• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, November 30, 2011 Comments

Pemain Kelantan bolot tiga anugerah


Seperti yang diketahui akhirnya berlangsung sudah anugerah paling berprestij bagi anugerah sukan Bola sepak Kebangsaan 100-Plus-Astro Arena-FAM 2011 di Holiday Inn,Glenmarie Golf and Country Club,tadi.

Lebih membanggakan lagi anugerah yang baru diperkenal pada tahun ini iaitu anugerah pemain paling bernilai Supermokh dirangkul oleh Norshahrul Idhlan Talaha dan juga memperolehi anugerah penyerang terbaik negara.

Manakala Khairul Fahmi terus memegang rekod buat dua tahun berturut-turut sebagai penjaga gol terbaik negara.

Keputusan penuh bagi anugerah yang dipertandingkan:-

Penjaga gol terbaik

Khairul Fahmi

Pertahanan terbaik

Norhafiz Zamani Misbah

Pemain tengah terbaik

Shafiq Rahim

Penyerang terbaik

Norshahrul Idhlan

Jurulatih terbaik

Irfan Bakti

Pemain muda terbaik

Wan Zack Haikal

Pemain Paling bernilai Supermokh

Norshahrul Idhlan



READ MORE

Kelantan Fa [1] vs N.Sembilan Fa [3]

Posted by JustKelantanFA On Comments

Kekalahan pertama Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menilai prestasi semasa pemain yang diturunkan sebagai persediaan awal Peter Butler memilih pemain muda gantian yang sesuai jika melibatkan perlawanan sebenar selain menguji dari masa ke semasa prestasi pemain import yang dipilih.

Rata-rata peminat bolasepak Kelantan tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Albert Baning pemain import ujian baru Kelantan, corak permainannya masih belum mantap untuk memuaskan hati mereka.

Secara realistik, kekalahan ini patut dikaji dan diteliti dari segenap posisi jika mahu usaha Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih 2012 terus kekal bersama Kelantan berjaya. Perubahan taktikal mungkin akan dilakukan Peter Butler dalam perlawanan menentang Perak khamis ini (1 Disember), skuad Kelantan memilih menurunkan kesemua pemain utama yang masih belum diuji.

Terima kasih kepada semua penyokong Kelantan yang hadir memberi sokongan padu pada perlawanan ini.

Kesebelasan Utama :

Syazwan Yusof, Daudsu Jamaluddin (Rizal Fahmi Rosid), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Zamri Ramli), S.Chanturu (Ramzul Zahini), Badri Radzi (Emmenuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya (Izuan Salahuddin), Albert Baning, Danny Antwi.

Pemain yang TIDAK diturunkan :

Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose, Mohamed Ghaddar


P/S sumber: TheRedWarriors.com

READ MORE

Frindly Match: Kelantan FA vs N.Sembilan FA

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 29, 2011 Comments


Perlawanan Persahabatan

Kelantan FA vs Negeri Sembilan FA
29 November 2011,Selasa
Tempat: STAR Paroi

Tiket: Rm 20 (Grandstand)
Rm 10 (Biasa)

READ MORE

Kelantan uji pemain import dari Cameroon

Posted by JustKelantanFA On Monday, November 28, 2011 Comments

Selepas berjaya memburu tiga pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menguji seorang pemain import dari Cameroon bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi beberapa pertandingan bola sepak musim depan, termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang disertai oleh skuad 'Kijang' buat pertama kali.

Setakat ini, Kafa berjaya mengikat tiga pemain import iaitu Muhammed Ghaddar Mahmoud dari Lebanon selaku penyerang dan dua pemain dari Ghana iaitu Emannuel Okine (tengah) serta Denny Antwi (penyerang untuk Piala AFC).

Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata Albert Baning yang merupakan bekas pemain skuad Olimpik 2008 Cameroon baru tiba di negara ini sejak beberapa hari lepas dan akan menjalani ujian di bawah jurulatih Peter Butler.

"Sekiranya beliau menepati kriteria, kita akan ikat kontrak dengan pemain itu kerana AFC membenarkan empat pemain import. Kami akan pilih dua pemain import yang terbaik untuk bermain dalam Liga Malaysia," katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas persediaan skuad 'The Red Warriors' untuk saingan bola sepak musim depan, Annuar yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata pihaknya sudah mengatur beberapa perlawanan persahabatan tempatan dan juga antarabangsa.

Beliau berkata antaranya ialah pertemuan dengan Negeri Sembilan esok dan Perak pada 1 Dis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 15 dan 16 Dis, dan menentang kelab dari Qatar dan Syria serta pertemuan dengan Terengganu pada 31 Disember ini di Kota Bharu.

"Semua perancangan kita untuk musim depan berjalan dengan baik dan pemain kini menjalani latihan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ekoran hujan lebat yang melanda Kelantan," katanya.

Ditanya mengenai sasaran untuk musim ini, Annuar berharap agar pemain-pemain dapat merangkul seberapa banyak piala yang boleh.

"Kita menyasarkan untuk mempertahankan Piala Liga Super yang dimenangi pada musim ini selain merangkul Piala Malaysia dan Piala FA.

