• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Worldcup 2014 Qualifier:Malaysia tewaskan Taiwan

Posted by JustKelantanFA On Thursday, June 30, 2011 Comments


Sekuad 'Harimau Malaya' berjaya menewaskan sekuad bolasepak Chinese Taipei (Taiwan) dalam pertemuan pusingan pertama 1st leg kelayakan piala dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi yang berkesudahan 2-1.

Beraksi di hadapan 40,000 penyokong setia,sekuad negara seolah-olah hilang tumpuan pada minit-minit awal permulaan,apabila lawan dilihat kerap melakukan beberapa asakan untuk memecah kubu pasukan negara.Sekuad negara juga mempunyai beberapa percubaan yang berbahaya ke atas kubu pelawat.Akhirnya gol yang di cari menjelma pada minit ke-27 apabila Shafiq Rahim berjaya melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menggegarkan gawang pelawat.

Tersentak dengan gol pertama sebagai pembangkit semangat,sekuad 'harimau Malaya' bangkit dengan melakukan beberapa serangan ke atas kubu pelawat,ketumpulan bahagian serangan sekali lagi menghantui sekuad negara yang gagal menyudahkan peluang yang terhidang di depan mata.Sekuad negara dilihat seolah menguasai sepenuhnya bola sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan.

Bersambung separuh masa kedua,ketua jurulatih negara melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Safee Sali yang masih bergelut dengan kecederaan dan memasukan Ahmad Fakri Shaarani.

Pada minit ke-74,stadium Bukit Jalil sekali lagi bergema dengan sorakan penyokong apabila sekuad negara memperoleh gol kedua hasil tandukkan Aidil Zafuan yang naik keatas untuk menerima bola dari sepakan sudut yang diambil Safiq Rahim.

Sekuad negara melakukan beberapa serangan ke atas kubu pelawat,akhirnya pada minit ke-77 sekuad Taiwan berjaya mencuri peluang dengan menjaringan gol melalui pemain gantian mereka yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Alawi.

Selepas ini,sekuad negara akan berkunjung ke Taiwan,untuk pertemuan pusingan pertama 2 leg pada 3 julai 2011 yang akan disiarkan secara langsung melalui Astro Arena.


Gol 1 : Safiq Rahim



Gol 2: Aidil Zafuan
READ MORE

WorldCup 2014 Qualifiers: Malaysia Lwn Taiwan

Posted by JustKelantanFA On Saturday, June 25, 2011 Comments



Sekuad 'Harimau Malaya' bakal melayan kunjungan sekuad bolasepak Chinese Taipei(Taiwan) dalam pertemuan peringkat pertama 1 st leg, kelayakan Piala Dunia 2014, bagi saingan zon asia pada 29 jun 2011(Rabu) di Stadium Nasional Bukit Jalil.Manakala perlawanan timbal balik pula akan berlangsung pada 3 julai 2011 di Stadium Taipei Municipal,Chinese Taipei.

Bagi kelayakan ini,sekuad harimau malaya di undi bertemu sekuad bolasepak Taiwan ketika undian di langsungkan di rumah putih konfederasi bola sepak asia (AFC),Kuala Lumpur,beberapa bulan yang lepas.

Sekiranya sekuad negara berjaya lepasi halangan peringkat pertama dengan Taiwan,saingan bagi peringkat kedua mereka pula di jadualkan bakal bertemu jiran setempat Singapura.Dengan momentum kemenangan yang diperolehi dan keputusan seri beberapa perlawanan persahabatan selepas bergelar juara Piala AFF Suzuki Cup 2010 yang lepas dan terbaru berjaya tewaskan sekuad Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Kota Bharu,sekuad negara seolah-olah mampu menterjemahkan sesuatu ketika menerima kunjungan dari pasukan Taiwan nanti.

Harus di ingat juga,pasukan lawan kita belum mengatahui sejauh mana percapaian mereka dan aksi yang mereka akan pamerkan nanti,walaupun kedudukan rangking antara pasukan negara dan Taiwan agar jauh tetapi anak-anak buah K.Rajagobal harus berhati-hati ketika bertemu Taiwan nanti yang pasti kita belum mengetahui kekuatan mereka sebenar.

