• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly Match: Malaysia Lwn Hong Kong

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, May 31, 2011 Comments



Sekuad Senior bolasepak Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekuad bolasepak Hong Kong pada 3 jun ini,bagi persiapan menjelang perlawanan kelayakan pusingan pertama Piala Dunia 2014 dengan sekuad Piala Dunia Taiwan yang dijadualkan berlangsung (29 june-Away) dan (3 julai- Home).

Liga super direhatkan lebih kurang seminggu untuk memberi laluan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa sekuad kebangsaan ini.Untuk rekod sekuad 'Harimau Malaya'pernah menewaskan sekuad Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam,baru-baru ini.


Sekuad Bolasepak Malaysia

Sekuad Bolasepak Hong Kong

Pada aksi kali ini,jurulatih sekuad bolasepak Hong Kong menjanjikan akan menurun sekuad terkuatnya untuk diturunkan bagi perlawanan persahabatan yang berkelas A ini.Kesemua pemain sekuad olimpik negara yang pernah beraksi untuk sekuad senior tidak diturunkan bagi perlawanan persahabatan ini, kerana ketua jurulatih sekuad negara Rajagobal tidak ingin menggangu tumpuan pemain muda ini untuk kelayakan olimpik pusingan kedua yang akan bertemu Lebanon nanti.

Seramai tiga orang pemain The Red Warriors dipanggil untuk perlawanan persahabatan ini,iaitu S.Chanturu,Norshahrul,dan Farisham.Diharapkan mereka bertiga dapat memberi kesan kehadiran mereka untuk pasukan negara mencipta kemenangan dan mencipta nama.


Ramalan keputusan dari Bolakelateloni:

Malaysia 2 : 1 Hong Kong
READ MORE

Tahniah Red Warriors:Kejuaraan Liga kembali terbuka

Posted by JustKelantanFA On Saturday, May 28, 2011 Comments


The Red Warriors kembali membuka ruang untuk memburu kejuaraan liga super pertama kali bagi negeri Kelantan apabila berjaya menundukkan Pahang dengan jaringan 1-0 sebentar tadi, manakala nasib yang berbeza pula menerima pendahulu liga sebelum ini,Terengganu apabila tewas pertama kali di halaman sendiri kepada kedah juga dengan jaringan yang sama.

Gol jaringan Kelantan dihasilkan oleh ketua pasukan iaitu Muhd Badri pada minit ke-10 yang menerima hantaran bola daripada Nurul Azwan Roya.Persaingan liga super nampak semakin sengit dengan baki tiga perlawanan yang harus ditempohi setiap pasukan.

Pasukan yang layak untuk menggangkat kejuaraan liga super bagi tahun ini ialah pasukan yang mampu mempamerkan aksi yang konsisten dalam baki tiga perlawanan yang masih ada dan mampu untuk mencipta kemenangan bagi ketiga-tiga perlawanan.Bagi pasukan Kelantan lawan yang ditemui dalam baki tiga pasukan selepas ini ialah bukan calang-calang pasukan mereka pernah menewaskan Kelantan sebelum ini,iaitu pasukan Perak pada pusingan pertama liga super ditempat lawan,selain keputusan seri dengan Sabah dan Terengganu di tempat sendiri.

Perlawanan akan datang ialah sekuad Kelantan akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk baki saingan liga super seterusnya,ini merupakan peluang terbaik untuk sekuad The Red Warriors mencipta kemenangan ,kerana kekecewaan sekuad Terengganu yang tewas pertama kali di halaman sendiri kepada pasukan Kedah dalam perlawanan sebentar tadi pasti akan terasa.


Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam (Wan Rohaimi Wan Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Mohd Izuan Salahuddin), S Chanturu (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.



FORMASI : 4-4-2


PAHANG : Mohd Rosfaizul Azuar Ali, Mohd Saiful Nizam Miswan, Jalalludin Abu Jaafar (KP), Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Zaiza Zainal Abidin (Muhammad Syawal Norsam), Mohd Hazri Rozali, R Surendran (Mohd Faizol Hussin), Famirul Asraf Sayuti, Mohd Munir Amran, Azammuddin Mohd Akil dan Mohd Shafie Zahari.


