• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Piala AFC : Kelantan Tewaskan Arema FC

Posted by JustKelantanFA On Thursday, April 5, 2012 Comments



HATRIK Mohammed Ghaddar menghidupkan peluang The Red Warriors untuk terus bersaing pada saingan Kumpulan H, Piala AFC apabila menewaskan Arema 3-0 di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Turun dengan azam hanya tiga mata penuh dapat meneruskan saingan peringkat kumpulan, anak buah Bojan Hodak terlebih dulu mendahului pelawat menerusi jaringan Ghaddar pada minit ke-21.

Separuh masa kedua, kelab berpangkalan di Malang, Jawa Timur berkenaan melakukan beberapa pertukaran bagi mempertajamkan jentera serangan dalam usaha menyamakan kedudukan.

Namun, belum sempat kelab yang mendapat jolokan, Singo Edan merobek gawang tuan rumah, Mohammed sekali lagi menyengat seawal minit pertama separuh masa kedua untuk melebarkan jaringan tuan rumah pada minit ke-46.

Ghaddar menambah derita pelawat dengan gol peribadi ketiganya malam ini - pada minit ke-89 untuk memastikan tiga mata penuh bagi tuan rumah.




READ MORE

Kelantan Benam Felda United

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 1, 2012 Comments


Kelantan terus garang di persada liga apabila membelasah pasukan kedua tercorot liga, Felda United, 5-1 di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu bagi kekal di tangga teratas liga dengan 26 mata.

Pemain import Kelantan, Nwoha Onyekachi yang sebelum ini dikritik hebat persembahannya muncul watak penting kemenangan The Red Warriors apabila menjaringkan dua gol awal bagi pasukan tuan rumah.

Nwoha membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 tetapi dapat disamakan pemain Felda, Azrul Ahmad, seminit kemudian.

Pada masa kecederaan separuh masa pertama, Nwoha kembali meletakkan tuan rumah di hadapan 2-1 sebelum Kelantan mengamuk pada separuh masa kedua dengan tiga lagi jaringan melalui Mohd. Norfarhan Mohamad (minit ke-66), Indra Putra Mahayuddin (minit ke-67) dan Mohd. Badri Radzi (minit ke-80).

READ MORE

GEMPITA mahu berhimpun di FAM

Posted by JustKelantanFA On Comments

“KAMI tidak berniat untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini pada 4 April ini tetapi kehadiran kami sebagai tanda memberi sokongan moral kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.”

Demikian nada tegas Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (GEMPITA), Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika mengulas mengenai kes Annuar yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu ini.

Ia ekoran tindakan Annuar yang didakwa mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal kepada pihak media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata, perhimpunan itu nanti akan diwakili oleh beberapa kelab, antaranya Kelab Rasmi Bola Sepak Kelantan, Cyber Bola Sepak Kelantan dan The Red Warriors Lembah Klang.

Katanya, kumpulan tersebut juga bakal disertai oleh beberapa kelab penyokong negeri lain yang akan turut ‘turun padang’ di Wisma FAM, Kelana Jaya nanti.

“GEMPITA tidak berniat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak diingini, sebaliknya kami percaya kemelut itu perlu diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Kami hadir bukan sahaja sebagai orang Kelantan tetapi sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

“Perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan kami tidak berniat untuk melakukan perkara yang tidak diingini seperti merusuh atau sebagainya.

“Kami berharap dengan kehadiran kami dapat menaikkan semangat Annuar dan kami menerima apa jua keputusan FAM dengan hati yang terbuka,” kata Shaharuddin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Shaharuddin menegaskan, keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Annuar harus diadili dengan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM itu nanti harus adil.

“Kami bukan hendak menidakkan badan induk itu tetapi kehadiran Annuar dalam FAM sebenarnya satu bonus kepada bola sepak tempatan.

“Justeru, kami mahu satu keputusan yang adil, seterusnya mencerminkan ketelusan FAM,” katanya.

Sementara itu, lebih 500 penyokong setia The Red Warriors mengadakan demonstrasi aman di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam sebagai membantah sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap Annuar.