Sama-sama kita memberi sokongan buat pasukan negara,ayuh sama-sama memenuhi stadium agak pasukan negara berjaya mendapat kemenangan nanti...



READ MORE

Piala Presiden:Kelantan Lwn Johor

Posted by JustKelantanFA On Friday, June 24, 2011 Comments


KELANTAN LWN JOHOR
(suku akhir pertama)
24 jun 2011
8.45 Pm

Harga Tiket:
Terbuka = Rm 5
Astaka = Rm 10
READ MORE

Olympics Qualifiers : Malaysia U-23 tundukkan Lubnan U-23

Posted by JustKelantanFA On Thursday, June 23, 2011 Comments




Sekalung tahniah diucapkan kepada sekuad Harimau Muda kerana berjaya menundukkan pasukan bolasepak U-23 Lubnan dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil,sebentar tadi.Sekuad negara berjaya menjaringakan gol seawal minit ke-7,hasil jaringan Ifran Fazail apabila menerima bola tampanan daripada Muslim dalam keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Lubnan sebelum melakukan jaring cantik sebelah kiri penjaga gol Lubnan.

Tidak berpuas hati dengan gol yang diperolehi,sekuad negara melakukan beberapa asakan dan berjaya menguasai bola dengan baik selepas gol pertama dijaringkan dan Lubnan juga kelihatan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah penjaga gol negera yang dikawal oleh Khairul Fahmi tetapi berjaya diselamatkan.

Pada minit ke-41 stadium negara,kembali dengan sorakkan penyokong-penyokong harimau malaya apabila Wan Zack Haikal menambah gol kedua buat sekuad negara apabila menerima bola lorongan cantik daripada Gary Steven Robert sebelum menolak ke gawang Lubnan.Bersambung babak kedua,sekuad negara tempang apabila Gary Steven dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun apabila menerima kad kuning kedua.

Anak-anak buah Ong Kim Swee terpaksa mengubah corak permainan apabila terpaksa bertahan dan sekali kala melakukan "counter Attack" dengan 10 pemain,akhrinya sekuad Lubnan berjaya mencuri peluang atas kekurangan pemain sekuad negara apabila berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-63 melalui tandukkan Chandi Ati yang gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Sekuad negara mengawal keadaan dengan berjaya apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan yang berbahaya dilakukan oleh pemain Lubnan di luar kotak penalti.Dengan kemenangan pada malam ini,sekuad negera berjaya menempah tiket ke perlawanan seterusnya iaitu memasuki peringkat kumpulan yang terdiri daripada 12 negara dan 4 negara akan dibahagikan untuk satu kumpulan.

Bagi pemilihan kumpulan ini dijadualkan akan dibuat 7 julai di rumah putih AFC,Kuala Lumpur.Perlawanan dijangka akan berlangsung dalam bulan september.Antara 12 negara ini merupakan pasukan-pasukan kuasa besar bola sepak asia ketika ini seperti Jepun,Korea dan Australia.Sama-sama kita berharap Malaysia akan berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik London 2012 nanti.
READ MORE

Olimpik Qualifiers::Malaysia U-23 Lwn Lubnan U-23

Posted by JustKelantanFA On Comments


Kurang dua jam dari sekarang,pasukan bolasepak Olimpik negara bakal membuat perhintungan dengan Lubnan dalam aksi pusingan kedua 2 st leg yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Keputusan terikat tanpa jaringan di Stadium Sport City,Beirut, memaksa anak-anak buah Ong Kim Swee berusaha lebih keras bagi memastikan tiada jaringan yang dapat dilakukan daripada pihak lawan.Seandainya keputusan terikat dengan jaringan pada malam ini,ruang untuk pasukan harimau muda ini sudah pastinya akan tertutup,ini kerana dalam perlawanan ini dikira berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Sebelum ini,untuk rekod bolasepak Malaysia pernah berjaya ke kejohanan olimpik pada 1972 di Munich,Jerman dan 1980 di Moscow,Russia(Kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut atas dasar kemanusiaan kerana pencerobohan Soviet Union keatas Afghanistan)

Di sukan Olimpik Jerman 1972,pasukan negara tewas 3-0 kepada Jerman Barat,menang 3-0 keatas Amerika dan tewas 6-0 kepada Maghribi yang dibarisi rata-rata pemain-pemain terkenal ketika itu.