FORMASI : 4-4-2



READ MORE

The Red Warriors Perlu Bangkit

Posted by JustKelantanFA On Comments

Perlawanan antara Kelantan dan Pahang malam ini dianggap perlawanan penentuan dan hala tuju bagi sekuad The Red Warriors,sama ada mampu menggugat kedudukan pendahulu liga super Terengganu yang hanya dibezakan dengan tiga mata dihadapan,ketika saingan liga masih berbaki empat perlawanan.

Pada perlawanan sebelum ini,sekuad Kelantan telah tewas tipis 1-2 kepada T-Team buat pertama kali di halaman sendiri bagi saingan liga musim ini.Malam ini Stadium Sultan Muhammed IV, sekali akan menjadi saksi sama ada sekuad The Red Warriors mampu bangkit untuk menggugat kedudukan Terengganu selaku pendahulu.

Pada saingan pusingan pertama liga,sekuad Kelantan telah tewas 2-0 kepada pahang di halaman lawan dan malam ini akan menjadi titik tolak kebangkitan The Red Warriors jika hasrat ingin mencapai piala liga super buat pertama kali.

Semangat ingin menang perlu ada bagi setiap pemain-pemain The Red Warriors malam ini, kerana lebih 25,000 penyokong setia akan terus memberi sokongan di Stadium keramat The Red Warriors.

Jika The Red Warriors menang malam ini,selain mengharapkan Terengganu seri atau tewas kepada pasukan Kedah, maka saingan untuk memburu puncak liga akan kembali terbuka kerana perlawanan selepas ini Kelantan akan membuat perhitungan dengan Terengganu bagi saingan liga super sebelum perlawanan akhir Piala FA yang juga merupakan lawan yang sama.


Ramalan jaringan dari Bolakelateloni:

KELANTAN 2 : 0 PAHANG
READ MORE

The Red Warriors tewas di halaman sendiri

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 25, 2011 Comments
Kelantan terpaksa akur apabila ditundukkan 2-1 kepada pasukan berstatus kelab T-Team di halaman sendiri malam tadi.Bagi perlawanan liga super musim ini rekod sekuad The Red Warriors yang belum pernah tewas dihalaman sendiri akhirnya lebur.

Tiga trio utama pemain T-Team yang juga merupakan bekas pemain Kelantan tahun lepas berjaya membuktikan kehebatan mereka bersama pasukan baru, akan kehadiran mereka sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepada pasukan mereka.

Salah seorang daripadanya,Indra membuktikan kehebatannya apabila meledakkan gol kemenangan untuk pasukan T-Team lewat masa tambahan dihadapan ribuan bekas penyokong fanatiknya.Gol pertama pasukan pelawat hadir pada minit ke-45 apabila bola hantaran Norfarhan dipercayai telah keluar garisan disambut melalui tandukkan oleh Mohd Badrul Hisani.Keadaan sedikit tegang selepas itu,apabila penonton kurang berpuas hati keatas gol yang dihasilkan oleh pasukan pelawat kerana bola dipercayai keluar garisan.

Pemain Kelantan tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan,akhirnya pada minit ke-85 gol yang dicari berjaya dihasilkan oleh Nurul Azwa Roya yang berjaya menjaringan gol cantik mengelirukan penjaga gol pelawat.

Masuk masa tambahan,kegairahan pemain Kelantan untuk memburu gol kemenangan akhirnya terhenti apabila Indra Putra menjaringankan gol kedua buat T-Team.

Bagi perlawanan seterusnya Kelantan akan melayan kunjungan sekuad Pahang di halaman sendiri pada hari sabtu ini.
READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn T-Team

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, May 24, 2011 Comments



Kelantan bakal mendapat tentangan sengit dalam mempertahankan kedudukan selaku pendahulu Liga apabila menerima kunjungan daripada pasukan berstatus kelab T-Team di Stadium Sultan Muhammed IV,Kota Bharu, malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini,Kelantan telah tewas tipis kepada T-Team ketika pertemuan pusingan pertama liga dengan jaringan 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


Kehadiran tiga trio utama sekuad T-Team, yang juga merupakan bekas pemain skuad Kelantan tahun lepas pasti mengundang pelbagai persoalan dikalangan peminat setia The Red Warriors yang masih belum berpuas hati keatas pemergian mereka meninggalkan sekuad The Red Warriors.

