• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Awang Import kembali menyinari Liga M musim 2012

Posted by JustKelantanFA On Friday, April 29, 2011 Comments
Kehadiran semula pemain import dalam kancah Liga M tahun depan telah mendapat pelbagai reaksi dikalangan peminat bolasepak tempatan.Ada yang berfikiran positif dengan kehadiran mereka kembali ke kancah bolasepak ketika ini dan tidak lupa juga ada yang berfikir negatif tentang kehadiran mereka ini.

Rata-rata peminat yang ditemui masing-masing bagi pendapat yang berbeza ada yang mengatakan dengan kehadiran mereka ini akan memeriahkan lagi suasana di Stadium di setiap negeri yang kini lesu kecuali pasukan-pasukan yang teratas liga ketika ini yang mendapat ramai sokongan peminat tempatan yang selebihnya hanya bangku kosong sahaja yang dapat dilihat apabila perlawanan berlangsung.Ada yang berpendapat dengan kehadiran awang import ke kancah Liga Malaysia ini akan menengelamkan bakat muda yang ada pada negara.

Walaubagaimanapun pendapat yang diberikan,dengan kahadiran semula pemain import ini agar dapat merancakkan lagi saingan Liga Malaysia pada masa akan datang dan dengan kehadiran mereka ini akan dapat memberi pendedahan kepada pemain tempatan agar bermain lebih baik selepas ini.

Sebelum ini Fam tidak membenarkan pengambilan pemain import sejak 2009,bagi memberikan laluan kepada pemain tempatan mencungkil bakat sendiri.

READ MORE

The Red Warriors tewaskan Red Giants

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 27, 2011 Comments
Norshahrul cuba melepasi pemain pelawat

Kelantan sekali lagi berjaya merebahkan sekuad gergasi merah kuning dihalaman sendiri, apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada perlawanan liga super bagi perlawanan ke lima belas di Stadium keramat The Red Warriors malam tadi.

Beraksi di hadapan hampir 25000 ribu penyokong setia,sekuad The Red Warriors berjaya membolosi gawang pelawat seawal minit ke-5,oleh penyerang prolifik negara iaitu Norshahrul Idhlan Talaha apabila berjaya menanduk bola terus ke gawang Selangor yang dikawal oleh Saiful Amar Sudar hasil lontaran Daudsu sebelum ditanduk kebelakang oleh ketua pasukan Muhd Badri Radzi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan,pada minit-23 Selangor hampir menyamakan kedudukan,tetapi tandukkan Nasriq Baharom hasil sepakan percuma daripada Amri Yahya,sedikt melepasi palang gol.Pada minit-28 Norshahrul sekali lagi berjaya mencemaskan benteng pelawat apabila tendangannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.

Bersambung babak kedua perlawanan Selangor sekali lagi hampir berjaya menyamakan kedudukan melalui ketua pasukan Amri Yahya tetapi sepakan dari sebelah tepi sekadar mengegar tiang.Berselang beberapa minit kemudian sekuad The Red Warriors hampir menambah jaringan apabila hantaran Norshahrul kepada Nurul Azwan Roya yang tidak dikawal oleh benteng pertahanan pelawat terus merembat kencang ke arah gawang pelawat sedikit terkena pertahanan Selangor.

Pada perlawanan akan datang sekuad The Red Warriors akan menerima kunjungan sekuad Kuala Lumpur bagi perlawanan seterusnya.



KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Mohd Izuan Salahuddin), Muhd Badhri Radzi (KP) (Khairan Eruan Razali), Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

Formasi: 4-3-1-2




SELANGOR: Saiful Amar Sudar, Mohd Nasriq Baharom, P Gunalan, Mohd Razman Roslan (D Surendran), Yosri Derma Raju, Azidan Sarudin (Mohd Fadzli Shaari), Mohd Hardi Jaafar, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Amirulhadi Zainal (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Shafiq Rahim dan Mohd Amri Yahyah (KP).

Formasi: 4-5-1
READ MORE

Liga Super [2011] : Pertemuan Dua Red's..

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 24, 2011 Comments


Pertemuan dua gergasi bolasepak Malaysia antara Selangor dan Kelantan dijangka akan bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan akan membuat perhintungan bagi siri liga super yang memasuki perlawanan kedua pusingan kedua saingan liga super ketika ini.Pertembungan ini lebih menarik kerana setiap pasukan ingin membuktikan kehebatan masing-masing 90 minit di atas padang.

