• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Jersi Kelantan FA 2012

Posted by JustKelantanFA On Saturday, December 31, 2011 Comments












READ MORE

MAJLIS PELANCARAN JERSI, MERCHANDISE, LOGO PASUKAN DAN TIKET ONLINE THE RED WARRIORS 2012

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 29, 2011 Comments

TARIKH : 31 DISEMBER 2011 (SABTU)
MASA : 10 PAGI
TEMPAT : DEWAN KONVENSYEN, KELANTAN TRADE CENTRE (KTC).
...
ATUCARA MAJLIS :

10.00 Pagi :
Persembahan Dikir Barat oleh Jen Endoro
Acara Kuiz dan Lelongan Barang The Red Warriors

12.00 Tgh Hari :
Ketibaan media dan tetamu jemputan
Ketibaan VIP dan pemain pasukan Red Warriors
Ketibaan Ybhg Tan Sri Hj Annuar Musa, Presiden KAFA
Bacaan Doa

12.15 Tgh Hari :
Ucapan Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA
Pelancaran Tiket - Online
Gimik Pelancaran Logo Pasukan 2012
Memperkenalkan Pemain , Jersey & Merchandise Pasukan TRW 2012
Pengumuman Jualan Majalah Rasmi KAFA "Dunia Warriors"
Pelancaran Kiosk TRW
Pelancaran Van Bergerak “SKUAD WARRIORS”

01.30 Petang :
Sidang Media di TRW Cafe
Jamuan di TRW Cafe
Bersurai

**DIJEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS.
READ MORE

RM 80,000 selesai masalah lampu limpah

Posted by JustKelantanFA On Comments

Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelenggarakan lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV yang didakwa tidak menepati kadar pencahayaan seperti disyaratkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui peruntukan sebanyak RM80,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, penyelenggaraan itu akan dibuat sebelum bermulanya sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M) bulan depan.

"Penyelenggaraan terhadap masalah lampu limpah yang dikatakan tidak mencukupi 900 lux akan dilakukan dalam kadar segera sebelum bermulanya Piala Sumbangsih 7 Januari ini," katanya ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) telah mengadakan mesyuarat bagi memutuskan untuk melantik perunding dan kontraktor bagi tujuan perkara berkaitan.

"Dari sembilan point yang diperiksa, perkara itu akan diselesaikan dengan seberapa segera," katanya.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melahirkan kebimbangan berikutan kemungkinan akan beraksi di waktu petang dalam Liga-M musim depan berikutan masalah tersebut.

Pada 2003 pasukan Kelantan pernah beraksi pada sebelah petang selama separuh musim berikutan masalah yang sama.

READ MORE

Persebaya tewaskan Kelantan Piala Unity

Posted by JustKelantanFA On Comments


Hasrat Kelantan untuk meraih kejuaraan Piala Unity tidak kesampaian apabila tewas 3-2 kepada Persebaya 1927 pada perlawanan kedua di Surabaya, Indonesia semalam.

Ketika Kelantan seakan bergelut beraksi di depan lebih 50,000 penyokong Persebaya di Stadium Gelora Bung Tomo, skuad tuan rumah lebih mengancam menerusi gerakan penyerang lincah Andik Vermansyah.

Andik yang menjaringkan gol untuk skuad juara Liga Primer Indonesia itu mengikat Kelantan 1-1 pada pertemuan pertama di Kota Bharu ternyata sekali lagi membuktikan ketajamannya dengan menyumbat gol pada minit ke-15 selepas mendapat hantaran lintang Muhammad Taufiq.

Tidak banyak gerakan yang berjaya dicipta kedua-dua pasukan dengan keadaan padang yang teruk, sekali gus menyaksikan Persebaya kekal mendahului 1-0 selepas tamat babak pertama.

Separuh masa kedua bersambung, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Pemain Paling Bernilai 2011, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 selepas merembat masuk bola lantunan percubaan Mohammed Ghaddar yang terkena tiang.

Bagaimanapun kebangkitan pasukan pelawat kendalian Peter Butler tidak kekal lama apabila Persebaya membolosi gawang yang dikawal penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat sebanyak dua kali menerusi Rendy Irawan di minit ke-64 dan Otavio Putra (m-74).