Apapun berlaku perkara yang lepas enggan difikiran kembali oleh segelintir penyokong The Red Warriors,mereka mahukan sekuad kesayangan mereka ini memberi tumpuan sepenuhnya ketika perlawanan nanti dan pastikan dapat memungut tiga mata yang berharga di tempat sendiri agar dapat menjarakkan kedudukan dengan dua pasukan teratas.Kelantan dan Terengganu berkongsi mata ketika ini,hanya dibezakan dengan empat kelebihan jaringan manakala selangor dua mata dibelakang untuk kedudukan tempat ketiga liga.

Percaturan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Datuk M.Karahtu agar memberi hasil kepada sekuad The Red Warriors untuk memungut tiga mata yang berharga malam ini.
READ MORE

The Red Warriors Sekadar Seri

Posted by JustKelantanFA On Monday, May 23, 2011 Comments

Kelantan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar seri 2-2 ketika bertemu sekuad Harimau Muda A yang dibarisi pemain sekuad Olimpik Negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Sekuad The Red Warriors terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan tuan rumah seawal minit ke-13 melalui Izzat Faris Ramlan menumpaskan Khairul Fahmi.

Selepas jaringan itu,kelantan berjaya melakukan beberapa asakan ke kubu tuan rumah.Akhirnya pada minit ke-32 Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukkan S.Chanturu hasil hantaran daripada Muhd Badri Radzi.

Bersambung separuh masa kedua,sekuad The Red Warriors menguasai perlawanan tetapi buntu untuk menambah jaringan.

Pada minit ke-70,Izzat Faris sekali lagi menghampakan peminat The Red Warriors apabila menjaringkan gol kedua buat dirinya untuk Harimau Muda hasil hantaran dari Fandi Othman yang menewaskan Khairul Fahmi.

Perlawanan hampir kesudahan dengan keputusan The Red Warrior tewas,tetapi 4 minit sebelum perlawanan tamat,Norshahrul Idhlan muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-86 yang menceriakan kembali penonton setia yang hadir.


READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan Lwn Harimau Muda

Posted by JustKelantanFA On Sunday, May 22, 2011 Comments

READ MORE

Red Warriors Kembali Rampas Pendahulu Liga

Posted by JustKelantanFA On Thursday, May 19, 2011 Comments

Kelantan Kembali merampas pendahulu liga super daripada Selangor, apabila berjaya menewaskan Felda United dengan jaringan 3-1 sebentar tadi di Stadium Cheras,Kuala Lumpur.Selangor pula menerima nasib berbeza apabila tewas kepada T.Team 2-1 pada pertemuan sebelah petang tadi.

Sekuad The Red Warriors hampir dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah seawal minit ke-4 apabila pengadil memberikan sepakkan penalti kepada tuan rumah kerana mengatakan bola yang dihantar oleh pemain Felda terkena tangan Farisham dalam kotak penalti.Tetapi tendangan yang dilakukan oleh pemain Felda United dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Gol pembukaan The Red Warriors diperolehi melaui tandukkan kapten pasukan,Badri Radzi pada minit ke-38 hasil hantaran Daudsu.Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan akhirnya gol kedua The Red Warriors menyusul pada minit ke-56 hasil jaringan sendiri pemain tuan rumah,Rashid Mahmud yang gagal menolak keluar bola bahaya dalam kotak penalti.

Pada minit ke-84 Felda United merapatkan kedudukan melalui jaringan Hasmarul Fadzir.Kelantan menambah derita tuan rumah apabila pengadil memberi tendangan penalti apabila Nurul Azwa Roya dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Felda United yang disempurnakan oleh Norshahrul Idhlan untuk gol ketiga The Red Warriors.

Tamat perlawanan Kelantan 3-1 Felda United.



READ MORE

Seramai 330 terpilih sertai Akademi The Red Warriors(ARMY)

Posted by JustKelantanFA On Comments

Setelah semua lokasi pemilihan sekuad Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) dijalankan di dearah yang terpilih,kini seramai 330 peserta yang berjaya dipilih untuk menjalani latihan bersama dalam akademi ini sejak diadakan awal bulan lalu.

Pemilihan dibuat berdasarkan ujian yang diberikan dan melepasi syarat dihendaki yang dijalankan panel kejurulatihan di setiap lokasi yang dijelajahi.Peserta yang terpilih akan akan menjalani latihan di tujuh pusat latihan yang ditetapkan dan dibimbing oleh panel kejurulatihan yang dilantik oleh ARMY.