Pertembungan dua red ini,iaitu Red Giants dan Red Warriors di jangka akan menjadi perlawanan tumpuan minggu ini,memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai penyokong-penyokong fanatik.

Berdasarkan di atas kertas,jelas perlawanan berpihak kepada The Red warriors bagi 12 pertemuan sebelum ini.Kelantan memenangi 4 perlawanan,masing-masing 3 ditempat sendiri dan 1 ditempat lawan,Selangor pula memenangi 3 perlawanan ditempat sendiri dan selebihnya keputusan seri baik di Kota Bharu mahupun di Shah Alam.Bagi perlawanan di Kota Bharu,Selangor belum pernah menewaskan sekuad yang diberi gelaran The Red Warriors ini.



Kedatangan sekuad Red Giants pada selasa ini pasti disambut dengan ribuan penyokong fanatik sekuad The Red Warriors yang ingin menyaksikan pelawanan yang menarik yang ditunjukkan kedua-dua pasukan ini.

Bagi peminat-peminat The Red warriors,sudah tentunya menagih kemenangan pada perlawanan ini bagi terus mengekori rapat dengan pendahulu liga,Selangor sendiri.


Izuan Solahuddin & Nizad Ayub

Bagi ketua jurulatih Kelantan,Datuk M.Karathu pula di jangka bakal mempertaruhkan sekali lagi bakat muda yang dimiliki oleh dua pemain yang menigkat naik dari sekuad The Red warriors ketika ini.Kehadiran mereka sejak akhir-akhir ini telah banyak membantu sekuad Kelantan dalam mencapai kemenangan ke atas lawan yang ditemui sebelum ini.

Sama-sama kita nantikkan perlawanan yang dijangka akan menarik minggu ini.


READ MORE

The Red Warrior terus Mengganas

Posted by JustKelantanFA On Friday, April 22, 2011 Comments
Penjaga gol Perlis tewas dengan gol pertama dari Izuan


Kelantan terus mengganas apabila berjaya sekali lagi menundukkan pasukan tercorot liga Perlis iaitu lawan yang sama yang ditewaskan 5-1 minggu lepas.Pertemuan yang berlansung di Kota Baharu, bagi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super sekuad The Red Warriors berjaya menundukkan Perlis dengan jaringan 4-0.

Jaringan-jaringan kelantan dihasilkan oleh Izuan Solahudin(min-43),Norshahrul idhlan(min 49),Nizad Ayub(min-70)dan Badri Radzi(min-75).Kelantan juga mempunyai beberapa lagi peluang untuk menambah jaringan tetapi tiang dan palang gol menjadi penghalang untuk sekuad The Red Warriors untuk menambah koleksi jaringan ketika penjaga gol perlis sudah tertewas di gawang.

Dengan kemenangan ini,Kelantan telah melonjak tangga kedua liga dan menunggu keputusan antara Terengganu lawan Perak esok,sama ada kedudukan The Red Warriors akan terus selamat di tangga kedua liga.

Pendahulu liga Selangor sudah pastinya akan cuba menjarakkan kedudukan dengan Kelantan yang mengekori rapat mereka apabila membuat kunjungan ke Stadium Likas,untuk membuat perhintungan dengan Sabah esok.

Kemenangan malam ini,agar dapat memberi motivasi kepada pemain The Red Warriors untuk menewaskan Selangor pada pertemuan liga super akan datang yang di jadualkan pada 26 April ini yang disiarkan secara lansung Astro Arena.Pertemuan ini dijangkakan akan menarik dengan kedua-dua pasukan ingin membuktikan siapa lebih hebat dalam Liga Malaysia ketika ini.

Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita..gomo Kelate gomo..
READ MORE

The Red Warriors Mengganas

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, April 19, 2011 Comments





Kelantan akhirnya bangkit daripada dua perlawanan lesu sebelum ini dengan menidakkan peluang Perlis untuk mendapat tiga mata di tempat sendiri, apabila berjaya menundukkan tuan rumah dengan jaringan cukup besar iaitu 5-1 malam tadi.

Perlawanan ini bertambah menarik apabila ketua pasukan Kelantan iaitu Muhd Badri (Piya) berjaya mencipta hatrik pada perlawanan ini dan dua gol lagi dihasilkan oleh penyerang prolifik negara dan Kelantan Norsharul idhlan Talaha.