Malam ini merupakan penentu untuk sekuad olimpik negara sama ada berjaya meneruskan ke pusingan yang seterusnya atau tewas kepada lawan.Sekiranya pasukan olimpik negara layak ke pusingan seterusnya mereka akan memasuki kelayakan dalam kelompok empat pasukan yang rata-rata dibarisi pasukan terkuat di benua Asia ketika ini.

Sama-sama kita berdoa agar pasukan olimpik negara berjaya mencipta kemenangan malam ini dan berjaya kepusingan yang seterusnya..




READ MORE

Tahniah !!!:Malaysia tundukkan Myanmar

Posted by JustKelantanFA On Saturday, June 18, 2011 Comments

2 : 0



Pasukan bolasepak Malaysia atau sinonim dengan gelaran 'Harimau Malaya' berjaya menundukkan pasukan bolasepak Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Muhammed ke-IV sebentar tadi.

Walaupun keadaan hujan,tidak mematahkan semangat lebih 10,000 ribu penyokong yang datang untuk menyaksikan perlawanan sekuad Harimau Malaya buat pertama kali diadakan di luar kawasan Kuala Lumpur.

Gol-gol sekuad Harimau Malaya dijaringkan oleh Mohd Amirul Hadi pada minit ke-28 dan Badrol Bakhtiar pada minit ke-55.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam membawa perlawanan antarabangsa yang pertama kali ke Stadium Sultan Muhammed ke-IV dan tidak lupa juga pada penyokong-penyokong sekuad Harimau Malaya yang membanjiri stadium.
READ MORE

Perlawanan Persahabatan & Kelayakan Olimpik

Posted by JustKelantanFA On Thursday, June 16, 2011 Comments
Friendly Match



Malaysia Lwn Myanmar

Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
Kota Bharu,Kelantan
18 Jun 2011 , 8.45 Mlm



Olympic Qualifiers



Malaysia U-23 Lwn Lebenon U-23
(Pusingan Pertama, Lebanon)
19 Jun 2011, 10.00Mlm


:::::Live: ASTRO ARENA::::::

READ MORE

Kelantan Hampiri Kejuaraan Liga Super

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, June 14, 2011 Comments

Sekuad The Red Warriors hampiri kejuaraan liga super buat pertama kali apabila berjaya menundukkan Perak 1-0 di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sebentar tadi.Pertemuan yang penting untuk mencari tiga mata berjaya diperolehi oleh anak-anak buah M.Karathu dengan berjaya setelah memungut tiga mata yang cukup berharga.

Kekalahan pada Final Piala Fa di lupakan terus oleh semua pemain dan mereka memberi tumpuan penuh ketika menerima kunjungan pasukan Perak sebentar tadi.Walaupun ramai pemain di lihat masih keletihan mereka tetap mempamerkan aksi terbaik untuk memburu gol.

Kelantan mempunyai beberapa peluang untuk menghasilkan gol pada separuh masa pertama,melalui penyerang muda Izuan Salehuddin dan Norshahrul tetapi gagal untuk menterjemahkan dalam bentuk gol.

Bersambung babak kedua,Kelantan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke kubu pelawat akhirnya pada minit ke-53 Norshahrul berjaya membolosi gol pelawat melalui jaringan gunting yang terbias kepada pertahanan perak,Khairi Zainuddin yang terus menerjah ke penjuru gol hasil bola hantaran daripada Daudsu.

Sekuad The Red Warriors kini mempunyai kelebihan 2 mata ke atas pencabar terdekat,Selangor yang juga berjaya memungut tiga mata setelah berjaya mengalahkan Felda United 2-1 di Stadium Shah Alam.

Bagi perlawanan terakhir,sekuad The Red Warriors bakal berkunjung ke Stadium Likas,Kota Kinabalu untuk bertemu Sabah, merupakan perlawanan penentuan kejuaraan liga super bagi musim ini.The Red Warriors sekurang-kurangnya memerlukan satu mata untuk dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 ketika bertemu sabah nanti.