Dengan tertubuhnya akademi ini,harapan agar dapat melihat lebih ramai bakat muda yang dapat dicungkil dan berpotensi untuk mewakili negeri dan negara khasnya.

Tujuh akademi Army itu membabitkan tiga yang berpusat di Kota Bharu iaitu Telipot,Ketereh dan SMK Chengal,selain Tumpat,Bachok,Kuala Krai dan Tanah Merah.Latihan bagi akademi ini akan bermula pada 27 mei ini.


READ MORE

Kelantan dapat Stadium Baru

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 18, 2011 Comments
Gambar hiasan 1:Ilustrasi

Harapan peminat setia The Red Warriors untuk melihat Stadium baru dibina di Kelantan akhirnya tercapai apabila Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan akan membina satu Kompleks sukan dan sebuah Stadium baru yang berkapasiti 40 000 tempat duduk di bandar baru Bukit Merbau,Pasir Puteh.Dipetik dari kenyataan media selepas mesyuarat exco bertarikh pada 18 mei 2011.

Dengan terbinanya Stadium ini akan menjadikan satu lagi fenomena baru arena Bola sepak Kelantan.Berdasarkan kehadiran penonton ke stadium sebelum ini sudah tidak dapat disangkal lagi,setiap kali perlawanan melibatkan pasukan The Red Warriors stadium pasti akan sentiasa penuh dengan kehadiran penonton.


Gambar hiasan 2:Ilustrasi

Harapan seluruh rakyat Kelantan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk melihat berdiri teguhnya stadium yang megah dan serba canggih akan dibina di Kelantan.Akhirnya melalui pengumuman yang diberikan,sudah pastinya rata-rata peminat bolasepak Kelantan yang ditemui menarik nafas lega dan bersyukur di atas pembinaan ini.

Dijangkakan stadium yang bakal dibina akan disediakan beberapa buah surau untuk kemudahan penonton yang hadir untuk menunaikan ibadah tidak seperti kebanyakkan stadium yang lain yang mempunyai ruang solat yang agak sempit.Design untuk pembinaan sebenar stadium ini belum diputuskan.

Gambar hiasan
READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan Lwn Felda United

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, May 17, 2011 Comments
Barisan Pemain Kelantan

Setelah tamat perlawanan separuh akhir pusingan kedua Piala FA antara Kelantan dan Selangor,kerancakkan perlawanan Liga Super kembali bersambung apabila sekuad The Red Warriors akan berkunjung ke Stadium Cheras bagi pertemuan dengan Felda United bagi perlawanan seterusnya bagi kedua-dua pasukan dalam saingan liga super pada Khamis ini.


Barisan Pemain Felda United

Kelantan turun sebagai misi untuk teruskan rentak kemenangan bagi mengekori rapat dengan pendahulu liga Selangor yang mempunyai kelebihan dua mata di depan.Walaupun sekuad The Red Warriors dilihat mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan ini,mereka perlulah berhati-hati agak segala tindak tanduk berjaya menghasilkan jaringan seterusnya mencipta kemenangan keatas pasukan yang berpengkalan di Ibu Kota ini.


Nantikan live arena 801: Kelantan VS Felda United

READ MORE

Tahniah Red Warriors:Kelantan ke Final Piala FA

Posted by JustKelantanFA On Monday, May 16, 2011 Comments

Kelantan akhirnya berjaya menempah tiket ke perlawanan Akhir Piala Fa apabila berjaya memenangi perlawanan separuh akhir dengan agregat 6-2,walaupun keputusan terikat 1-1 di Stadium Kota Bharu sebentar tadi.Kelantan berjaya berdasarkan kelebihan 5-1 keatas pihak lawan pada pertemuan separuh akhir pertama sebelum ini.

Pertembungan perlawanan Akhir Piala Fa tahun ini dilihat menarik,kerana lawan yang ditemui sekuad The Red Warriors adalah jiran setempat iaitu Terengganu yang berjaya menewaskan Pahang dengan agregat 5-2.


Pada perlawanan sebentar tadi,Kelantan dilihat mempunyai banyak peluang untuk mencipta jaringan tetapi kegopohan barisan serangan menyekat sekuad The Red Warriors untuk kenduri gol pada malam ini.

Tahniah diucapkan kepada barisan sekuad The Red Warriors yang berjaya menunjukkan permainan yang menghiburkan penonton yang hadir...


