• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Pertemuan Dua Red's..

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 24, 2011 Comments


Pertemuan dua gergasi bolasepak Malaysia antara Selangor dan Kelantan dijangka akan bertambah menarik apabila kedua-dua pasukan akan membuat perhintungan bagi siri liga super yang memasuki perlawanan kedua pusingan kedua saingan liga super ketika ini.Pertembungan ini lebih menarik kerana setiap pasukan ingin membuktikan kehebatan masing-masing 90 minit di atas padang.

Pertembungan dua red ini,iaitu Red Giants dan Red Warriors di jangka akan menjadi perlawanan tumpuan minggu ini,memandangkan kedua-dua pasukan mempunyai penyokong-penyokong fanatik.

Berdasarkan di atas kertas,jelas perlawanan berpihak kepada The Red warriors bagi 12 pertemuan sebelum ini.Kelantan memenangi 4 perlawanan,masing-masing 3 ditempat sendiri dan 1 ditempat lawan,Selangor pula memenangi 3 perlawanan ditempat sendiri dan selebihnya keputusan seri baik di Kota Bharu mahupun di Shah Alam.Bagi perlawanan di Kota Bharu,Selangor belum pernah menewaskan sekuad yang diberi gelaran The Red Warriors ini.



Kedatangan sekuad Red Giants pada selasa ini pasti disambut dengan ribuan penyokong fanatik sekuad The Red Warriors yang ingin menyaksikan pelawanan yang menarik yang ditunjukkan kedua-dua pasukan ini.

Bagi peminat-peminat The Red warriors,sudah tentunya menagih kemenangan pada perlawanan ini bagi terus mengekori rapat dengan pendahulu liga,Selangor sendiri.


Izuan Solahuddin & Nizad Ayub

Bagi ketua jurulatih Kelantan,Datuk M.Karathu pula di jangka bakal mempertaruhkan sekali lagi bakat muda yang dimiliki oleh dua pemain yang menigkat naik dari sekuad The Red warriors ketika ini.Kehadiran mereka sejak akhir-akhir ini telah banyak membantu sekuad Kelantan dalam mencapai kemenangan ke atas lawan yang ditemui sebelum ini.

Sama-sama kita nantikkan perlawanan yang dijangka akan menarik minggu ini.


.:Views and Suggestions:.