"Berdasarkan persiapan rapi yang dijalankan oleh pasukan, kita yakin mampu menang," katanya sambil berkata semua pegawai dan pemain diberikan Petunjuk Prestasi Indeks (KPI) bagi memastikan prestasi mereka tidak merudum.


P/s sumber :Astro arena

READ MORE

Senarai Calon anugerah Bola Sepak 100-Plus-Astro Arena-FAM

Posted by JustKelantanFA On Sunday, November 27, 2011 Comments



Info Senarai Calon anugerah

Penjaga Gol Terbaik
1.Khairul Fahmi (Kelantan FA)
2.Sharbinee Alawee (Terengganu FA)
3.Mohd Farizal Marlias (N.Sembilan FA)

Pertahanan Terbaik
1. Mohd Aidil Zafuan (N.Sembilan FA)
2. Mohd Marzuki Yusof (Terengganu FA)
3. Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan FA)

Pemain Tengah Terbaik
1. Mohd Badri Radzi (Kelantan FA)
2. Shafiq Rahim (Selangor FA)
3. Joseph Kallang Tie (Terengganu FA)

Penyerang Terbaik
1.Hairuddin Omar (N.Sembilan FA)
2.Norshahrul Idhlan Talaha (Kelantan FA)
3. Abdul Hadi Yahya (Terenggau FA)

Jurulatih Terbaik
1. Ifran Bakti (Terengganu FA)
2. Norizan Bakar (Perak FA)
3. Datuk M.Karathu (Kelantan FA)

Pemain Paling Bernilai
1. Mohd Fadhli Shas (Harimau Muda A)
2. Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda A)
3. Wan Zack Haikal (Harimau Muda A)

Anugerah SuperMokh MVP
1.Khairul Fahmi (Kelantan FA)
2.Norshahrul Idhlan Talaha (Kelantan FA)
3.Safiq Rahim (Selangor FA)
READ MORE

Friendly Match: Kelantan Fa [4] vs [2] ATM Fc

Posted by JustKelantanFA On Comments
Skuad Kelantan terus mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam siri perlawanan persahabatan pra musimnya apabila menjadikan ATM Fc mangsa terbaru di Stadium MBPJ,dengan jaringan 4-2 malam tadi.

Pemain import dari Ghana,Dany Antwi muncul wira skuad Red Warriors apabila berjaya mencipta hatrik pertamanya sepanjang perlawanan persahabatan.Kelantan yang dilihat menguasai separuh masa pertama berjaya membolosi jaring pihak lawan sebanyak tiga kali sebelum Atm mendapat gol pertama melalui tendangan penalti apabila salah seorang pemain mereka dikasari didalam kotak penalti .

Bersambung babak kedua,Kelantan dilihat hilang fokus apabila beberapa pertukaran dibuat oleh ketua jurulatih Kelantan Peter Butler dengan memasukkan beberapa pemain muda,dengan Atm cuba merapatkan kedudukan dengan jaringan kedua mereka.

Dany Atwi sekali lagi menambah derita Atm apabila berjaya menjaringkan gol ketiga peribadinya apabila berjaya menyempurnakan tendangan penalti yang diperolehi.

Tamat perlawanan Kelantan 4-2 Atm.

READ MORE

Friendly: Kelantan Fa Vs Balestier Khalsa Fc

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 22, 2011 Comments

Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan seterusnya dengan sebuah kelab dari Singapura setelah berjaya mengalahkan skuad Kebangsaan Maldives 2-1 dalam aksi persahabatan pra musim pertama di Stadium MPPJ minggu lepas.

Skuad red warriors bakal ke kota Singa dalam aksi perlawanan persahabatan tersebut.
READ MORE

Kelantan tewaskan Maldives

Posted by JustKelantanFA On Saturday, November 19, 2011 Comments

Kelantan berjaya menewaskan pasukan kebangsaan Maldives 2-1 dalam siri perlawanan pra musim bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Stadium MBPJ semalam.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan skuad Kelantan seawal minit ke-5 apabila penyerang utama skuad mereka,Ali Ashfaq berjaya menewaskan Syazwan,penjaga gol no 3 Kelantan yang baru diserapkan dari skuad Piala presiden.

Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22,melalui pemain import dari Ghana,Danny Antwi yang berjaya menyudahkan bola hasil hantaran seorang lagi pemain import yang dalam percubaan bersama Kelantan iaitu Zakaria dari Lubnan.

Bersambung separuh masa kedua,Kelantan berjaya melakukan beberapa cubaan kearah pintu gol lawan tetapi gagal disempurnakan oleh barisan penyerang yang diturunkan.Kelantan bermain tanpa diturunkan beberapa tonggak utama pasukan.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan seri 1-1,Dany Antwi sekali lagi muncul wira apabila berjaya membolosi gol pelawat pada minit-minit akhir perlawanan yang menceriakan ribuan penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium semalam.

