• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Stadium

Posted by JustKelantanFA On Comments


Stadium Sultan Muhammed ke IV




Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeriKelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.
Stadium Sultan Mohammed Ke IV telah dibina pada tahun 1967 bertujuan bagi menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti sukan Negeri Kelantan, terutamanya sebagai padang bola sepak negeri. Ia dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan pejabat Kerajaan sepertiHospital Raja Perempuan Zainab II, Pejabat Kontinjen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pada masa itu, ia merupakan sebuah stadium terbesar di Pantai Timur Semenanjung dengan muatan tempat duduk seramai 30,000 orang dan padang bolanya memenuhi piawaian keluasan padang yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.
Selain dari kemudahan permainan bola sepak, kompleks stadium ini juga menyediakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti, gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam. Ia juga menyediakan kemudahan tempat riadah seperti kawasan permainan kasut roda dan surau.
Stadium Sultan Mohammed Ke IV pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Kelantan dan dianggotai oleh seramai 30 orang ahli terdiri dari kakitangan Kerajaan dan juga wakil persatuan sukan.
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan bola sepak Kelantan FA, setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Kelantan bertemu lawan di stadium keramat ini, stadium sentiasa penuh dengan penyokong-penyokong fanatik Kelantan FA. Oleh itu Stadium ini telah digelar sebagai Stadium Pahlawan Merah oleh penyokong-penyokong fanatik Kelantan FA.



.:Views and Suggestions:.