• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan Fa [1] vs N.Sembilan Fa [3]

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, November 30, 2011 Comments

Kekalahan pertama Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk menilai prestasi semasa pemain yang diturunkan sebagai persediaan awal Peter Butler memilih pemain muda gantian yang sesuai jika melibatkan perlawanan sebenar selain menguji dari masa ke semasa prestasi pemain import yang dipilih.

Rata-rata peminat bolasepak Kelantan tidak berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan Albert Baning pemain import ujian baru Kelantan, corak permainannya masih belum mantap untuk memuaskan hati mereka.

Secara realistik, kekalahan ini patut dikaji dan diteliti dari segenap posisi jika mahu usaha Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih 2012 terus kekal bersama Kelantan berjaya. Perubahan taktikal mungkin akan dilakukan Peter Butler dalam perlawanan menentang Perak khamis ini (1 Disember), skuad Kelantan memilih menurunkan kesemua pemain utama yang masih belum diuji.

Terima kasih kepada semua penyokong Kelantan yang hadir memberi sokongan padu pada perlawanan ini.

Kesebelasan Utama :

Syazwan Yusof, Daudsu Jamaluddin (Rizal Fahmi Rosid), Nik Shahrul Azim, Farisham Ismail, Aziz Ismail (Zamri Ramli), S.Chanturu (Ramzul Zahini), Badri Radzi (Emmenuel Okine), Khairul Izuan Rosli, Nurul Azwan Roya (Izuan Salahuddin), Albert Baning, Danny Antwi.

Pemain yang TIDAK diturunkan :

Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose, Mohamed Ghaddar


P/S sumber: TheRedWarriors.com

.:Views and Suggestions:.