Pada perlawanan ini,Kelantan telah naik satu anak tangga kepada kedudukan ketiga didalam liga dengan perbezaan 5 mata dengan pendahulu liga Selangor dan beza 1 mata dengan Terengganu yang menduduki tangga kedua liga.

Seluruh penyokong setia The Red warriors melahirkan rasa Syukur kerana skuad kesayangan mereka ini telah membuktikan mereka mampu untuk terus mencabar kedudukan pendahulu liga dan pada perlawanan malam tadi semua pemain telah membuktikan mereka mampu untuk merealisasikan hasrat peminat-peminat setia mereka untuk melihat mereka berjaya menewaskan lawan mereka.

Kehadiran 3 trio utama pemain The Red Warriors yang tidak dapat diturunkan ketika bertemu Sabah tempoh hari akibat daripada menerima 3 kad kuning dan kecederaan telah banyak memberi perubahan kepada pemainan malam tadi.Kehadiran mereka telah memberi suntikan semangat kepada rakan-rakan untuk mencipta kemenangan.Pada perlawanan ini mereka telah membuktikan mereka mampu untuk mencipta kemenangan pada masa akan datang.

Kepada pemain-pemainThe Red Warriors kami ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana anda telah membuktikan anda adalah selaku pasukan terbaik tahun ini..gomo Kelate gomo..



READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Perlis FA

Posted by JustKelantanFA On Monday, April 18, 2011 Comments





Kelantan perlu bangkit jika berhajat ingin terus menjadi pencabar utama dalam liga,dengan keputusan kalah kepada Perak dan seri dengan Sabah pada dua perlawanan sebelum mula menjadi tanda tanya kepada segelintir peminat The Red Warriors betapa mampukah sekuad kesayangan mereka ini terus menghimpit pendahulu liga dan mencapai Piala Liga Super buat pertama kali.

Rata-rata peminat Kelantan tidak sabar menunggu kebangkitan skuad kesayangan ramai ini untuk terus mencipta kejutan dengan menewaskan setiap lawan yang ditemui walaupun bermain di tempat lawan.Kebangkitan The Red Warriors harus disusuli dengan semangat penyokong-penyokong terus memberi motivasi agar pemain-pemain lebih semangat bukan sahaja ketika menang,tetapi juga ketika pasukan buntu untuk mencipta kemenangan.

Perlawanan malam esok akan menjadi titik tolak kebangkitan The Red Warriors jika berhajat besar menghambat pendahulu liga dan merealisasikan harapan para peminat setia untuk mencapai Piala Liga Super buat pertama kali.Jika The Red Warriors tewas ia akan menjadi lebih sukar untuk terus merampas pendahulu liga daripada Selangor.

Lawan yang ditemui esok adalah bukan calang-calang pasukan,walaupun kedudukan Perlis didalam liga ketika ini agak terkebawah mereka baru sahaja berjaya mendapat semangat baru apabila berjaya menewaskan sekuad jang 3-2 di tempat mereka.Sudah tentunya dengan kemenangan itu akan menjadi tonik untuk sekuad Perlis untuk menundukkan sekuad Kelantan.

Di harap sekuad The Red Warriors mempamerkan aksi yang terbaik dan terus mencipta kemenangan..gomo Kelate gomo...
READ MORE

The Red Warriors diikat Sabah

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 17, 2011 Comments




Kelantan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila teriikat tanpa jaringan dengan Sabah dalam saingan liga super di Stadium Sultan Muhammed IV,Kota Bharu, semalam.

Sekuad Kelantan dilihat lebih banyak menguasai perlawanan,akan tetapi penyudah yang lemah sekali lagi menjadi duri dalam daging bagi sekuad yang digelar The Red Warriors ini.Ketumpulan penyudah pada barisan serangan dilihat punca Kelantan gagal menghasilkan gol ke pintu pelawat.


Piya di halang oleh pemain Sabah

Kegagalan mencari mata penuh di halaman sendiri menyaksikan The Red Warriors ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Selangor yang berjaya menumpaskan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan Safiq Rahim pada minit ke-65.