Biarpun penyerang Indra Putra Mahayuddin menghasilkan gol kedua pada masa kecederaan, segala-galanya sudah terlambat buat Kelantan yang terpaksa akur dengan kekalahan agregat 4-3.

READ MORE

Kritik secara Profesional : Piya

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, December 28, 2011 Comments

KAPTEN The Red Warriors, Badri Radzi berharap laporan media negara ini lebih bersikap profesional dan adil seandainya pasukan tewas atau tidak mempamerkan prestasi terbaik dalam sebarang perlawa-nan Liga Malaysia 2012.

Sebaliknya, Badri yang lebih dikenali sebagai Piya berharap pihak media menyampaikan kritikan berunsur nasihat dan tidak mengkritik keterlaluan.

“Sudah menjadi adat setiap perlawanan,­ bila menang sahaja pujian melambung diberikan dan laporan dipaparkan indah belaka. Tetapi, jika pasukan kalah teruk atau beraksi buruk mulalah tulisan berbaur negatif keterlaluan dilemparkan terhadap pemain dan pasukan.

“Pada saya, tidak salah mengkritik pasukan cuma biarlah secara membina kerana kami ada maruah yang perlu dihormati'.

Menurut Piya, mereka sudah melakukan yang terbaik ketika beraksi di padang dan berusaha menghiburkan hati penyokong yang hadir memberi sokongan di stadium.

Sementara itu, ketika diminta mengu­las sasaran empat piala Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), termasuk memenangi liga tanpa mencatat kekalahan kempen Liga Super, Piya enggan berjanji mengenai perkara berkenaan.

“Sasaran untuk mencipta rekod tanpa kalah saingan liga agak sukar, namun inilah cabaran yang perlu ditempuhi setiap pemain Kelantan.

“Ditambah kemasukan pasukan dari Singapura, Lions X11 pasti menjadikan saingan Liga Super musim depan lebih menarik dan menjanjikan pelbagai kejutan.

“Mengenai Lions X11, kami amat teruja untuk berdepan mereka kerana difahamkan terdapat beberapa pemain kebangsaan Singapura yang berada dalam skuad itu,” katanya.

Piya juga mempunyai matlamat peribadi menjelang saingan musim depan dengan bertekad, mengekalkan gelaran liga dan juga mendakap trofi Piala FA yang masih belum dimenangi sehingga kini.

Musim ini, skuad Kelantan dipimpin Peter Butler selepas pengendali terdahulu, Datuk M Karathu mengambil keputusan untuk tidak mengemudi juara Piala Malaysia 2010 itu.
READ MORE

Kelantan berdepan tekanan di Surabaya

Posted by JustKelantanFA On Comments


Seluruh peminat bola sepak Kelantan pastinya akan memberi tumpuan pada perlawanan persahabatan timbang balik Piala Perpaduan antara Kelantan menentang Persabaya Surabaya yang akan berlangsung di Surabaya, Indonesia malam ini.

Tekanan beraksi ditempat lawan dengan kehadiran penyokong tempatan pastinya wujud, lebih-lebih lagi skuad Kelantan mesti mencari kemenangan pada malam ini selepas aksi pertama tempoh hari menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penampilan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang, tetap ditagih biarpun Kelantan kini memiliki beberpa pemain import. Dalam aksi terdahulu, prestasi Norshahrul dilihat dalam keadaan memuaskan, sebaliknya ramai pihak mempersoalkan pemain import terutamanya penyerang Mohammed Ghaddar selepas melepaskan beberapa peluang keemasan.

Walaupun Kelantan berjaya mengikat Persabaya 1-1 dengan beraksi sembilan pemain, namun, rata-rata berpendapat prestasi barisan importnya masih tidak memuaskan dan mesti segera mecari keserasian dengan tonggak sedia ada.

Pun begitu, kehadiran semula Indra Putra Mahayuddin dalam skuad Kelantan sedikit sebanyak turut menajamkan lagi barisan serangan.

Kesungguhan Kelantan memperkemaskan bahagian depan harus dipuji, namun mereka tidak seharusnya tidak terleka di kubu pertahanan, lebih-lebih lagi berdepan penyerang berbisa Persabaya terutamanya Andik mahupun Alessandro.