Himpunan tersebut juga membuktikan tanda sokongan seluruh peminat bola sepak Kelantan terhadap Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

READ MORE

Nwoha janji jaring 10 gol

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, March 28, 2012 Comments


Penyerang Nwoha Onyekachi berjanji kepada peminat bola sepak Kelantan untuk mempamer permainan terbaik dengan lebih banyak menyumbat gol pada perlawanan akan datang.

Pemain import dari Nigeria itu berkata jaringan sulungnya malam tadi ketika bertemu KL SPA FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV merupakan hadiah kepada pasukan dan penyokong The Red Warriors.

Dengan keputusan 2-0 yang satu lagi gol dijaringkan oleh Norfarhan Mohamad pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA, Kelantan mara ke separuh akhir saingan Piala FA, dengan agregat 5-0.

"Saya dedikasikan gol pertama ini khas buat peminat Kelantan yang telah lama menunggu selepas beberapa perlawanan.

"Saya juga akan menunaikan janji yang dibuat kepada peminat untuk menjaringkan 10 gol pada musim ini," katanya hari ini.

Sementara itu Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata beliau berharap Nwoha mendapat suntikan baru selepas berjaya meledak gol peribadi pertamanya dan akan terus menjaringkan lebih banyak gol untuk Kelantan pada perlawanan akan datang.

"Ketika Nwoha terlepas sepakan penalti, semua peminat rasa kecewa, bagaimanapun dia bermain lebih baik pada malam ini.

"Sebagai penyerang, keyakinan amat penting dan selepas gol pertama pada malam ini, saya harap dia akan terus jaringkan lebih banyak gol lagi," katanya selepas perlawanan itu.

Pengendali dari Croatia itu berkata beliau bangga dengan kejayaan anak buahnya walaupun tidak menurunkan hampir sebahagian besar kesebelasan utama pasukan.

"Saya gembira dengan prestasi ditunjukkan mereka pada perlawanan pada malam ini dan paling penting, tiada lagi pemain yang cedera," katanya.

READ MORE

Kelantan tetap beri tentangan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, March 27, 2012 Comments
Bojan Hodak


Selepas mencatat kemenangan 3-0, Kelantan tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada KL SPA pada pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut telah meletakkan The Red Warriors di landasan terbaik untuk mara ke pusingan separuh akhir, seterusnya memburu kejuaraan Piala FA 2012 selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, peluang beraksi di gelanggang sendiri mahu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapatkan jaringan awal bagi menjarakkan kedudukan.

"Kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan ini. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun ketinggalan tidak mustahil mereka mampu bangkit untuk melakar kejutan dalam perlawanan ini.

"Jadi saya harap pemain dapat memberikan fokus pada perlawanan ini. Saya akui KL SPA sebuah pasukan yang hebat dan mampu memberikan saingan jika kita mengambil mudah perlawanan ini," katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu, dia menimbang untuk melakukan rombakan kecil dalam senarai kesebelasan utama.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, rombakan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangannya untuk merehatkan beberapa tonggak utama selepas mengharungi saingan getir pada aksi Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini.

Menurutnya, peluang tersebut akan digunakan untuk menguji beberapa pemain yang sebelum ini jarang mendapat tempat dalam senarai kesebelasan utama.

"Ini merupakan peluang terbaik buat pemain baharu membuktikan kemampuan dan saya harap mereka dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik mungkin.

"Bagaimanapun semua ini bergantung selepas saya menilai tahap kecergasan pemain sama ada mereka bersedia untuk diturunkan atau tidak," ujarnya.

Tambahnya, beliau tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik, untuk memastikan kelantan layak ke pusingan separuh akhir.

READ MORE

Kelantan Kukuh Cengkaman Liga

Posted by JustKelantanFA On Sunday, March 18, 2012 Comments

KELANTAN mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perak di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak itu mengumpul 23 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Kedua-dua gol skuad Kijang pada perlawanan itu dihasilkan oleh pemain pertahanan Mohd Daudsu Jamaluddin pada minit ke-10 dan Zairul Fitree Ishak pada minit ke-28.