READ MORE

The Red Warriors hadapi tugas getir

Posted by JustKelantanFA On Saturday, April 16, 2011 Comments


Norshahrul,Shakir dan Daudsu tidak dapat diturunkan lawan Sabah



Sekuad The Red Warriors sekali lagi akan menerima ujian getir malam ini kerana bakal kehilangan tiga tonggak utama dalam saingan Liga Super menentang Sabah di Kota Bharu,malam ini,akibat mengumpul kad kuning selain menimpa kecederaan.

Bagi menempuhi perlawanan pada malam ini,ketua jurulatih Kelantan M.Karathu bakal menurunkan pemain muda bagi mengisi kekosongan yang di alami pasukan,Nidzad bakal mengambil alih posisi Norshahrul,manakala Badri(Piya) yang direhatkan sebelum ini akan kembali ke posisi asal ditinggalkan Shakir dan Subra akan mengambil alih posisi Daudsu.

Kelantan terpaksa menerima hakikat bahawa tiga tonggak ini telah menerima tiga kad kuning selain kecederaan.Peluang pemain muda menunjukkan kebolehan dengan mempamerkan aksi yang terbaik serta membuktikan betapa pentingnya mereka apabila tonggak utama tiada dan agar mereka dapat mengalas cabaran,sekali gus merobek gawan lawan.

Pada perlawanan malam ini sekuad The Red Warriors harus bangkit bagi memastikan tidak tercicir mata dengan pendahulu liga.Pasukan Sabah juga harus di awasi kerana mereka pernah meleburkan rekod tanpa kalah Perak(2-1) selain seri 2-2 ketika bertemu Perlis dalam dua perlawanan sebelum ini.


Barisan kemungkinan:

Kelantan FA
Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Danial Fadzly Abdullah, Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Nizab Ayub dan S Chanturu.
READ MORE

The Red Warriors Tersungkur

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 13, 2011 Comments


The Red Warriors terpaksa akur dengan kekalahan ketiga bagi saingan Liga Super yang masuk perlawanan kesebelas semalam kepada Perak apabila tunduk dengan jaringan 4-0 di Stadium Ipoh semalam, dengan kekalahan itu Kelantan kini menghuni tangga ke empat liga dengan perbezaan tiga mata dengan pendahulu liga Selangor.

Gawang Kelantan yang dikawal oleh Khairul Fahmi (Apex) bolos seawal minit ke-5 apabila sepakan kencang Fazrul Hazli gagal di selamatkan oleh apex.Pada minit ke-26 sekali lagi Kelantan dihukum dengan kesilapan pertahanan yang gagal mengeluarkan bola dari posisi bahaya mudah untuk Shafiq Jamal menambah jaringan buat tuan rumah.

Kelantan juga mempunyai beberapa peluang terhidang,tetapi gagal untuk menterjemahkan dalam bentuk jaringan,dengan percubaan penyerang Kelantan Norshahrul yang sentiasa dikawal kemas oleh barisan pertahanan anak buah Norizan Bakar.S Canturu juga memperolehi peluang untuk merapatkan kedudukan,tetapi berjaya dihalang oleh barisan pertahanan Perak yang di kawal rapi.Walaupun separuh masa pertama jelas penguasaan bola oleh pasukan Kelantan tetapi masih gagal untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua bersambung,kedua-dua pasukan saling membalas serangan untuk memburu gol.Dalam kerancakan Kelantan memburu gol pertama sekali lagi mereka di hukum dengan jaringan oleh Akmal Rizal pada minit ke-79 yang gagal di selamatkan oleh apex.Kedudukan 3-0 telah memberi banyak tekanan untuk pemain Kelantan memburu gol lebih-lebih lagi dihadapan lebih 30000 penyokong tuan rumah.

Sekali lagi Perak menambah derita Kelantan apabila pemain gantian Razali Umar Kandasamy menjaringkan gol ke-4 untuk Perak yang bijak mengelecek pemain pertahanan Kelantan untuk menjaringankan gol di sebelah kanan pintu gol Khairul Fahmi.Dengan kekalahan semalam menyebabkan Kelantan telah turun ke tangga ke empat liga.

