• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Dua pemain pinjaman perkuatkan skuad Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, August 10, 2011 Comments



Bagi mengharungi saingan Piala Malaysia yang bermula september ini,skuad Kelantan akan memasukkan dua pemain pinjaman dari skuad liga super Pahang yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia untuk memperkuatkan bahagian serangan bagi skuad The Red Warriors.

Pemain yang dimaksudkan ialah Azamuddin Md Akil dan R.Surendran untuk mempertajamkan lagi barisan serangan yang hanya mengharapkan Norshahrul terajui sebelum ini,ekoran kegagalan gandingan barisan serangan yang turut ada dalam skuad Kelantan sebelum ini iaitu Ramzul,Nidza Ayub dan Khalid Jamlus yang gagal mengantikan posisi yang di kawal Norshahrul seandainya pemain tersebut tidak dapat diturunkan.

Sedikit Biodata kedua-dua pemain:-

Nama : Surendran a/l Rasiah

Tarikh Lahir : 26 Oktober 1982

Asal : Perak

Pasukan Terdahulu : Selangor


Nama : Mohd Azamuddin Md Akil

Tarikh Lahir : 16 April 1985

Asal : Kg Relong,Kuala Lipis Pahang

Pasukan Terdahulu : Pahang


.:Views and Suggestions:.