Gol pertama Shakir:





Gol Selangor:Rudie Ramli


READ MORE

Piala FA-Semi Final 2: Red Warriors VS Red Giants

Posted by JustKelantanFA On Sunday, May 15, 2011 Comments

READ MORE

Amukan The Red Warriors!!!

Posted by JustKelantanFA On Saturday, May 14, 2011 Comments


Kelantan berjaya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya menundukkan Selangor 5-1 di halaman lawan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Fa di Stadium Shah Alam,malam tadi.

Sekuad The Red Warriors mula mengasak ke kubu lawan seawal minit ke-3 permainan apabila cubaan Nurul Azwan dari jarak 30 meter sedikit terkena tiang gol.Selepas itu Kelantan tidak perlu menunggu lama apabila minit ke-11 Ramzul Zahini berjaya menembusi gawang Selangor yang dikawal Saiful Amar Sudar yang gagal menangkap kemas bola percubaan Norshahrul.

Gandingan Norshahrul dan Ramzul sekali lagi membuahkan hasil apabila Norshahrul bijak memberi lorongan yang menarik untuk disudahkan oleh Ramzul pada minit ke-40 untuk gol kedua perlawanan.Selang 3 minit kemudian Kelantan berjaya sekali lagi menambah jaringan hasil daripada jaringan kapten pasukan Badri Radzi yang menerima hantaran dari Nurul Azwan Roya.

Bersambung babak kedua perlawanan,Kelantan terus bernafsu memburu jaringan apabila Nurul Azwan Roya berjaya menembusi gawang Selangor hasil sepakan kencang di dalam kotak penalti yang tidak di kawal oleh pertahanan tuan rumah pada minit ke-67.

Norshahrul terus menambah derita Selangor apabila bijak menjaringankan gol hasil bola hantaran Khadid Jamlus pada minit ke-71 untuk menambah gol ke-5 sekuad The Red Warriors.Pada minit-minit terakhir perlawanan Selangor akhirnya dapat gol saguhati hasil daripada sepakan Amri Yah Yah yang gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi.
READ MORE

Piala FA-Semi Final 1: Red Warriors atau Red Giants

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 11, 2011 Comments


Kelantan sekali lagi bakal membuat perhintungan dengan sekuad gergasi bola sepak dari lembah klang, Selangor bagi saingan separuh akhir pertemuan pertama Piala Fa yang dijadualkan berlansung 13 mei ini di Shah Alam,dan 16 mei timbal balik di Stadium Sultan Muhammed IV.Kehebatan pasukan masing-masing sudah teruji dalam pertemuan dua perlawanan liga pada musim ini.

Berdasarkan rekod pada tahun ini,kedua-dua perlawanan di menangi oleh sekuad The Red Warriors yang berpangkalan di Kota Bharu ini.Pertemuan pertama ialah ketika perlawanan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam yang mana sekuad Red Giants dibelasah 2-0,manakala pertemuan kedua ialah ketika perlawanan kedua di Stadium Sultan Muhammed IV dimana Kelantan menang tipis 1-0.

Berdasarkan rekod di atas kertas jelas berpihak kepada Sekuad The Red Warriors.Tetapi dalam misi untuk Piala Fa ini tentu amat berbeza bagi kedua-dua pasukan ini.Bagi Jurulatih The Red Warriors beliau enggan mendabik dada dengan kemenangan yang lepas dan ingin anak-anak buahnya memberikan fokus 100% ketika bertemu pihak lawan.Katanya.Bagi jurulatih Selangor pula K.Devan yakin yang anak buahnya mampu memenangi perlawanan ini.




Pertembungan dalam perlawanan ini dijangka akan menarik ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang akan memenuhi segenap ruang di Stadium Shah Alam pada malam jumaat ini.Kehadirin peminat sekuad The Red Warriors sekitar lembah Klang sahaja di jangkakan ribuan yang hadir kerana lokasi ini terlalu ramai peminat Red warriors yang berhijrah kerja disini yang dahagakan penampilan pasukan kesayangan mereka ini untuk bermain disini.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai misi yang sama iaitu memenangi perlawanan ini untuk di bawa bekal perlawanan ketika pusingan kedua yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV nanti.

Jika Sekuad The Red Warriors memenangi pusingan separuh akhir nanti,lawan yang akan ditemui dalam final adalah kedua-dua pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu atau Pahang.Sejarah baru akan tercipta jika Sekuad The Red warriors berjaya membuat kejutan ke atas pasukan Selangor.

