• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Debaran Final Piala FA

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, June 8, 2011 Comments

Peluang Kelantan untuk menjulang Piala "Treble" bagi musim ini dilihat tampak cerah,jika anak-anak buah Dato M.Karathu berjaya mencipta kemenangan keatas jiran tetangga Terengganu dalam Final Piala FA Sabtu ini dan menjuarai liga super musim ini.Misi utama Kelantan ialah memburu kejuaraan pertama bagi Piala Fa sejak ia diperkenalkan dan Kelantan hampir menjulang pada Final Piala FA 2009 tetapi dikecewakan oleh Selangor tewas melalui tendangan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan perlawanan.

Tahun 2011 sekali lagi Kelantan berjaya menempah tiket ke Final Piala FA setelah menumpaskan seteru utama Selangor pada separuh akhir Piala FA dengan agregat 6-2 yang juga merupakan lawan yang sama ketika Kelantan tewas Final 2009.Tetapi tahun ini aksi Final Piala FA telah didominasi oleh gelombang Pantai Timur dengan pertemuan Kelantan dan Terengganu di pentas final buat pertama kali.Pertemuan dianggap buku dan ruas.

Sejarah baru bakal tercipta di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tarikh keramat 11 jun 2011,dikhabarkan akan menerima kehadiran penonton paling ramai dalam sejarah bolasepak moden di Malaysia.Dengan kedua-dua pasukan mempunyai rating penyokong fanatik tertinggi dalam liga Malaysia ketika ini,perkara ini tidak mustahil ia akan mencapai satu fenomena baru pada Final Kali ini.Penjualan tiket-tiket laku bak pisang goreng panas,sebagai contoh di Kota Bharu,tiket mula dijual 15,000 keping habis dalam masa hanya 3 jam.Fenomena ini terjadi kerana betapa semangatnya penyokong-pnyokong setia The Red Warriors untuk melihat pahlawan mereka menjulang Piala FA buat pertama kali untuk bumi Kelantan.

Kehadiran Ultras-ultras sedikit sebanyak membantu menaikkan lagi semangat pemain-pemain beraksi 90 minit di atas padang,tanpa mengira pasukan kalah atau menang mereka tetap memberi sorakan tanpa kenal penat dan lelah.Walaupun kemunculan kumpulan yang diberi gelaran ultras ini agar baru di Malaysia , akan tetapi kehadiran mereka telah memberi impak yang cukup besar keatas bolasepak negara khasnya.Kelantan terkenal dengan Ultras Kelantan The Red Mania,manakala Terengganu pula dengan ultras Tranung.




Sama-sama kita nantikan satu fenomena baru yang akan melanda Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu ini dengan kehadiran puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan dari Pantai Timur ini.Gelombang merah dan putih akan memenuhi segenap ruang stadium dan lautan ombak manusia akan memecah keheningan suasana stadium malam hujung minggu ini.




.:Views and Suggestions:.