Secara keseluruhannya, jika dilihat pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini, Kelantan dilihat telah mempamerkan aksi yang memuaskan dan ia jelas memberi laungan awal kepada skuad Liga Super yang bertanding musim depan.
READ MORE

Stadium SSMIV FAM putuskan tidak lama lagi

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, December 27, 2011 Comments


Teka-teki sama ada pasukan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan mungkin akan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka membuat keputusan mengenai perkara tersebut tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Persa-tuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Azman Ibrahim berkata, segalanya terserah kepada badan induk bola sepak kebangsaan itu yang akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Sekiranya masalah lampu limpah itu gagal diatasi, pihak FAM dijangka membuat keputusan dengan perlawanan Sumbangsih (Kelantan bertemu Negeri Sembilan) akan dilangsungkan di Lembah Klang, sementara perlawanan Liga Super bagi Kelantan selaku tuan rumah pula akan berlangsung pada sebelah petang.

“Namun saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) meletakkan masalah ini, selaku perkara utama yang perlu diatasi dalam masa terdekat. “Apabila kita terpaksa bermain sebelah petang, kesannya menjejaskan daripada segi sokongan peminat dan prestasi pasukan kita sendiri,” katanya.

Stadium Sultan Muhammad IV antara beberapa gelanggang yang disenaraikan pihak FAM tidak mematuhi peraturan pertandingan bola sepak untuk musim depan, gara-gara tahap pencahayaan lampu limpah yang tidak mencapai had minima 900 lux.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru masalah tersebut, Azman berkata, beliau difahamkan oleh pihak perbadanan stadium tahap pencahayaan lampu limpah di stadium berusia 44 tahun itu, sebenarnya mencukupi dan mematuhi sebagaimana yang disyaratkan oleh peraturan pertandingan bola sepak tempatan.

“Sebenarnya tidak perlu dinaiktaraf pun dan kita hanya perlu menyelaras semula suluhan lampu limpah itu.

“Kita ada membawa perunding lampu dari Kuala Lumpur bagi menilai masalah ini. Masalah lampu limpah ini sebenarnya tidak memerlukan kajian yang lebih menyeluruh.

“Ada lebih kurang empat atau lima lampu limpah di setiap penjuru stadium menyala tetapi tidak berfungsi dengan sepenuhnya.

“Kalau perkara ini dapat diatasi, saya percaya masalah lampu limpah stadium kita akan berakhir.

“Kita sudah pemeriksaan dan kita dapati hanya satu tempat sahaja iaitu kawasan tepi padang berhadapan ‘scoreboard’ gagal mencapai tahap pencahayaan minima 900 lux.

“Tahap pencahayaan yang kita ukur tempoh hari hanya sekitar 600 lebih lux.

“InsyaAllah, kita berharap masalah ini dapat diatasi sebelum hujung bulan ini,” katanya.
READ MORE

Piala Unity [Pusingan Kedua] Kelantan vs Persebaya

Posted by JustKelantanFA On Monday, December 26, 2011 Comments

Pusingan Pertama
Kelantan FA 1-1 Persebaya FC
Perlawanan International Club
(Yayasan Persahabatan Mas-Ina)[Permai Trophy]
Kelantan [Malaysia] vs Persebaya [Indonesia]
Tarikh : 28 Hb Stadium Gelora [Surabaya]
READ MORE

Kelantan uji skuad Kuala Lumpur

Posted by JustKelantanFA On Sunday, December 25, 2011 Comments


SELEPAS mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan kelab Persebaya FC dalam perlawanan pertama bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) malam kelmarin, skuad Kelantan akan bertemu dengan Kuala Lumpur dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.

Perlawanan persahabatan ini merupakan sebahagian daripada persiapan terakhir skuad The Red Warriors sebelum berlepas ke Surabaya bagi menghadapi perlawanan timbal balas bertemu Persebaya FC di Stadium Gelora 10 November pada Rabu ini.

Bagi, peminat setia bola sepak Kelantan, ini adalahperlawanan persahabatan ter­akhir The Red Warriors di Lembah Klang sebelum bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah pada 7 Januari depan.