Perjalanan masih jauh,sama-sama kita nantikan perlawanan yang penuh mendebarkan hujung minggu ini.Diharapkan Red Warriors sekali lagi mampu membuat kejutan yang terbaik buat peminat-peminat kesayangan mereka.


READ MORE

Kelantan Terpaksa Akur....

Posted by JustKelantanFA On Comments

Kelantan akhirnya terpaksa akur sekadar seri di halaman lawan apabila sekadar seri 0-0 pada perlawanan liga super bertemu Negeri Sembilan semalam.Sekuad The Red Warriors terpaksa melepaskan takhta liga kepada Selangor yang dibezakan dengan dua jaringan.

Separuh masa pertama jelas penguasaan penuh oleh anak buah M.karathu apabila berjaya mencipta ruang untuk menghasilkan gol tetapi kegagalan penyudah sedikit merencatkan Kelantan untuk mendahului tuan rumah.

Pada minit ke-33 S.chanturu hampir membahagiakan penyokong setia Red Warriors yang datang apabila berjaya meloloskan diri daripada pertahanan Negeri Sembilan dan penjaga gol mereka untuk menjaringkan gol pertama Kelantan,tetapi penjaga garisan menafikan dengan mengatakan berada dalam keadaan offside.

Beberapa percubaan daripada tuan rumah juga berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol The Red Warriors,Khairul Fahmi.

Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan hampir berjaya mendapat mata penuh apabila Khalid Jamlus berjaya meloloskan diri daripada pertahanan untuk menyambut hantaran lintang daripada S.Chanturu ke dalam gol menewaskan Farizal Harun sebelum penjaga garisan mengangkat bendera mengatakan berada dalam posisi offside.


READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Negeri Sembilan FA

Posted by JustKelantanFA On Sunday, May 8, 2011 Comments




Kelantan bakal bertandang ke Stadium Paroi,Negeri Sembilan,bagi pertemuan dengan pasukan itu untuk pertembungan seterusnya perlawanan ke sembilanbelas bagi kedua-dua pasukan dalam saingan liga super musim ini.

The Red Warriors turun selaku pendahulu Liga,memikul tanggungjawab yang besar dalam mengekalkan kedudukan teratas dan perlu mengutip tiga mata sekiranya ingin terus menjadi pendahulu liga.Selangor dan Terengganu ketika ini cuba untuk memintas pasukan Kelantan dan sekiranya anak-anak buah M.Karathu alpa mungkin pendahulu liga akan jatuh ke tangan mereka.

Rata-rata peminat The Red Warriors yang ditemui,mengatakan yang Kelantan akan berjaya menewaskan pasukan Hobeng Jang Hobeng bagi mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah bagi saingan pusingan kedua liga super musim ini walaupun bertandang ke tempat lawan.

Namun begitu pemain-pemain The Red Warriors perlu berhati-hati dengan gaya permainan penyerang tuan rumah yang mempunyai kelebihan tandukkan melalui bekas pemain Kelantan iaitu Hai-O dan beberapa lagi pemain bintang yang ada dalam sekuad Hobeng.Dengan kemenangan sahaja dapat menjamin pasukan The Red Warriors yang berpengkalan di Kota Bharu ini untuk terus mempertahankan kedudukan di persada liga.

Semoga Kelantan berjaya mencapai kemenangan dalam perlawanan ini..gomo Kelate gomo..


READ MORE

The Red Warriors teruskan momentum Kemenangan

Posted by JustKelantanFA On Friday, May 6, 2011 Comments
S.chanturu cuba diasak pertahanan Kedah


Kelantan berhasil memungut tiga mata apabila berjaya menewaskan Kedah 2-0 di halaman sendiri sebentar tadi.Dengan kemenangan ini,sekuad The Red Warriors terus menerajui Liga yang di ekori rapat Selangor ketika ini yang turut mencatat kemenangan ke atas Johor FC.

Pada perlawanan malam ini,kedua-dua pasukan saling membalas serangan keatas kubu lawan masing-masing.Beberapa percubaan berbahaya berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan ini.Kekebalan penjaga gol kedua-dua pasukan menyebabkan tiada jaringan gol dihasilkan pada separuh masa pertama.

