• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kemenangan keempat skuad Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Thursday, August 25, 2011 Comments


Kelantan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam aksi persahabatan Pra Piala Malaysia yang akan membuka tirai 6 september ini apabila berjaya menundukkan pasukan berstatus kelab T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammed ke-IV,Kota Bharu,semalam.

Skuad Red Warriors berjaya menghapus dua badi kekalahan kepada pasukan tersebut dalam saingan liga super sebelum ini,dua gol dari jaringan ketua pasukan Badri Radzi dan satu gol dari pemain pinjaman Kelantan,Azamudin Akil sudah cukup untuk skuad Kelantan menewaskan pasukan berstatus kelab tersebut.

Kelantan terlebih dahulu didepan apabila berjaya mendapatkan tendangan penalti setelah ketua pasukan T-Team,Rosdi Talib menjatuhkan Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti sebelum disempurnakan oleh Badri Radzi pada minit ke-14.

T-team berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya mendapat tendangan penalti hasil jaringan Fitri Omar pada minit ke-25 apabila pengadil mendapati Shahrizan mengasari pemain T-team.Kelantan sekali lagi berada di depan pada minit ke-37 apabila Azamudin Akil bijak menyempurnakan bola hantaran S.Chanturu untuk menerjah ke jaring pelawat.

Bersambung separuh masa kedua,stadium Sultan Muhammed sekali lagi bergema apabila Badri Radzi berjaya menjaringankan gol kedua peribadinya pada minit ke-63 hasil larian solo dari tengah padang menewaskan pertahanan T-team sebelum melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol T-team yang dikawal Jibrail Kamaron.

Perlawanan akan datang,Kelantan akan menentang kelab dari Thailand iaitu Songkhla Fc pada 26 ogos di Thailand untuk menamatkan kempen aksi persahabatan pra Piala Malaysia ini.
READ MORE

QPR sedia uji Safee Sali,Khairul Fahmi

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, August 23, 2011 Comments


Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi (Apek) untuk menjalani latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.QPR merupakan kelab yang baru dinaikan ke Liga Perdana Inggeris setelah 15 tahun bermain dalam liga divisyen satu.

Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia,Tune Sport Sdn. Bhd. bukan sahaja dilihat untuk tujuan komersil tetapi dilihat untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air.Pemilihan ini agar dapat dijadikan pendedahan yang berguna kepada kedua-dua pemain ini pada masa akang datang.

Malah,Ahli Lembaga Pengarah QPR,Datuk Kamarudin Maranun berkata,pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan sahaja mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda masa akan datang untuk jangka masa panjang pembangunan dalam bola sepak negara.





READ MORE

Friendly Match:Kelantan VS PBDKT T-Team

Posted by JustKelantanFA On Comments


Kelantan FA vs PBDKT T-Team FC

Tempat: Stadium Sultan Muhammed ke-IV

Tarikh: 24 ogos 2011

Masa: 10.00 Pm

**Tiket= Astaka:RM 10 ,Terbuka: RM 5
READ MORE

Friendly Match:Kelantan VS PDRM

Posted by JustKelantanFA On Thursday, August 18, 2011 Comments

Kelantan Fa VS PDRM

Tempat : Stadium Selayang

Masa : 10.00 Pm

Tarikh : 18/08/11

**Tiket : RM 10 [Dewasa] , Masuk percuma [Kanak-Kanak]
READ MORE

Friendly Match: Kelantan [1] VS Selangor [0]

Posted by JustKelantanFA On Comments


Kelantan lebar rekod tanpa kalah!

Skuad Kelantan terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada musuh tradisi,Selangor sejak 2009 apabila berjaya menundukkan kelab yang berpangkalan di lembah Klang itu dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan persahabatan bagi persiapan kedua-dua pasukan menjelang perlawanan Piala Malaysia akan datang di Stadium Shah Alam,semalam.

Pemain pinjaman Kelantan,Azamuddin Akil menjadi pemusnah kepada harapan gergasi merah kuning untuk mencipta kemenangan pertama keatas skuad Red Warriors setelah dikecewakan empat kali dalam perlawanan tahun ini.Jaringan pada minit ke-29 menjadi pemisah kepada Kelantan untuk melebarkan rekod kemenangan keatas Selangor.

Separuh masa pertama menunjukkan skuad Kelantan menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa gerakan yang hampir mencipta jaringan,tetapi berjaya dinafikan barisan pertahanan Selangor yang diketuai Razman Roslan.

Bersambung separuh masa kedua,Selangor dilihat lebih banyak mengasak untuk memburu jaringan penyamaan dengan melakukan beberapa percubaan ke arah gawang yang dikawal oleh Shahrizan Ismail tetapi dinafikan oleh penjaga gol kedua The Red Warriors tersebut.

Tambahan masa dua minit diberikan oleh pengadil tetapi kedua-dua pasukan gagal untuk mencipta sebarang jaringan.Tamat perlawanan Kelantan menang 1-0 merupakan kemenangan kedua skuad Red Warriors dalam aksi persahabatan di lembah Klang dan perlawanan ketiga bakal bertemu dengan skuad PDRM di Stadium Selayang malam ini..