Kelantan akan menerima kunjungan Sabah di Kota Bharu bagi perlawanan seterusnya.Rata-rata peminat The Red Warriors yang ditemui selepas perlawanan semalam memberi cadangan agar ketua Jurulatih Kelantan M.Karathu agar merehatkan penjaga gol utama Kelantan iaitu apex kerana kurang konsisten sejak akhir-akhir ini dan telah melepaskan 8 gol bagi dua pertemuan liga super sebelum ini.Berdasakan sumber yang diterima juga sebelum bertandang ke Ipoh,Khairul Fahmi telah menghadapi demam dan terpaksa menggagahkan diri untuk meneruskan perlawanan.

Kemungkinan untuk apex direhatkan akan dapat di ketahui beberapa hari lagi.Bagi M.Karathu beliau perlu bagi peluang kepada apex untuk merehatkan diri kerana telah diketahui bahawa jadual bagi bulan april dan mei ini terlalu padat dan apex juga terpaksa memberi komitmen keatas pasukan negeri dan juga negara.Ini merupakan peluang terbaik untuk M.Karathu mencuba penjaga gol kedua kelantan.Faktor kepenatan mungkin menjadi faktor kenapa apex lesu sejak akhir-akhir ini.



P/S : Ketua Pasukan Badri Radzi telah di rehatkan kerana aksi kurang konsistennya dalam perlawanan liga sebelum ini.

Bagi pendapat anda dengan tinggalkan komen dibawah wajarkah apex direhatkan.??..

READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Perak FA

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 10, 2011 Comments





Kelantan dan Perak akan membuat perhintungan bagi saingan liga Super 2011 di Stadium Majlis Bandaraya Ipoh,selasa ini yang masuk perlawanan kesebelas bagi kedua-dua pasukan.

Saingan yang di jadualkan pada hari selasa ini dijangka akan menjadi tumpuan kerana pasukan Perak tidak mahu tercicir mata lagi setelah pertama kali tewas bagi saingan liga super pada musim ini kepada pasukan Sabah,manakala Kelantan mahu melebarkan jarak mata dengan Selangor yang mengekori rapat hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.

Bagi kedua-dua Pasukan ini masing-masing mempunyai kelebihan untuk menewaskan antara satu sama lain.Bagi pasukan Kelantan kemenangan moral ke atas pasukan Felda United dengan jumlah jaringan yang besar 6-0 sudah cukup mengerunkan mana-mana pasukan yang akan bertemu mereka selepas ini,baik pasukan Perak sendiri.Perak pula enggan lagi untuk tercicir mata dan tidak mahu ketinggalan jauh daripada pendahulu liga iaitu Kelantan sendiri dan berniat untuk terus menyekat kemaraan The Red Warriors di persada Liga.

Namun, kehebatan Perak tidak boleh dipertikaikan kerana mereka hanya kalah sekali bagi saingan liga super musim ini kepada Sabah.Perak pada musim ini dilihat antara pasukan mencabar dalam Liga Malaysia dengan kemasukan beberapa pemain bintang dan Kejurulatihan yang baru menjanjikan saingan yang sengit kepada pasukan lawan yang menentang mereka.Kemasukan Akmal Rizal yang merupakan bekas penyerang Kelantan musim lepas telah membawa gelombang baru bagi pasukan Perak yang setakat ini mengumpul 4 gol peribadi kepada pasukan Perak.

Saingan 90 minit akan menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dipertontonkan kepada penyokong-penyokong kedua pasukan yang dijangka akan membanjiri Stadium nanti dan lebih menarik ianya akan disiarkan secara langsung di Stadium Arena 801.

Siapa yang bakal mendapat tiga mata penuh bagi perlawanan ini sama-sama kita nantikan kemuncak perlawanan selasa ini.



Barisan Kemungkinan:

Kelantan FA :

Khairul Fahmi, Rizal, Zairul fitree, Daudsu, Farisham, Shakir, Danial, S Chanturu, Nurul Azwan Roya, Solehin, Norsharul

Perak FA :

Mohd Nasril,Mohd Hisyamudin,Mohd Khairi,Mohd Syazwan,Mohd Norhazrul,Sharul Nizam,Chang Wing Hoong,Mohd Fazrul,Isma Alif,Mohd Syafiq,Akmal Rizal.


