan liga musim ini,ternyata sekuad Felda United mampu mengecewakan Kelantan jika pemain kita tidak konsisten dan memberi tumpuan sepenuhnya.

READ MORE

Kelantan dapat stadium baru??

Posted by JustKelantanFA On Sunday, March 13, 2011 Comments
Kemungkinan Kelantan akan mendapat stadium baru atau stadium yang sedia ada akan di perbaharui itu adalah persoalan yang tertanya-tanya oleh penyokong sekuad The Red Warriors apabila Tan Sri Anuar Musa,Datuk Takiyuddin, YB Abdul Fatah Mahmood dan beberapa lagi delegasi KAFA telah melakukan lawatan ke stadium Wembley bagi melihat sendiri keunikan dan kecanggihan stadium yang terletak di kota London itu yang bakal digunakan untuk Sukan Olimpik 2012 nanti. Adakah lawatan ini untuk sebagai permulaan untuk pembinaan stadium baru atau pengubahsuaian stadium sekarang masih terlalu awal untuk diramal.




Sudah tentu perkembangan ini,merupakan satu perkembangan yang baik dan dinantikan oleh semua penyokong setia The Red Warriors untuk mendapatkan stadium yang serba canggih dan mampu menampung penyokong dengan lebih ramai lagi.




Harapan rakyat Kelantan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melihat berdiri teguhnya stadium yang megah dan serba canggih akan dibina di Kelantan,keterujaan penyokong Kelantan dalam bola sepak Negara sudah dibuktikan melalui kehadiran ramai penaja untuk menaja pasukan ini,yang tertarik akan kehadiran penyokong Kelantan walaupun dimana perlawanan diadakan.

Dalam lawatan delegasi KAFA,mereka juga bertemu dengan Datuk Chan,melawat stadium Cardiff City dan menyaksikan perlawanan Cardiff menentang Barnsley.

InsyaAllah sama-sama kita doakan agar hasrat penyokong The Red Warriors untuk melihat stadium baru di Kelantan akan tercapai.





P/S: Info Porta Rasmi Kafa [TRW]
READ MORE

Kelantan Tewas di tangan Pahang

Posted by JustKelantanFA On Saturday, March 12, 2011 Comments
Akhirnya sekuad The Red Warriors terpaksa berputih mata kerana gagal membawa pulang bekalan tiga mata ke kota Bharu,setelah tewas 2-0 kepada pasukan Pahang pada pertemuan saingan ke tujuh bagi liga super musim ini.Ini merupakan kekalahan pertama yang diterima oleh anak buah M.Karathu dalam saingan liga super musim ini.

Walaupun dengan kekalahan ini,Kelantan masih kekal sebagai pendahulu liga dengan berkongsi 14 mata dengan Felda united dan Selangor yang menewaskan lawan masing-masing.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan dilihat banyak mengawal permainan tetapi bagaimanapun gagal membolosi gol lawan yang dikawal baik oleh penjaga gol mereka.Kelekaan pemain pertahanan pada separuh masa kedua menyebabkan kelantan sekali lagi di hukum dengan jaringan kedua oleh pemain gantian pasukan Pahang.

Perlawanan yang seterusnya, Kelantan akan menerima kunjungan Felda United di stadium Sultan Muhammed ke-1v bagi saingan suku akhir pertama Piala FA pada 15 march 2011 ini,manakala saingan timbal balik bagi suku akhir kedua juga akan diadakan di Kota Bharu pada 19hb oleh kerana stadium Kuala Lumpur tidak dapat digunakan disebabkan masih lagi dalam proses pembaikian.

Sokongan kita zaman- berzaman..gomo kelate gomo...!!



Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Wan Rohaimi Wan Ismail), Danial Fadzly Abdullah (Solehin Kanasian Abdullah), Muhd Badhri Radzi (KP) (Mohd Nizab Ayub), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

PAHANG : Mohd Suffian Abdul Rahman, Mohd Munir Amran (Mohd Fadzirul Zakaria), Jalalludin Abu Jaafar (KP), Mohd Saiful Nizam Miswan (Mohd Hazri Rozali), Zaiza Zainal Abidin, R Surendran, Mohd Fazli Baharudin, Mohd Shahrizan Salleh, Azammuddin Mohd Akil, R Surendran (Mohd Faizol Hussin) dan Famirul Asraf Sayuti.

FORMASI : 4-4-2
READ MORE

Liga Super [2011] :Perlawanan Akan Datang

Posted by JustKelantanFA On Comments



Bolakelateloni: Sekuad The Red Warriors dijangka akan bertemu sekuad Tok gajah (Pahang) pada perlawanan ke-7 bagi liga super musim ini di halaman lawan.Pemain Kelantan diseru beraksi seperti biasa dan mengekalkan momentum ketika bertemu lawan agar dapat mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga super pada musim ini,setakat ini sekuad The Red Warriors belum pernah tewas dengan empat kemenangan dan dua seri memadai untuk Kelantan terus berada di puncak liga.

Mengekori rapat sekuad The Red Warriors ialah pasukan Perak dengan perbezaan dua mata dibelakang.

Diharap Kelantan akan terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah tersebut dan terus berjaya membawa seberapa banyak Piala pada musim ini ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Sokongan kita sokongan zaman-berzama...Gomo Kelate Gomo!!
READ MORE

Sejenak Bersama Ultras

Posted by JustKelantanFA On Friday, March 11, 2011 Comments
Ultras adalah merupakan sebahagian daripada peminat sukan bolasepak terkenal atas sokongan fanatik mereka dalam memberi sokongan kepada pasukan kesayangan,tak kira sama ada untuk negeri atau negara. Mereka sebahagian besar adalah pengikut pasukan bola sepak.Walaupun di negara kita perkembangan agar lewat sedikit seperti yang telah lama berlaku di barat contohnya sepeti Ultras di Itali dan sebangainya Kecenderungan sokongan kumpulan ultras termasuk penggunaan flare (terutama dalam memberi semangat kepada pemain), sokongan melalui nyanyian dalam kelompok besar dan mengibarkan bendera atau banner di stadium bola sepak, yang semuanya direka bentuk untuk mencipta suasana yang mendorong pasukan mereka sendiri dan menggerunkan pemain lawan dan penyokong.