Harga tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut ialah RM20 (grandstand) dan RM10 (terbuka). Tiket perlawanan akan mula di jual jam lima petang hari ini. Acara selingan iaitu persembahan dikir bakat oleh kumpulan Mae Mulut Muncung (MMM) yang ditaja oleh RW Plus Energy turut diadakan sebelum perlawanan ini berlangsung.
READ MORE

Jentera serangan Kelantan masih tumpul

Posted by JustKelantanFA On Comments
Indra meraikan gol ketika menentang Persebaya


Ketika musim baru Liga Malaysia hanya tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyandang juara Liga Super, Kelantan berdepan masalah jentera serangan yang tumpul dan tidak serasi.

Hakikat tersebut diakuipengurusRed Warriors, Azman Ibrahim selepas menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dalam aksi pra-musim menentang kelab Indonesia, Persebaya FC.

Perlawanan tersebut bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia - Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Azman berkata, jentera serangannya mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka untuk menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kelemahan lain yang dikenalpasti dalam perlawanan ini ialah kurang keserasian di kalangan pemain bila pasukan berada dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shakir (Shaari) dan Piya (Badri Radzi ) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan positif.

"Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya, 28 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Begitupun Azman tetap memuji pasukannya yang telah menunjukkan corak permainan berkualiti walaupun beraksi dengan sembilan pemain.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Beraksi dengan sembilan pemain bukan tugas yang mudah, namun kita masih mampu mencipta gerak-gerak menarik dan mencemaskan benteng pertahanan lawan.

"Jadi saya harap kita mampu mengekalkan rentak ini pada perlawanan kedua nanti, seterusnya mencipta kejutan di sana," ujarnya.

Mengulas mengulas mengenai layangan kad merah keatas dua tonggak pertahanan, Azizi Mat Rose dan Nik Mohd. Shahrul Azim Ab.Halim, Azman berkata, kehilangan dua pemain tersebut tidak menjejaskan peluang pasukannya.

"Perlawanan kedua nanti kita akan beraksi dengan 11 pemain dan Saya harap pemain dapat memberi aksi sebaik mungkin dan cuba mengatasi tekanan bermain di depan puluhan ribu penyokong tegar pasukan lawan," jelasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Persebaya, Davaldo Alves memuji semangat juang tinggi Kelantan, walaupun beraksi dengan kekurangan dua tonggak.

"Kelantan adalah pasukan yang kuat, walaupun bermain dengan sembilan orang mereka masih mampu melancarkan gerak-gerak menarik dan mencemaskan kubu pertahanan kami.

"Begitu juga dengan penyokong mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan,'' katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang beraksi dengan sembilan pemain sepanjang 20 minit terakhir, terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-61.

Andik Vermansyah muncul wira Persebaya apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 selepas memperdayakan dua pertahanan Kelantan dalam kotak penalti dan merembat bola menewaskan penjaga gol, Mohd. Syazwan Yusof.

READ MORE

Kelantan FA [1] vs [1] Persebaya FC

Posted by JustKelantanFA On Saturday, December 24, 2011 Comments



Video Highligt Kelantan lwn Persebaya



Walaupun beraksi sembilan pemain, Kelantan berjaya mengikat juara Liga Perdana Indonesia, Persabaya Surabaya 1-1 dalam perlawanan persahabatan pertama Piala Perpaduan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Keputusan itu turut menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi Piala Permai yang dikhususkan untuk perlawanan tersebut.

Dalam aksi berkenaan, Juara Liga Super musim lalu, Kelantan terlebih dahulu meraih jaringan gol menerusi Indra Putra Mahayuddin selepas menerima hantaran cantik daripada Farhan pada minit ke-60.

Kegembiraan itu nyata tidak bertahan lama apabila Persabaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisanya, Andik yang bijak mengawal bola didepan gol Kelantan sebelum merembat deras pada minit ke-28.

Bagaimanapun, aksi persahabatan itu dicemari dua layanan kad merah yang diperolehi pemain Kelantan. Pemain pertahanan, Azizi Matt Rose dihalau keluar apabila dia dipersalahkan kerana menarik muka pemain Persebaya, Alessandro pada minit ke-34.