Kesebelasan utama pemain :



KELANTAN : Mohd Shahrizan Ismail, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Mohd Badhri Mohd Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Mohd Izuan Salahuddin (Solehin Kanasian Abdullah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Muhammad Ramzul Zahini Adenan)( Khairan Eroza Razali).

FORMASI : 4-4-2



PERAK
: Mohd Nasril Mat Nourdin, Mohd Syahman Zainuddin, Mohd Hisyamuddin Shaari, Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri, K Nanthakumar, Shahrulnizam Mustapa (KP), Chan Wing Hoong, Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews, Muhammad Nurridzuan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Muhammad Nazri Mohd Kamal).

FORMASI 4-4-2


READ MORE

Bangkitlah The Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Monday, June 13, 2011 Comments


Pemain Kelantan harus melupakan episod kekalahan dalam kejuaraan Piala FA,tumpuan kini terarah kepada satu lagi Piala yang bakal digenggam sekuad The Red Warriors iaitu kejuaraan Liga Super yang masih berbaki dua perlawanan lagi.

Jika misi memburu kejuaraan liga super berjaya,maka ia di anggap sebagai tonik bagi pengubat duka kepada barisan pemain dan penyokong setia The Red Warriors akibat daripada kegagalan untuk mendapat kejuaraan Piala FA.

Tumpuan yang terarah ketika ini ialah perlawanan liga super antara Kelantan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammed ke-IV malam esok.Pemain Kelantan harus bangkit membuktikan mereka mampu menewaskan Perak bagi mencerahkan peluang untuk menjulang Piala Liga Super buat pertama kali untuk bumi kelantan.Mereka hanya perlu menang dengan Perak dan seri dengan Sabah sudah memadai buat sekuad The Red Warriors di nobatkan juara Liga Super 2011.

Pada perlawanan pusingan pertama liga super, sekuad Kelantan telah tewas 4-0 kepada Perak di halaman lawan dan malam esok boleh di anggap malam bagi membalas dendam dan kebangkitan untuk sekuad The Red Warriors setelah kecewa sebelum ini.Sudah tentu malam esok suasana berbeza jika dibandingkan dengan suasana pertemuan pusingan pertama liga super beberapa bulan sebelum ini.

Penyokong setia The Red Warriors diseru untuk kembali membangkitkan semangat pemain untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan yang penting malam esok dengan menghadirkan diri ke Stadium untuk memberi sokongan moral kepada para-para pemain supaya moral pemain tidak jatuh ke di atas kegagalan untuk mendapatkan Piala FA beberapa hari lepas.

Pemain The Red Warriors harus melupakan segala kegagalan yang menimpa dan harus bangkit dari kekecewaan yang melanda kem Kelantan dengan membuktikan kepada peminat setia mereka tetap berbisa.Dalam arena bola sepak sudah menjadi lumrah ketika berjaya pemain dipuji,dan ketika gagal pemain dikeji ini sudah menjadi sebati buat pemain bolasepak profesional ketika ini.

Kepada penyokong-penyokong The Red Warriors anda diseru buanglah tabiat lama,iaitu membaling objek dan membaling mercun ke dalam padang.Ini kerana akan merugikan pasukan kita sendiri,perkara ini telah dibuktikan ketika Final Piala Fa beberapa hari lepas sehingga pengadil memberikan masa tambahan yang agak panjang kerana terdapat segelintir penyokong membaling mercun sehingga perlawanan dihentikan pihak lawan berjaya mencuri peluang menjaringkan gol penyamaan.

Apapun peristiwa duka harus dilupakan dan Kelantan harus bangkit untuk meneruskan misi yang kedua iaitu memburu kejuaraan Liga Super.