Ramalan Keputusan Dari Bolakelateloni:

KELANTAN 2 : 1 PERAK
READ MORE

Pemain The Red Warriors Kota Janji

Posted by JustKelantanFA On Saturday, April 9, 2011 Comments



Akhirnya Kelantan bangkit daripada Kekalahan tipis kepada T.Team minggu lepas dengan menjadikan Felda United mangsa apabila menewaskan pasukan berstatus kelab itu dengan jaringan yang besar 6-0 di Stadium Sultan Muhammed IV sebentar tadi.Pemain-pemain The Red Warriors telah kotakan janji untuk bangkit pada perlawanan ini,ketika di temui di KB mall baru-baru ini dan janji itu telah diterjemahkan dengan kemenangan pada perlawanan malam ini.

Pada perlawanan malam ini,Kelantan telah kembali memimpin Carta Liga setelah Selangor dan Perak menerima nasib yang berbeza apabila kalah kepada lawan masing-masing.Di Stadium Shah Alam,Selangor gagal menggunakan peluang yang diberikan oleh pengadil melalui tendangan penalti kerana didakwa pemain pertahanan T.Team menarik Amri Yahya didalam kotak penalti tetapi peluang yang diberikan gagal disempurnakan oleh Razman Roslan dengan tendangan yang lemah terus kearah Samsuri.Keputusan penuh Selangor 0-2 T.team.

Manakala di Stadium Likas,rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan liga Super Pasukan Perak akhirnya lebur apabila mereka tunduk kepada pasukan Sabah dengan jaringan 2-1.

Gol-gol Kelantan dihasilkan oleh gol 1 : Shakir, gol 2: Shahrul Idhlan( Penalti m-43), gol 3: M.Nidzad Ayub, gol 4: M.Nidzad Ayub, gol 5: Daniel Fadzly, gol 6: Izuan Salahuddin(P.Presiden).

Percaturan jurulatih M.Karathu membawa masuk pemain dari Piala Presiden menjadi apabila turut menyumbang gol pada perlawanan tersebut.

Selepas ini Kelantan akan berkunjug ke Stadium Majlis Perbandaran Ipoh untuk bertemu Perak pada perlawanan yang ke sebelas bagi saingan Liga Super.

Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors..GkG.
READ MORE

The Red Warriors Janji Bangkit

Posted by JustKelantanFA On Thursday, April 7, 2011 Comments



Masuk perlawanan ke sepuluh bagi perlawanan liga super,Kelantan janji akan bangkit daripada kekalahan tipis kepada T.Team malam selasa lepas dengan menjadikan Felda United mangsa kebangkitan semula apabila menerima kunjungan Felda United di Kota Bharu sabtu ini.

Kekalahan tipis kepada T.Team telah banyak memberi motivasi kepada anak-anak buah M.Karathu untuk mempamerkan pemainan yang menyakinkan apabila menerima kunjungan Felda United nanti.

Kelantan terpaksa akur turun ke tangga ketiga carta liga dengan kekalahan yang menimpa selasa lepas,kini duduk di belakang perak dan selangor.Peluang beraksi di gelanggang keramat The Red Warriors akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan tiga mata berada dalam genggaman.

Diharap pemain-pemain Kelantan mempamerkan pemainan yang sebenar pada hari sabtu ini.


Ramalan Keputusan Dari Bolakelateloni:

KELANTAN 2 : 1 FELDA UNITED
READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Felda United

Posted by JustKelantanFA On Comments

READ MORE

Kelantan Terpaksa Akur....

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 6, 2011 Comments
Norfarhan meraikan jaringan gol kedua



Kekalahan kali kedua bagi saingan liga super yang memasuki perlawanan ke sembilan semalam sedikit memberi tamparan hebat bagi anak buah M.Karahtu apabila gelaran pendahulu liga super terpaksa dilepaskan kepada pasukan Selangor yang berjaya menewaskan anak buah Lim Kim Swee semalam.

Kekalahan tipis Kelantan pada perlawanan semalam sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada barisan pemain The Red Warriors supaya tidak mudah leka ketika pasukan lawan melakukan serangan.Kekalahan tipis 4-3 kepada pasukan berstatus kelab T.Team semalam banyak memberi pengajaran yang berguna kepada pemain.

Dengan tumbangnya The Red Warriors semalam,sudah tentunya hadir rasa kegembiraan bagi 3 trio yang diberi gelaran 3 abdul bagi peminat-peminat The Red Warriors kerana langkah mereka melakukan perpindahan mengejut ke pasukan T.Team ini di awal musim yang lalu tidak sia-sia apabila dapat mengalahkan bekas rakan sepasukan.