READ MORE

Friendly Match:Kelantan VS Selangor

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, August 17, 2011 Comments

Kelantan Fa VS Selangor Fa

Tempat: Stadium Shah Alam,Selangor

Masa: 10.00 Pm

**Tiket = Rm 5 [Dewasa] ,Percuma[Kanak-kanak]
READ MORE

Aksi persahabatan skuad Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Friday, August 12, 2011 Comments



Skuad The Red Warriors rancang 5 aksi persahabatan

Kelantan bakal mengadakan 5 aksi persahabatan menjelang sebelum sepak mula saingan Piala Malaysia yang akan bermula september ini.Kesemua aksi tersebut masing-masing tiga di lembah klang,satu di Kota Bharu dan Thailand.

Perlawanan ini merupakan peluang terbaik untuk barisan skuad Kelantan menguji keserasian dengan kehadiran dua tonggak pinjaman Mohd Azamuddin dan S.Surendran dari skuad Pahang yang mengikuti cabaran saingan Piala Malaysia untuk sama -sama meperkuatkan barisan hadapan skuad Red Warriors.

Perlawanan pertama ialah menentang Kuala Lumpur (14 Ogos),Selangor (17 Ogos) dan PDRM (18 Ogos).Bagi aksi di Kota Bharu,skuad Red Warriors akan melayan kunjungan T-Team (24 Ogos) dan kemudian akan bertolak ke Thailand untuk aksi persahabatan dengan Songkla Fc (26 Ogos) yang menduduki tangga ke empat liga divisyen satu Thailand,merupakan pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain import Kelantan, Worrawoot Srimaka di Stadium Tinsulanon.

Sebagai juara bertahan,skuad The Red Warriors perlu bersedia sepenuhnya dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk mencipta kejuaraan sekali lagi.
READ MORE

Dua pemain pinjaman perkuatkan skuad Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, August 10, 2011 Comments



Bagi mengharungi saingan Piala Malaysia yang bermula september ini,skuad Kelantan akan memasukkan dua pemain pinjaman dari skuad liga super Pahang yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia untuk memperkuatkan bahagian serangan bagi skuad The Red Warriors.

Pemain yang dimaksudkan ialah Azamuddin Md Akil dan R.Surendran untuk mempertajamkan lagi barisan serangan yang hanya mengharapkan Norshahrul terajui sebelum ini,ekoran kegagalan gandingan barisan serangan yang turut ada dalam skuad Kelantan sebelum ini iaitu Ramzul,Nidza Ayub dan Khalid Jamlus yang gagal mengantikan posisi yang di kawal Norshahrul seandainya pemain tersebut tidak dapat diturunkan.

Sedikit Biodata kedua-dua pemain:-

Nama : Surendran a/l Rasiah

Tarikh Lahir : 26 Oktober 1982

Asal : Perak

Pasukan Terdahulu : Selangor


Nama : Mohd Azamuddin Md Akil

Tarikh Lahir : 16 April 1985

Asal : Kg Relong,Kuala Lipis Pahang

Pasukan Terdahulu : Pahang


READ MORE

Kelab penyokong sentiasa bersama

Posted by JustKelantanFA On Friday, August 5, 2011 Comments


Kelab Penyokong yakin Kelantan akan berjaya

KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) yakin The Red Warriors mampu mengekalkan Piala Malaysia di negeri Cik Siti Wan Kembang sekali lagi tahun ini.

Walaupun undian hanya dibuat hari ini, Setiausaha Kerja PKBSK, Harun Ali Kelantan tidak gentar walau siapa pun lawan mereka nanti, meskipun terpaksa berhadapan juara 32 kali Selangor mahupun juara Piala FA 2011, Terengganu.

“Kami tidak takut. Siapa pun lawan kami akan tempur.Yang penting Kelantan harus rebut kejuaraan,” katanya.


Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan

ULTRAS Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai Ultras Nogori akan bersedia menyokong seratus peratus menjelang perlawanan merebut Piala Malaysia kelak.

Penyokong pasukan Hobin Jang Hobin berharap dengan pengalaman bermain di peringkat final sejak tiga tahun berturut, skuad Azraai Khor Abdullah ini mampu merampas kembali kejuaraan pada 2009 lalu.

“Malah sekiranya tiada pemain pinjaman sekalipun, kami tetap percaya dengan kekuatan yang pada pada pemain utama skuad Negeri Sembilan yang ada sekarang,” katanya.



Jengking Fan Club (Johor)

ULTRAS Johor berjanji akan memberikan sokongan padu buat kedua-dua pasukan dari selatan tanah air iaitu, Johor dan Johor FC menjelang sepak mula Piala Malaysia 2011, September ini.

“Kami mahu mereka berjuang sehingga ke akhirnya kerana kami akan memberikan sokongan padu buat mereka tidak kira sama ada mereka kalah atau menang.

“Kami akan hadir pada setiap perlawanan untuk memastikan mereka mendapat sokongan dari kami dan kami hanya mahukan mereka terus bermain tanpa ada perasaan putus asa.


Waspada Amukan Penyu!(Terengganu)


“Peteh Terengganu peteh” itu kata-kata semangat Ultras Terengganu bagi pasukan Terengganu untuk merebut Piala Malaysia tahun ini.

Pernah bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan Piala FA 2000, kemungkinan skuad Penyu untuk bergelar juara sekali lagi adalah tidak mustahil bagi penyokong tegar pasukan itu.

Disamping itu, kelebihan mempunyai ramai pemain dalam skuad kebangsaan juga dilihat sebagai satu bonus untuk pasukan di bawah kelolaan Irfan Bakti itu menggunakan pengalaman sebagai peluang keemasan untuk menang.

READ MORE

.:Views and Suggestions:.