Manakala satu lagi kad merah diperolehi pemain muda Kelantan, Shahrul Azim apabila menerima kad kuning kedua selepas menolak pemain lawan dalam keadaan kekeliruan di minit ke-69.

Beberapa peluang keemasan dilepaskan oleh kedua-dua pasukan, terutamanya pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kerap kali gagal menyempurnakan peluang didepan pintu gol.

Pada minit ke tiga perlawanan, bola sentuhannya begitu terlalu lemah sebelum diselamatkan penjaga gol lawan. Pada minit ke-25, Ghaddar sekali lagi lambat untuk menyudahkan hantaran menarik daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Perlawanan timbang balik Piala Perpaduan akan berlangsung di Surabaya, Indonesia pada 28 Disember ini.

READ MORE

15,000 tiket untuk aksi Kelantan-Persebaya

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 22, 2011 Comments


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan 15,000 keping tiket perlawanan antara Kelantan menentang juara Liga Prima Indonesia (IPL) Persebaya FC bagi merebut kejuaraan Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, (esok).

Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah berkata, tiket-tiket tersebut akan dijual bermula pukul 10 pagi ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, peminat setia Red Warriors boleh mendapatkan tiket pada harga RM30 untuk astaka utama, RM20 (astaka dua), RM12 (terbuka) dan RM5 bagi kanak-kanak.

"Peminat dinasihat supaya mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelak kesesakan di kaunter. Pertemuan ini menjanjikan persembahan menarik kerana kedua-dua pasukan merupakan juara liga di negara masing-masing.

"Ditambah pula dengan kehadiran tunggak import, perlawanan ini dijangka sengit. Ini peluang terbaik buat peminat bola sepak tempatan khususnya di Kota Bharu menyaksikan aksi berprestij kedua-dua pasukan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Affendi memberitahu, pertemuan ini merupakan satu penghormatan tertinggi kepada Kelantan selaku juara Liga Super musim ini, begitu juga kelab tersebut.
READ MORE

Posisi Kapten Piya tergugat

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, December 21, 2011 Comments


Ketua pasukan Kelantan musim lalu, Mohd. Badri Radzi atau Piya perlu mempertingkatkan prestasi bagi memastikan posisi beliau kekal musim hadapan.

Ini berikutan pasukan itu kini dibarisi beberapa pemain ternama termasuk import yang berkemampuan untuk menduduki posisi tersebut.

Jurulatih Kelantan, Peter James Butler berkata, ia merupakan satu cabaran sekali gus menuntut Piya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam saingan musim hadapan.

"Namun saya percaya keupayaan Piya untuk membimbing pasukan, cuma dia kena ingat Kelantan sekarang mempunyai banyak pilihan termasuk pemain import.

"Saya mahu ketua pasukan musim ini mengambil tanggungjawab untuk membentuk kerjasama dalam satu pasukan. Ketua pasukan bukan satu tugas yang mudah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambahnya, kehadiran trio bekas pemain T-Team dan pemain import akan menjadi saingan sengit kepada Piya.

Beliau bagaimanapun berkata, penentuan ketua pasukan pasukan hanya terletak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Buat masa ini katanya, pemain tengah yang sedang meningkat, Shakir Shaari mempunyai potensi untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan sekiranya Piya tidak diturunkan.

Sementara itu, Piya diminta mengulas mengenai situasi tersebut mengakui berhadapan saingan sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Bagaimanapun saya tidak kisah siapa yang menjadi ketua pasukan. Apa yang penting kami dalam satu keluarga dapat mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Kami mempunyai pemain yang cukup lengkap. Contohnya Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Shahrul Idlan Talaha sudah mengetahui corak permainan masing-masing.

"Cuma kita menghadapi masalah komunikasi dengan pemain import tetapi saya rasa ia akan dapat diatasi," katanya.
READ MORE

Kelantan belum layak dipuji

Posted by JustKelantanFA On Comments



Skuad Red Warriors belum layak untuk diberi pujian sepenuhnya sebaliknya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Ini kata jurulatihnya, Peter James Butler merujuk persembahan pasukan tersebut ketika menentang T-Team pada aksi persahabatan di sini, baru-baru ini yang berakhir Kelantan menang 2-0.