Semalam merupakan peluang untuk mereka mencipta kejutan untuk mengalahkan sekuad The Red Warriors di halaman mereka,sebelum ini mereka gagal untuk menyingkirkan sekuad The Red Warriors pada saingan peringkat pertama Piala FA.Dengan kehadiran mereka ke sekuad T.Team mahu dibukti kepada penyokong mereka dan The Red Warriors sendiri bahawa perpindahan mereka dengan gaji yang mahal tidak sia-sia.

Tidak dinafikan semalam Sekuad The Red Warriors telah bermain sebaik yang mungkin tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana walaupun ketinggalan 3-0 mereka tetap melakukan serangan untuk memperolehi gol pertama dan peluang itu diperolehi untuk merapatkan jurang gol.Disebabkan kealpaan sekali lagi mereka dihukum dengan jaringan daripada T.team.

Kesudahan::: T-Team 4 : 3 Kelantan





READ MORE

Liga Super [2011] : T.Team FC Lwn Kelantan FA

Posted by JustKelantanFA On Monday, April 4, 2011 Comments

READ MORE

Stadium Sultan Muhammed IV gelanggang Sekuad Olimpik??

Posted by JustKelantanFA On Comments

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV,sebagai lokasi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 bagi Sekuad Olimpik negara menentang Lubnan pada 23 jun depan.

Permohonan akan dikemukakan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.

Perkara tersebut perlu dipertimbangkan oleh FAM dan AFC terutama sekiranya hasrat itu berjaya, Kelantan bersedia menyediakan satu suasana boleh sepak yang 'hidup dan penuh' bagi memberi sokongan padu negara.

Jika hasrat KAFA tercapai ini merupakan satu perlawanan peringkat antarabangsa yang akan dapat dilihat di Stadium Sultan Muhammed IV,sudah tentunya akan menarik lebih ramai peminat bola tempatan untuk menyaksikan perlawanan yang penuh bersejarah ini.Suasana kemeriahan bola sepak di Kelantan sendiri dapat dilihat setiap kali perlawanan diadakan,setiap ruang yang ada di Stadium sentiasa penuh dengan penyokong setia The Red Warriors.

Hasrat KAFA juga turut mendapat reaksi yang positif daripada penyokong setia Sekuad Harimau Malaya,rata-rata menyatakan ini langkah yang bijak untuk menaikkan lagi semangat penyokong untuk datang setiap kali perlawanan yang melibatkan sekuad negara.Hasrat ini juga turut disokong oleh jurulatih sekuad Olimpik negara Ong Kim Swee.


Petikan daripada Facebook Tan Sri Anuar Musa:

READ MORE

Kijang Baham Harimau

Posted by JustKelantanFA On Friday, April 1, 2011 Comments
S.Chanturu cuba lepasi kawalan pemain Harimau Muda

Sekuad The Red Warriors terus mendahului liga apabila menewaskan pasukan Harimau Muda A pada perlawanan liga super sebentar tadi.Kelantan mula membuka jaringan seawal minit ke-11 melalui rembatan Solehin atau K.Soley yang terkena kaki Muhd Fadhli Sas terus masuk ke gawang Harimau Muda.

Pada minit ke-24 sekali lagi Stadium Sultan Muhammed ke-IV gamat dengan sorakan penonton yang hadir apabila S. Chanturu bijak melorong bola yang gagal dikawal kemas oleh pertahanan Harimau Muda sebelum memperdaya penjaga gol dengan menambah gol kedua buat Kelantan.

Kelantan dilihat lebih banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama dan sebelum wisel rehat separuh masa pertama sekuad Harimau Muda berjaya mencuri peluang dengan menjaringkan gol pada minit ke-44 oleh Irfan Fazail.

Bersambung separuh masa kedua,sekuad Harimau Muda mula bermain lebih agresif dan melakukan hantaran jauh untuk mengelirukan pemain Kelantan dan juga mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Tetapi Kelantan juga mempunyai beberapa peluang yang berderetan untuk menambah jaringan gol melalui percubaan S.Chanturu tetapi sedikit tersasar dan percubaan Norshahrul Idhlan juga sedikit melewati palang gol.

Pada pertemuan ini Kelantan terus kekal selaku pendahulu liga apabila berjaya mengutip tiga mata yang bermakna untuk terus kekal sebagai pendahulu.
READ MORE

.:Views and Suggestions:.