• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Jentera serangan Kelantan masih tumpul

Posted by JustKelantanFA On Sunday, December 25, 2011 Comments
Indra meraikan gol ketika menentang Persebaya


Ketika musim baru Liga Malaysia hanya tinggal dua minggu untuk membuka tirai, penyandang juara Liga Super, Kelantan berdepan masalah jentera serangan yang tumpul dan tidak serasi.

Hakikat tersebut diakuipengurusRed Warriors, Azman Ibrahim selepas menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dalam aksi pra-musim menentang kelab Indonesia, Persebaya FC.

Perlawanan tersebut bagi merebut trofi Yayasan Persahabatan Malaysia - Indonesia (Permai) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Azman berkata, jentera serangannya mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang terbuka untuk menjaringkan gol, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin.

"Kelemahan lain yang dikenalpasti dalam perlawanan ini ialah kurang keserasian di kalangan pemain bila pasukan berada dalam keadaan tertekan.

"Apabila Shakir (Shaari) dan Piya (Badri Radzi ) dimasukkan kita melihat rentak permainan Kelantan mula berubah dan menunjukkan peningkatan positif.

"Bagaimanapun kita tidak boleh cepat berpuas hati dan kelemahan tersebut perlu diatasi segera menjelang pertemuan kedua di Surabaya, 28 Disember ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Begitupun Azman tetap memuji pasukannya yang telah menunjukkan corak permainan berkualiti walaupun beraksi dengan sembilan pemain.

"Secara keseluruhan saya gembira dengan komitmen yang ditunjukkan pemain. Beraksi dengan sembilan pemain bukan tugas yang mudah, namun kita masih mampu mencipta gerak-gerak menarik dan mencemaskan benteng pertahanan lawan.

"Jadi saya harap kita mampu mengekalkan rentak ini pada perlawanan kedua nanti, seterusnya mencipta kejutan di sana," ujarnya.

Mengulas mengulas mengenai layangan kad merah keatas dua tonggak pertahanan, Azizi Mat Rose dan Nik Mohd. Shahrul Azim Ab.Halim, Azman berkata, kehilangan dua pemain tersebut tidak menjejaskan peluang pasukannya.

"Perlawanan kedua nanti kita akan beraksi dengan 11 pemain dan Saya harap pemain dapat memberi aksi sebaik mungkin dan cuba mengatasi tekanan bermain di depan puluhan ribu penyokong tegar pasukan lawan," jelasnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Persebaya, Davaldo Alves memuji semangat juang tinggi Kelantan, walaupun beraksi dengan kekurangan dua tonggak.

"Kelantan adalah pasukan yang kuat, walaupun bermain dengan sembilan orang mereka masih mampu melancarkan gerak-gerak menarik dan mencemaskan kubu pertahanan kami.

"Begitu juga dengan penyokong mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan,'' katanya.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah yang beraksi dengan sembilan pemain sepanjang 20 minit terakhir, terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-61.

Andik Vermansyah muncul wira Persebaya apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 selepas memperdayakan dua pertahanan Kelantan dalam kotak penalti dan merembat bola menewaskan penjaga gol, Mohd. Syazwan Yusof.

.:Views and Suggestions:.