“Melihat kepada corak permainan pada perlawanan tempoh hari kita mampu menjaringkan banyak gol.

“Kita boleh menang lima gol, tapi oleh kerana beberapa kelemahan membuatkan pasukan hanya menang dua gol sahaja.

“Saya mahu menang setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, semalam.

Tambah Butler, berdasarkan pengalamannya membimbing Kelantan sebelum ini, ia merupakan satu cabaran besar buat dirinya kerana peminat negeri ini sentiasa ingin menyaksikan kemenangan pasukan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemajuan prestasi yang dipamerkan anak didiknya menerusi sesi latihan sepanjang dua minggu termasuk beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum ini.

Beliau berkata, pada asasnya semua pemain termasuk pemain import menunjukkan peningkatan prestasi baik.

Namun jelasnya, dalam bola sepak tidak boleh diam dari melakukan perubahan dari masa ke semasa secara optimum.

Sehubungan itu, beliau berharap, empat perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu ini akan menjadi medan ujian pasukan tersebut dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Perlawanan tersebut akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi menilai tahap kecergasan dan kesebelasan utama dalam pasukan,” katanya.
READ MORE

Persebaya sedia jumpa Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, December 20, 2011 Comments


Persebaya dilihat cukup bersedia untuk membuat perhitungan dengan skuad The Red Warriors,memetik dari beberapa portal berita sukan dari negara seberang,Persebaya dilihat telah bersedia untuk menempuhi perlawanan yang penuh mendebarkan bagi kedua-dua Kelab bola sepak ini.

Bukan sahaja membawa nama negeri,malah perlawanan ini dilihat seolah-olah perlawanan maruah bagi kedua-dua negara tetangga ini yang penuh dengan aksi dramatik baik bagi kedua-dua penyokong fanatik pasukan masing-masing.

Persebaya beria benar untuk bertemu dengan Kelantan yang juga merupakan Juara Liga Super Malaysia(MSL).Dalam perlawanan ini Kelantan bakal menurunkan kekuatan terbaik,termasuk dengan kehadiran empat tonggak import.

Persebaya juga dibarisi empat pemain import,iaitu dari Australia dan Brazil.Perlawanan ini diadakan bagi mengeratkan talian persahabatan antara kedua-dua negara yang dianjurkan oleh yayasan persahabatan Malaysia dan Indonesia (Permai).
READ MORE

Kelantan mahu menang semua Piala

Posted by JustKelantanFA On Monday, December 19, 2011 Comments



Selepas mendahului pasukan lain dalam mendapatkan pemain import,Kelantan kini berada dilandasan terbaik untuk menampilkan aksi terbaik saingan musim baru Liga Super dengan mengelak sebarang kekalahan.

Walaupun sedar jumlah perlawanan yang terpaksa diharungi musim depan bertambah kepada 60 perlawanan termasuk membabitkan saingan Piala AFC, ia bukan alasan untuk gagal, sebaliknya Red Warriors tampil dengan cita-cita besar untuk merangkul semua trofi dipertandingkan.
“Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang kita daftarkan.

“Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak mengalami kekalahan,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Nada keyakinan Annuar itu jelas menunjukkan kesungguhan barisan bimbingan Peter Butler untuk kembali menggegar pentas Liga Malaysia terutama selepas Piala Malaysia terlepas daripada genggaman.

Sebelum memulakan aksi pembuka tirai perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan, juara bertahan Liga Super 2011 itu akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sebagai pendedahan berkualiti tinggi kepada pemain.
“Kita akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dan merancang menentang juara Piala FA, Terengganu,” katanya.
READ MORE

Kelantan dapat dua Stadium?

Posted by JustKelantanFA On Saturday, December 17, 2011 Comments
Gambar:Sekadar Hiasan

"Tunggu dan kelihlah, ado kito gomo gi ado games gak" Inilah antara luahan kebanyakkan rakyat Kelantan di alam maya dan di kedai-kedai kopi ketika membicarakan isu dua stadium yang bakal dibina daripada KAFA dan kerajaan negeri. Mungkin luahan ini saja yang mampu mengurangkan harapan 100% rakyat Kelantan berikan kepada mana-mana pihak yang sedang merancang pembinaan stadium ini. Apa yang penting mereka semua bersetuju dan menyokong penuh pembinaan stadium.