Piala Liga Super

Sokongan kita zaman berzaman...Ayuh Bangkit Perwiraku..gomo Kelate gomo..
READ MORE

Kelantan Akur,Terengganu Juara Piala FA

Posted by JustKelantanFA On Sunday, June 12, 2011 Comments

Seluruh peminat Kelantan terpaksa menerima hakikat kerana sekuad The Red Warriors gagal buat kali kedua untuk muncul juara Piala FA dalam masa 3 tahun setelah kecewa tewas kepada Terengganu 2-1 malam tadi.Kekecewaan jelas terpancar di wajah-wajah penyokong The Red Warriors kerana Kelantan hampir menjulang Piala FA buat pertama kali tetapi di kecewakan minit-minit akhir permainan apabila bola tendangan Abdul Manaf Mamat gagal ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi sebelum Daudsu yang cuba mengeluarkan bola dari keadaan bahaya tertanduk sendiri ke pintu gol.

Semua pemain Kelantan seolah-olah kehilangan fokus setelah Terengganu mendapat gol penyamaan ,memaksa pengadil mengheret perlawanan ke masa tambahan. Pada minit ke-108 pemain gantian Terengganu Nordin Alias muncul wira bagi pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol buat kemenangan pasukan Terengganu.

Apapun sekalung tahniah kepada pemain The Red Warriors yang telah mencuba bermain sebaik mungkin dan nasib sahaja tidak menyebelahi pasukan Kelantan untuk menjuarai Piala FA kali ini.Tumpuan selepas ini pula mesti terarah kepada kejuaraan liga super dan ini mungkin akan menjadi pengubat duka bagi peminat semua The Red Warriors dalam perlawanan liga masih berbaki dua perlawanan.

Pemain The Red Warriors perlu melupakan seketika kegagalan semalam dan harus bangkit untuk perlawanan Liga Super selasa ini,menerima kunjungan pasukan Perak di gelanggang sendiri.Dengan kemenangan keatas Perak selasa ini akan menjadi tonik terbaik untuk sekuad Kelantan mencipta kemenangan pertama keatas kejuaraan Liga Super.
READ MORE

Debaran Final Piala FA

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, June 8, 2011 Comments

Peluang Kelantan untuk menjulang Piala "Treble" bagi musim ini dilihat tampak cerah,jika anak-anak buah Dato M.Karathu berjaya mencipta kemenangan keatas jiran tetangga Terengganu dalam Final Piala FA Sabtu ini dan menjuarai liga super musim ini.Misi utama Kelantan ialah memburu kejuaraan pertama bagi Piala Fa sejak ia diperkenalkan dan Kelantan hampir menjulang pada Final Piala FA 2009 tetapi dikecewakan oleh Selangor tewas melalui tendangan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan perlawanan.

Tahun 2011 sekali lagi Kelantan berjaya menempah tiket ke Final Piala FA setelah menumpaskan seteru utama Selangor pada separuh akhir Piala FA dengan agregat 6-2 yang juga merupakan lawan yang sama ketika Kelantan tewas Final 2009.Tetapi tahun ini aksi Final Piala FA telah didominasi oleh gelombang Pantai Timur dengan pertemuan Kelantan dan Terengganu di pentas final buat pertama kali.Pertemuan dianggap buku dan ruas.

Sejarah baru bakal tercipta di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh keramat 11 jun 2011,dikhabarkan akan menerima kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah bolasepak moden di Malaysia.Dengan kedua-dua pasukan mempunyai rating penyokong fanatik tertinggi dalam liga Malaysia ketika ini,perkara ini tidak mustahil ia akan mencapai satu fenomena baru pada Final Kali ini.Penjualan tiket-tiket laku bak pisang goreng panas,sebagai contoh di Kota Bharu,tiket mula dijual 15,000 keping habis dalam masa hanya 3 jam.Fenomena ini terjadi kerana betapa semangatnya penyokong-pnyokong setia The Red Warriors untuk melihat pahlawan mereka menjulang Piala FA buat pertama kali untuk bumi Kelantan.

Kehadiran Ultras-ultras sedikit sebanyak membantu menaikkan lagi semangat pemain-pemain beraksi 90 minit di atas padang,tanpa mengira pasukan kalah atau menang mereka tetap memberi sorakan tanpa kenal penat dan lelah.Walaupun kemunculan kumpulan yang diberi gelaran ultras ini agar baru di Malaysia , akan tetapi kehadiran mereka telah memberi impak yang cukup besar keatas bolasepak negara khasnya.Kelantan terkenal dengan Ultras Kelantan The Red Mania,manakala Terengganu pula dengan ultras Tranung.




