• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelab penyokong sentiasa bersama

Posted by JustKelantanFA On Friday, August 5, 2011 Comments


Kelab Penyokong yakin Kelantan akan berjaya

KELAB Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) yakin The Red Warriors mampu mengekalkan Piala Malaysia di negeri Cik Siti Wan Kembang sekali lagi tahun ini.

Walaupun undian hanya dibuat hari ini, Setiausaha Kerja PKBSK, Harun Ali Kelantan tidak gentar walau siapa pun lawan mereka nanti, meskipun terpaksa berhadapan juara 32 kali Selangor mahupun juara Piala FA 2011, Terengganu.

“Kami tidak takut. Siapa pun lawan kami akan tempur.Yang penting Kelantan harus rebut kejuaraan,” katanya.


Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan

ULTRAS Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai Ultras Nogori akan bersedia menyokong seratus peratus menjelang perlawanan merebut Piala Malaysia kelak.

Penyokong pasukan Hobin Jang Hobin berharap dengan pengalaman bermain di peringkat final sejak tiga tahun berturut, skuad Azraai Khor Abdullah ini mampu merampas kembali kejuaraan pada 2009 lalu.

“Malah sekiranya tiada pemain pinjaman sekalipun, kami tetap percaya dengan kekuatan yang pada pada pemain utama skuad Negeri Sembilan yang ada sekarang,” katanya.



Jengking Fan Club (Johor)

ULTRAS Johor berjanji akan memberikan sokongan padu buat kedua-dua pasukan dari selatan tanah air iaitu, Johor dan Johor FC menjelang sepak mula Piala Malaysia 2011, September ini.

“Kami mahu mereka berjuang sehingga ke akhirnya kerana kami akan memberikan sokongan padu buat mereka tidak kira sama ada mereka kalah atau menang.

“Kami akan hadir pada setiap perlawanan untuk memastikan mereka mendapat sokongan dari kami dan kami hanya mahukan mereka terus bermain tanpa ada perasaan putus asa.


Waspada Amukan Penyu!(Terengganu)


“Peteh Terengganu peteh” itu kata-kata semangat Ultras Terengganu bagi pasukan Terengganu untuk merebut Piala Malaysia tahun ini.

Pernah bergelar juara Piala Malaysia pada tahun 2001 dan Piala FA 2000, kemungkinan skuad Penyu untuk bergelar juara sekali lagi adalah tidak mustahil bagi penyokong tegar pasukan itu.

Disamping itu, kelebihan mempunyai ramai pemain dalam skuad kebangsaan juga dilihat sebagai satu bonus untuk pasukan di bawah kelolaan Irfan Bakti itu menggunakan pengalaman sebagai peluang keemasan untuk menang.

.:Views and Suggestions:.