Ultras Malaya







Sejak akhir-akhir ini perkembangan kumpulan Ultras ini mula berkembang di seluruh Malaysia rentetan daripada kejayaan demi kejayaan yang berjaya dikecapi pasukan negara Malaysia dalam bolasepak terutamanya di Asia Tenggara.Terbaru dengan kejayaan membawa pulang Piala AFC yang lepas.Kehadiran Ultras ini sedikit sebanyak telah menaikkan semangat dan memeriahkan suasana di stadium.Di Malaysia antara Ultras yang dianggap berjaya ialah seperti Ultras Kelantan,Ultras Kedah,Ultras Selangor dan Ultras Negeri Sembilan.


Ultras Kelantan The Red Mania


Sekumpulan ultras biasanya diketuai oleh seorang "Leader" atau Capo untuk memberi arahan atau menyampaikan kata-kata semangat untuk group mereka yang terdiri dari segelintir peminat untuk kumpulan yang lebih besar dengan menganggap seolah-olah seluruh bahagian stadium adalah milik mereka.Kumpulan Ultras tidak akan melibatkan pergaduhan walaupun pasukan mereka tewas dan kehadiran mereka adalah sekadar untuk memberi sokongan dalam memeriahkan suasana arena bolasepak.



Ultras Kedah


Video Ultras :






READ MORE

Malaysia Layak!!!

Posted by JustKelantanFA On Thursday, March 10, 2011 Comments




Bolakelateloni: Sekuad Malaysia U23 layak ke pusingan seterusnya setelah mengikat sekuad U23 Pakistan 0-0 pada pertemuan kelayakan pusingan kedua di stadium punjab,lahore Pakistan semalam.

Sekuad U23 negara bertandang ke stadium lahore dengan bekalan gol 2-0 hasil daripada pertemuan kelayakan pertama di stadium Shah Alam baru-baru ini.

Sekalung tahniah kepada sekuad muda kita,kerana telah mempamerkan mutu bolasepak yang bagus sejak akhir-akhir ini berlanjutan selepas kejayaan pada temasya sukan sea dan kejayaan sekuad senior pada piala AFF yang lepas.

Kepada penyokong-penyokong sekuad harimau malaya ayuh kita kembalikan zaman kegemilangan bolasepak tanah air kita ketika zaman era Mokhtar Dahari dengan memberi sokongan tanpa mengira penat dan jemu.Sokongan kita zaman-berzaman bukan hanya ketika menang.
READ MORE

Malaysia U23 Lwan Pakistan U23

Posted by JustKelantanFA On Monday, March 7, 2011 Comments





Bolakelateloni: Saksikan perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 pusingan kedua antara pasukan U23 Malaysia melawan U23 pakistan secara langsung di astro arena 801 pukul 11 malam pada 9 march ini.

Sekuad Malaysia dijangka akan mendapat tentangan sengit daripada sekuad Pakistan kerana mereka telah ketinggalan dengan jaringan 2-0 ketika mereka tewas pada peringkat kelayakan pertama di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Anak-anak buah Ong Kim Swee haruslah barhati-hati dan bermain dengan kadar momentum yang terbaik agar misi untuk perlawanan seterusnya akan berjaya dan dijangka akan bertemu pasukan yang lebih baik rangkingnya di Asia.
READ MORE

Kelantan ke suku Akhir Piala FA

Posted by JustKelantanFA On Friday, March 4, 2011 Comments



Bolakelateloni:Johor- Kelantan berjaya ke suku akhir piala FA apabila menundukkan Johor FC 1-0 pada perlawanan yang berlangsung di stadium Jcop,Pasir Gudang pada pertemuan peringkat kedua semalam.Gol tunggal sekuad The Red Warriors dihasilkan oleh Kapten pasukan iaitu Badri Radzi seawal minit ke-10 hasil hantaran bola daripada ayam tambatan Kelantan iaitu Norshahrul Idhlan Talaha.

Pada pertemuan suku akhir,Kelantan akan bertemu dengan Felda United yang merupakan satu-satunya pasukan berstatus kelab yang berjaya ke suku akhir piala FA apabila menundukkan Kedah dengan jaringan yang sama iaitu 1-0.Perlawanan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 15 dan 19 march ini.
READ MORE

Kelantan Terus Mencengkam

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, March 2, 2011 Comments
Ramzul diasak oleh pemain Negeri Sembilan


Bolakelateloni:Kota Bharu -The Red Warriors terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam dan terus memendam keegoan jurulatih Negeri Sembilan itu.

Selepas gagal merobek gawang Negeri Sembilan pada babak pertama, Kelantan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi S. Chanturu pada minit ke-49.

Gol tersebut ternyata menyemarak semangat barisan pemain The Red Warriors untuk menambah jaringan dan hasilnya, Norshahrul Idlan Talaha meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 80.

Lain pula yang menimpa pasukan Perak yang cuba mengekori rapat pasukan Kelantan pada tangga kedua,sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 bertemu Harimau Muda.


Berikut merupakan kesebelasan pemain:

KELANTAN:

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Pertahanan: Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, S. Subramaniam Tengah: S Chanturu, , Mohd Badhri, Shakir, Nurul Azwan Roya Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Ramzul Zahini
READ MORE

.:Views and Suggestions:.