Jika dilihat pada sejarah stadium Sultan Muhammad ke-IV yang dibina sudah hampir mencecah 45 tahun ini, fungsinya sudah melepasi tahap kegunaan sesebuah stadium dengan pelbagai aktiviti dan acara dilangsungkan dalam stadium ini. Kelantan memang perlu memiliki sebuah stadium atau lebih stadium baru memandangkan kemajuan sukan dan popularasi rakyat Kelantan makin meningkat selain kesetiaan penyokong Kelantan ini telah menyaksikan penyokong Kelantan menjadi penyumbang terbesar tiket Liga Malaysia iaitu 40% daripada kutipan keseluruhan tiket FAM 2011 yang dianggar mencecah lebih RM1.5 juta.

Malah sudah ada nada sinis mencadangkan Kelantan memiliki dua pasukan berbeza Kelantan United dan Kelantan City seperti Manchester City dan Manchester United, bagi pemerhati bolasepak Kelantan ianya bukan satu perkara yang pelik kerana Kelantan pernah memiliki banyak pasukan yang cemerlang serta digeruni lawan sebelum ini seperti pasukan JKR Kelantan, TNB Kelantan, PKINK, SKMK dan lain-lain. Tidak mustahil akan wujud dua pasukan yang kuat mewakili Kelantan dengan dua stadium tuan rumah yang berbeza. Perkembangan ini juga diharap dapat membuka mata kepada semua pelabur dan pemaju untuk menjadikan sebuah stadium impian menjadi kenyataan dalam tempoh 2-5 tahun akan datang. Pahat sudah berbunyi, kini tibalah tukul saling menyiapkannya.

Info Stadium:

1. Stadium Sultan Mohammed Ke-IV -Sekarang

Stadium Sultan Mohammed Ke-IV merupakan salah sebuah stadium yang terdapat di negeri Kelantan. Stadium ini mampu menampung sehingga 30,000 orang penonton. Ia terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu.

2. Stadium Red Warriors - Baru (Nama stadium belum disahkan)





3. Stadium Sultan Muhammad ke 5 - Baru (Nama gelaran dicadangkan THE FORTRESS)

Gambar sekadar lakaran sahaja (Bukan gambaran sebenar rekaan yang dirancang)

Stadium yang dicadangkan ini kegunaan padangnya khas untuk sukan bolasepak sahaja dan akan diuruskan sepenuhnya oleh KAFA. Masih dalam proses merekabentuk plan mengikut kesesuaian KAFA oleh sebuah syarikat yang akan berkerjasama dalam membangunkan stadium ini. Dimaklumkan stadium ini akan mendapat bantuan kerajaan pusat dan dibantu syarikat swasta. Pengumuman dan majlis pecah tanah dijangka akan berlangsung pada awal tahun 2012. Kapasiti penonton 40,000 orang.




P/s Sumber: Theredwarriors.com
READ MORE

Penaja Pasukan Kelantan 2012

Posted by JustKelantanFA On Friday, December 16, 2011 Comments

KAFA hari ini mengesahkan jumlah penaja sedia ada dan baru Skuad The Red Warriors bagi musim baru 2012.Dengan kemasukkan beberapa penaja baru dan penaja yang sedia ada menjadikan jumlah 8 keseluruhan penajaan iaitu,Sinar Harian,Yusmira,Warriors,Alhamra,Umbro dan RW Energy.

Bagi musim baru nanti,hanya Al-Jabbar group tidak akan menyambung penajaan seperti tahun ini.

Happy Prepaid akan terus menjadi penaja utama bagi skuad Kelantan musim hadapan.



READ MORE

Andik Vermansyah dalam Radar Kelantan?

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 15, 2011 Comments

Aksi lincah pemain muda dari Indonesia,Andik Vermansyah dikatakan telah menarik perhatian Pihak Pengurusan Kafa untuk mendapatkan pemain ini dalam kancah Piala AFC musim depan.

"Ura-ura ini walaubagaimanapun belum disahkan lagi oleh Presiden dan Pungurusan tertinggi Kafa".