Sama-sama kita nantikan satu fenomena baru yang akan melanda Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ini dengan kehadiran puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan dari Pantai Timur ini.Gelombang merah dan putih akan memenuhi segenap ruang stadium dan lautan ombak manusia akan memecah keheningan suasana stadium malam hujung minggu ini.




READ MORE

Kemuncak Piala FA: GANU atau KELATE??

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, June 7, 2011 Comments


Hujung minggu ini Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi bakal menyaksikan ribuan kedua-dua penyokong fanatik bolasepak gergasi Pantai Timur,pertemuan dua musuh setempat antara Kelantan dan Terengganu bakal mencuri tumpuan seluruh peminat bolasepak tempatan.Apabila masing-masing membuat perhitungan dalam Final kejuaraan Piala Fa.




Pertandingan pentas Akhir Piala Fa ini bakal mencatat sejarah tersendiri,buat pertama kali pertembungan dua jiran setempat dalam kejuaraan ini bakal menaikkan lagi atmosfera dikalangan penyokong fanatik kedua-dua pasukan .Sudah sedia maklum kedua-dua pasukan ini mempunyai penyokong-penyokong fanatik teramai dalam liga Malaysia ketika ini.

Laungan Peteh Ganu Peteh dan Gomo Kelate Gomo bakal mengamatkan lagi suasana Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ini.Permainan yang cantik sudah tentu diharapkan oleh penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang hadir ke stadium,mahupun yang penonton dirumah.

Pasukan manakah yang berjaya mencipta kemenangan pada malam bersejarah itu,sama-sama kita nantikan debaran yang akan bermula pada hujung minggu ini.Kebangkitan dominasi gelombang Pantai Timur sejak akhir-akhir ini semakin menyerlah dalam pertembungan yang dijangka lebih sengit bagi kedua-dua pasukan ini.




READ MORE

The Red Warriors Menang Bergaya

Posted by JustKelantanFA On Monday, June 6, 2011 Comments

Akhirnya ketua jurulatih Datuk M.Karathu dan barisan pengurusan sekuad Kelantan boleh menarik nafas lega apabila misi pertama untuk memburu kejuaraan liga super berjaya dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pemain The Red warriors apabila berjaya menundukkan Terengganu di halaman lawan dengan jaringan 3-0.

Walaupun tanpa kelibat beberapa kesebelasan utama sekuad The Red warriors berjaya membuktikan mereka mampu untuk mencipta kemenangan.Tanpa penjaga gol utama,Khairul Fahmi telah berjaya ditutup kemas oleh Shahrizan Ismail apabila beraksi dengan begitu baik menangkis beberapa serangan berbahaya yang dilakukan pasukan Terengganu.

Gol-gol Kelantan dihasilkan oleh pemain muda iaitu Izuan Salahuddin minit ke-9,Norshahrul minit ke-73,92.Misi kedua ialah tumpuan kepada kejuaraan Piala Fa yang akan bertemu lawan yang sama iaitu Terengganu berlangsung 11 jun ini di Stadium Bukit Jalil.Dengan kemenangan malam ini sedikit sebanyak menaikkan motivasi para pemain untuk pertemuan dalam Final Piala Fa nanti.

Sebelum berjaya dinobatkan juara Liga Super,kelantan perlu berjaya menewaskan dua pasukan terakhir yang akan ditemui iaitu Perak dan Sabah.Pasukan ini berjaya mengejutkan Kelantan pada pusingan pertama liga dengan Perak berjaya menewaskan Kelantan di halaman mereka,manakala Sabah berjaya mencuri satu mata dengan mengikat Kelantan 1-1 di Kota Bharu.Kedua-dua pasukan ini perlu ditewaskan jika hasrat pemain The Red Warriors untuk mencapai kejuaraan liga buat pertama kali untuk Kelantan.

Tumpuan kita selepas ini ialah kepada Kejuaraan Piala Fa yang akan berlansung sabtu ini,ayuh kita semua turun memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors.Gomo Kelate gomo..