Selepas ini,Kelantan akan mengadakan siri pra musim seterusnya yang dijadualkan bakal bertemu dengan kelab Singapura disana.
READ MORE

Perlawanan Pra musim Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Saturday, November 12, 2011 Comments


Sebelum menjelang musim baru dalam saingan Liga Malaysia bagi musim 2012,skuad Kelantan menconggak strategik dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di sekitar lembah Klang dan luar negara iaitu Singapura dalam bulan november ini.

Berikut merupakan jadual perlawanan pra musim bagi skuad TRW:-




READ MORE

Nidzad sertai Selangor

Posted by JustKelantanFA On Thursday, November 10, 2011 Comments

Bekas penyerang bola sepak Kelantan,Nidzad Ayub akhirnya sah berpindah ke pasukan baru musim hadapan,beliau dikhabarkan akan menyarung jersi gergasi lembah Klang, iaitu pasukan Selangor untuk saingan liga Malaysia musim 2012.

Sebelum ini,Nidzad pernah dikaitkan akan berpindah ke pasukan berstatus kelab Felda United,beliau sendiri memohon dari pihak Kafa supaya melepaskannya bagi mencari angin baru serta melebarkan sayap permainannya yang dilihat belum cukup untuk mengisi kesebelasan utama sekuad Red Warriors sebelum ini.

Dengan penghijrahan ini,diharap dapat mengembangkan lagi karier beliau selaku pemain bola sepak suatu hari nanti dan dapat bermain dalam kesebelasan utama pasukan Selangor yang dibimbing oleh jurulatih baru mereka iaitu saudara Irfan Bakti.
READ MORE

Mohamad Ghaddar sah milik Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 8, 2011 Comments

Kelantan akhirnya mengesahkan mendapat khidmat penyerang skuad kebangsaan Lubnan,Mohamad Ghaddar bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim hadapan dengan kontrak selama dua tahun.

Selain penyerang dari Lubnan ini,Kelantan juga telah mengikat dua pemain import dari Ghana,iaitu Denny Antwi dan Emmanuel Okime yang baru berusia 18 tahun ketika ini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didalam satu majlis pegumuman pemain yang bakal membarisi skuad Red Warriors musim hadapan di Kelantan Trade Canter (KTC) pagi tadi, selain kehadiran semula tiga trio pemain yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,iaitu Indra,Farhan dan Azizi yang akan memperkuatkan lagi barisan skuad Kelantan musim hadapan.


READ MORE

'Hentikan kritik saya'

Posted by JustKelantanFA On Friday, November 4, 2011 Comments

Khairul Fahmi Che Mat(Apex) memohon kepada peminat bola sepak segera menghentikan kritikan ke atasnya kerana mahu memberi fokus 100 peratus membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta.

“Peminat boleh kritik tapi bagilah kritikan yang boleh membina semangat. Jika mahu terus mengkritik biarlah ia berkaitan prestasi di dalam padang.

“Bagi saya semua ini harus ditolak ke tepi. Saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenai soal lain dan hanya mahu fokus kepada Sukan SEA saja,” kata penjaga gol skuad negara itu, semalam selepas dipalit kontroversi baru membabitkan soal peribadinya, baru-baru ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan Kumpulan A menentang pasukan tetangga, Singapura, Isnin ini.

Ketika sama dia tidak menganggap ia satu masalah baru dengan pelantikan Baddrol Bakhtiar selaku kapten pasukan ke Sukan SEA.

“Tidak ada sebarang masalah,” kata Apek yang menerima apa saja keputusan jurulatih, Ong Kim Swee.
Dia menambah: “Baddrol pemain lebih berpengalaman berbanding saya dan berhak diberi tugas ini.

“Bagi saya siapa dipilih kapten tak penting. Apa perlu dilakukan adalah beri komitmen penuh dan saya ajak rakan lain memberi kerjasama kepada Baddrol untuk pulang membawa pingat emas sekali lagi.”
READ MORE

Kelantan uji Gonzales

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 1, 2011 Comments
Sergio Gonzales

Skuad Kelantan sekali lagi bakal menguji seorang pemain import berasal dari Sepanyol yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan bola sepak Sepanyol,Sergio Gonzales yang pernah tersenarai menyertai skuad Piala Dunia 2002 bersama Sepanyol dan pernah beraksi untuk beberapa kelab terkenal di negaranya.

Skuad Red Warriors,sebelum ini telah memulakan langkah lebih awal dengan menguji lima pemain import dari Crotia,Ghana dan Melawi termasuk seorang pemain baru yang diuji baru-baru ini,Jean Black yang bermain di liga Divisyen Dua Belanda.

Beraksi di posisi tengah,Sergio Gonzales yang kini berusia 34 tahun memulakan kerjaya profesional sebagai pemain bola sepak selepas menyertai pasukan Espanyol B pada tahun 1995,sebelum diserapkan ke pasukan senior tiga tahun kemudian.

Sepanjang 14 musim bermain dalam kempen liga Sepanyol,beliau telah beraksi dalam 429 perlawanan dan berjaya meledak 42 gol,termasuk tiga gol ketika bersama pasukan terakhirnya,Levente bagi musim 2010-2011.


READ MORE

.:Views and Suggestions:.