Sebelum ini,Kelantan telah memenuhi kuato empat orang pemain import yang dibenarkan dalam perlawanan Piala Afc musim hadapan,apabila menandatangani dua orang pemain import dari Lubnan dan dua orang dari Ghana.

Bagi saingan liga Malaysia musim hadapan,hanya dua orang pemain import sahaja dibenarkan beraksi untuk satu kelab atau negeri.

Baru-baru ini,Pihak FAM telah membenarkan pembelian kembali pemain import bagi negeri dan kelab yang belum sempat mendapatkan pemain yang benar-benar berkualiti untuk saingan liga musim hadapan apabila jendela pembelian dibuka kembali pada April musim hadapan.

Berita-berita tentang minat Kelantan FA untuk mendapatkan khidmat Andik telah tersebar luas dari kalangan media negara seberang.

Terlebih dahulu,Kelantan dijangka akan menentang wakil Kelab dari Indonesia iaitu Persebaya dalam merebut Piala Permai yang diuruskan oleh yayasan persahabatan Malaysia dan Indonesia yang menggunakan format timbal balik pada 23 Disember 2011 di Kota Bharu,Malaysia dan 28 Disember 2011 di Surabaya.

Lebih menarik lagi dalam aksi ini juga bakal dapat dilihat kelibat pemain muda dari Indonesia itu
yang turut dalam skuad Persebaya FC.
READ MORE

Jadual Piala FA 2012

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, December 14, 2011 Comments


Pusingan Pertama – (18 Feb 2012)
Pusingan Pertama – (10 Mac 2012)
Suku Akhir 1 – (24 Mac 2012)
Suku Akhir 2 – (27 Mac 2012)
Separuh Akhir 1 – (21 April 2012)
Separuh Akhir 2 – (01 Mei 2012)
Akhir – (19 Mei 2012)

Pusingan Pertama Kumpulan A

Terengganu FA vs PDRM FA
Perak FA vs ATM FA
UiTM FC vs Lions XII
Betaria FC vs Melaka FA
POS Malaysia vs USM FC
Sime Darby FC vs Sabah FA
Negeri Sembilan FA vs Johor FC
Shahzan Muda FC vs Selangor FA

Pusingan Pertama Kumpulan B

Kelantan FA vs Sarawak FA
Kuala Lumpur FA vs MP Muar FC
Harimau Muda B vs Pulau Pinang FA
KL SPA FC vs MB Johor Bharu FC
Kedah FA vs Selangor PKNS FC
Perlis FA vs PPSDM FC
Johor FA vs T-Team FC
Felda United FC vs Pahang FA


P/s sumber: Kelate.net

READ MORE

Frendly Match: [International Club] Kelantan FA vs Persebaya(Indonesia)

Posted by JustKelantanFA On Thursday, December 8, 2011 Comments

Perlawanan International Club
(Yayasan Persahabatan Mas-Ina)[Permai Trophy]
Kelantan [Malaysia] vs Persebaya [Indonesia]
Tarikh : 23 Hb[KB] ,28 Hb[Surabaya]



JUARA Liga Super musim ini, Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Prima Indonesia, Persebaya FC, bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai) di Kota Baharu, Kelantan, pada 23 Disember ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merangkap Setiausaha Agung Permai, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, perlawanan itu yang diadakan secara timbal balik akan diadakan di Surabaya, Indonesia pada 28 Disember pula.


“Berikutan itu, perlawanan (persahabatan) antara The Red Warriors menentang Kuala Lumpur akan diubah ke 25 Disember,” katanya.

Perlawanan itu adalah persediaan awal skuad Kijang untuk menghadapi saingan Liga Super musim depan termasuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV pada 7 Januari.


Annuar berkata, perlawanan itu anjuran bersama Liga Prima Indonesia dan Malaysia Super League (MSL) serta dipersetujui Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


“Perlawanan itu akan disiarkan stesen televisyen di Indonesia manakala Permai akan berunding dengan stesen televisyen berbayar, Astro untuk disiarkan di Malaysia,” katanya.



Ultras Kelantan




Ultras Persebaya
READ MORE

.:Views and Suggestions:.