READ MORE

Tugas getir menanti Sekuad The Red Warriors

Posted by JustKelantanFA On Friday, June 3, 2011 Comments




Sekuad Kelantan dijangka akan menerima tugas getir dalam misi bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah,Kuala Terengganu esok bagi saingan liga super bagi menentukan titik tolak kejuaraan bagi kedua-dua pasukan dalam merebut kejuaraan liga super 2011.Apabila menerima perkhabaran buruk bakal kehilangan beberapa tonggak akibat kecederaan dan pergantungan pemain akibat menerima 3 kad kuning.

Dalam minggu ini tugas yang getir harus ditempuhi pemain The Red Warriors apabila bakal berjumpa lawan yang sama dalam misi untuk perebutan kejuaraan Piala Fa,apapun pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan liga super nanti dapat membuktikan mereka bukan sekadar pemain untuk melengkapkan kuota pemain bagi musim ini.Peluang ini harus mereka gunakan dan buktikan pada pihak pengurusan tidak silap dalam pemilihan mereka.

Bahagian yang paling terasa dalam kehilangan ini ialah, bahagian penjaga gol apabila Khairul Fahmi yang juga penjaga gol nombor satu Kelantan dan Kebangsaan tidak dapat diturunkan kerana komitmen bersama sekuad Olimpik negara.Tugas berat ini bakal diambil oleh penjaga gol kedua Kelantan tidak lain tidak bukan lagi merupakan penjaga gol yang pernah menjaga gawang Kelantan ketika Final Piala Fa 2009 ketika bertemu Selangor yang berkesudahan 1-1 sebelum Kelantan tewas dengan jaringan penalti.Penjaga gol yang di maksudkan ialah Shahrizan Ismail atau Mat Chah gelaran yang diberikan oleh peminat The Red Warriors.




Peluang yang diberikan oleh ketua Jurulatih Kelantan,Datuk M.Karathu akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh Shahrizan,itu merupakan janji beliau agar memastikan gawang yang dikawal oleh beliau tidak akan bolos ketika bertandang ke Kuala Terengganu nanti.Misi The Red Warriors kali ini memastikan tiga mata tidak akan terlepas kepada pihak lawan demi untuk mencapai misi yang lebih penting untuk kejuaraan liga Super pertama kali buat negeri Kelantan.

Selain kehilangan bahagian penjaga gol,Kelantan juga bakal kehilangan pemain bahagian pertahanan Zairul Fitri 3 kad kuning,Subra dan Farisham kecederaan manakala Khalid Jamlus dalam rawatan berdasarkan dari laporan FB Tan Sri Anuar Musa.Pemain yang menggantikan mereka ini agar dapat mempamerkan aksi yang terbaik dan dapat memikat hati dari pihak kejurulatihan untuk memberi peluang kepada mereka beraksi di Final Piala Fa nanti.

Harapan peminat The Red Warriors untuk melihat kejuaraan Treable buat Kelantan pada tahun ini diharap tercapai,InsyaAllah kejayaan itu akan tercapai dengan usaha para pemain dan pihak kejurulatihan serta pihak perngurusan dari bawah sehinggalah peminat setia sendiri yang terus menyokong pasukan.

"Tiada guna gaji yang mahal bermain macam jaguh kampung,tiada guna stadium yang besar jika hanya kerusi yang menonton,tiada guna launkan semangat cintakan bolasepak negeri jika stadium pun tak pernah jejaki".Jika anda sayangkan bola sepak negeri anda ayuh penuhkan stadium...


READ MORE

The Red Warriors Lwn President Warriors

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, June 1, 2011 Comments
Perlawanan persahabatan sekuad The Red warriors lawan president warriors petang esok menjelang dua perlawanan penting sekuad The Red Warriors yang akan diharungi menentang Terengganu dalam perlawanan liga super dan Piala Fa hujung minggu depan.

Masuk adalah percuma,ayuh ramai-ramai datang untuk melihat pemain-pemain sekuad The Red Warriors dan President warriors dengan lebih dekat lagi.



Tempat: Stadium Sultan Muhammed ke-IV
Masa : 5.00 Ptg
Tarikh : 02/06/11
Hari : Khamis



Sekuad President Warriors
READ MORE

.:Views and Suggestions:.