• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn T-Team

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, May 24, 2011 Comments



Kelantan bakal mendapat tentangan sengit dalam mempertahankan kedudukan selaku pendahulu Liga apabila menerima kunjungan daripada pasukan berstatus kelab T-Team di Stadium Sultan Muhammed IV,Kota Bharu, malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini,Kelantan telah tewas tipis kepada T-Team ketika pertemuan pusingan pertama liga dengan jaringan 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


Kehadiran tiga trio utama sekuad T-Team, yang juga merupakan bekas pemain skuad Kelantan tahun lepas pasti mengundang pelbagai persoalan dikalangan peminat setia The Red Warriors yang masih belum berpuas hati keatas pemergian mereka meninggalkan sekuad The Red Warriors.

Apapun berlaku perkara yang lepas enggan difikiran kembali oleh segelintir penyokong The Red Warriors,mereka mahukan sekuad kesayangan mereka ini memberi tumpuan sepenuhnya ketika perlawanan nanti dan pastikan dapat memungut tiga mata yang berharga di tempat sendiri agar dapat menjarakkan kedudukan dengan dua pasukan teratas.Kelantan dan Terengganu berkongsi mata ketika ini,hanya dibezakan dengan empat kelebihan jaringan manakala selangor dua mata dibelakang untuk kedudukan tempat ketiga liga.

Percaturan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Datuk M.Karahtu agar memberi hasil kepada sekuad The Red Warriors untuk memungut tiga mata yang berharga malam ini.

.:Views and Suggestions:.