Ketika rehat separuh masa pertama mungkin corak permainan berjaya di ubah oleh pengendali pasukan masing-masing dan melalui pertukaran beberapa pemain sehinggalah gol pertama berjaya dihasilkan oleh sekuad The Red Warriors hasil jaringan Khalid Jamlus pada minit-53 yang masuk mengantikan K.Soley.

Pada minit-65 sekali lagi Stadium Sultan Muhammed bergema dengan sorakkan penonton yang hadir apabila S.Chanturu berjaya menambah gol ke-2 untuk Kelantan.Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan hampir berjaya menambah jaringan melalui Kapten pasukan Badri Radzi yang melepaskan sepakan yang sedikit terkena palang gol yang dikawal Helmi eliza.

Barisan pemain The Red Warriors

Barisan pemain Sang Kenari

Video jaringan gol :



READ MORE

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Kedah FA

Posted by JustKelantanFA On Thursday, May 5, 2011 Comments


Kelantan bakal berdepan laluan sukar untuk mempertahankan takhta Liga Super apabila dijadualkan akan menentang Kedah di halaman sendiri malam esok(hari ini).Berdasarkan rekod yang lepas pasukan Kedah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan sekuad The Red Warriors di Stadium Kota Bharu dalam perlawanan liga super 2010.

Akan Tetapi berdasarkan pecapaian semasa sekuad M.Karathu perkara ini perlu menjadi perhatian sekuad Wan Jamak jika ingin membawa 3 mata dari Kota Bharu atau sekurangnya 1 mata dapat dibawa bekal ke Kedah.Sudah tentu malam esok tidak akan diberi laluan yang mudah oleh Sekuad The Red Warriors kepada sekuad Sang Kenari kerana dengan kemenangan sahaja dapat menjarakkan mata dengan pasukan kelompok teratas liga ketika ini.

Mendengar taklimat dari M.Karathu ketika sesi latihan

Pasukan Selangor ketika ini berkongsi mata dengan Kelantan yang hanya dibezakan dengan jaringan dijangka akan mudah menewaskan lawan yang ditemui termasuk juga dengan Terengganu yang hanya beza 1 mata di tangga ketiga liga ketika ini, turut mendapat lawan yang mudah bagi perlawanan kali ini.

Pertemuan malam esok cukup penting bagi The Red Warriors dalam usaha untuk terus menjarakkan kedudukan dengan Selangor dan Terengganu.


Kapten pasukan, Piya sekali lagi menjadi taruhan

Ketua pasukan Kelantan,Piya sekali lagi menjadi taruhan pengendali The Red Warriors untuk mengemudi jentera tengah agar berjaya menghasilkan peluang kepada barisan serangan yang diketuai penyerang prolifik Kelantan Norshahrul untuk merobek pintu gol sekuad Kenari malam esok(hari ini).

Jika pemain Kelantan menggunakan peluang yang terhidang sebaik mungkin InsyaAllah kemenangan akan dapat dikecapi oleh Sekuad The Red Warriors malam esok.

gomo kelate gomo...

READ MORE

The Red Warriors terima undangan Kelab Bolasepak Indonesia

Posted by JustKelantanFA On Comments


Persatuan Bola Sepak Kelantan( KAFA) sekali lagi menerima berita gembira apabila kelab bolasepak dari Indonesia mempelawa sekuad The Red Warriors untuk undangan kejohanan 6 penjuru Gabenor Acheh bermula 25 Jun-3 Julai.

Antara pasukan dari liga Indonesia yang turut serta adalah seperti Persija Jakarta,Persib Bandung,Sriwijaya Palembang dan Pelita Jaya yang merupakan salah satu kelab yang diwakili Safee Sali ketika ini.

Buat masa sekarang pihak Kafa sedang menimbangkan undangan ini,sama ada mahu menghantar atau tidak sekuad The Red Warriors ke kejohanan jemputan ini.

P/S : Petikan dari FB Tan Sri : http://www.facebook.com/AnnuarMusa

READ MORE

The Red Warriors kekal pendahulu Liga

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, May 3, 2011 Comments
Kelantan berjaya meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya menundukkan sekuad Johor FC di Stadium Jcorp Pasir Gudang sebentar tadi.Gol kemenangan Kelantan berjaya dihasilkan oleh Ketua pasukan iaitu Mohd Badri Radzi pada minit ke-45 melalui tandukkan cantik yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Johor FC.
READ MORE

.:Views and Suggestions:.