Jiran mereka Terengganu yang sebelum ini menduduki tangga ketiga merampas kedudukan kedua liga daripada Lions XII dari Singapura selepas mereka menewaskan
Sabah, 6-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Skuad Penyu membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit keempat sebelum penyerang import dari Liberia, Francis
Forkey Doe meledak dengan tiga gol pada minit ke-11, 13 dan 77.

Dua lagi gol pasukan itu dihasilkan oleh Abdul Manaf Mamat dan Joseph Kalang Tie pada minit ke-42 dan ke-79 manakala tiga gol Sabah dijaringkan oleh Zainizam Marjan pada minit ke-33, pemain import dari Australia, Brendan Gan (minit ke-44) dan Mohd Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-64.

Lions XII mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak menerusi sepakan penalti oleh ketua pasukan Shahril Ishak pada minit ke-72 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Selangor pula kembali ke landasan sebenar apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi jaringan pemain import dari Croatia, Bosko Balaban pada minit ke-58, P. Gunalan (minit ke-62) dan Mohd Amirul Hadi Zainal pada minit terakhir permainan.

Turut mencatat kemenangan ialah Negeri Sembilan yang menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Dua gol skuad Rusa dijaringkan pemain importnya dari Cameroon Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-24 dan pemain tengah S. Kunanlan pada minit ke-41
manakala jaringan tunggal pasukan pelawat diperoleh melalui ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-59.

T-Team pula mencipta kejutan dengan menewaskan tuan rumah Johor FC, 3-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Arthur Henrique Bernhardt membuka jaringan seawal minit keempat untuk pasukan tuan rumah tetapi T-Team menyamakan kedudukan melalui rembatan deras Mohd Faiz Subri dari luar kotak penalti pada minit ke-18.

Khairul Izwan Khalid menjaringkan gol kedua T-Team pada minit ke-79 sebelum Azrul Hazran Amiludin memastikan kemenangan mutlak pasukan bimbingan Yunus Aliff
menerusi jaringan pada masa kecederaan. - Bern

READ MORE

Piya Tekad Sekat Perak di Ipoh

Posted by JustKelantanFA On Friday, March 16, 2012 Comments


KAPTEN Kelantan, Mohd. Badri Radzhi atau lebih dikenali sebagai Piya mahu menjadikan pertemuan dengan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak esok sebagai medan untuk menebus keke- cewaan selepas tumbang 0-4 kepada lawan mereka itu musim lalu.

Pemain kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu berkata, peluang menentang Perak akan digunakan sebaik mungkin bagi membantu Kelantan meraih tiga mata penuh selepas tidak beraksi ketika mereka tewas 0-4 musim lalu.

"Musim lalu saya direhatkan gara-gara aksi kurang konsisten dan saya sekadar memanaskan bangku simpa- nan dalam pertemuan tersebut.

"Itu cerita musim lepas, perlawa- nan Sabtu ini (esok) cukup penting buat saya dan rakan-rakan untuk mendapatkan tiga mata, seterusnya menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Lions XII dan Terengganu," katanya di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, tempoh rehat selama seminggu sudah cukup buat mereka mengembalikan semula tahap kecergasan selepas mengharungi jadual yang ketat sebelum ini.

Perancang tengah The Red War- riors itu mengakui pertemuan dengan Perak bukanlah tugas mudah memandangkan skuad bimbingan Norizan Bakar dilihat cukup liat untuk dijinakkan, terutamanya beraksi di gelanggang sendiri.

Menurutnya, Perak merupakan sebuah pasukan yang kuat dan mempunyai ramai pemain hebat seperti Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Shahrulnizam Mustapha, Shafiq Jamal, dan tonggak import, Michael Kubala.

Tambahnya, kelibat pemain tersebut perlu diberikan perhatian oleh rakan- rakan sepasukannya kerana mereka cukup berbahaya sekiranya diberikan banyak ruang untuk bergerak.

Bagaimanapun katanya, dia telah bersiap sedia untuk mengharungi ujian getir tersebut dan menuntut rakan-rakan sepasukan untuk menjelmakan aksi terbaik dalam perla- wanan itu dengan meraih tiga mata penting.

"Turun tanpa Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Subra (S. Sub- ramaniam), saya yakin Kelantan tidak berdepan dengan masalah kerana kita ada ramai pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh mereka.

"Saya harap rakan-rakan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut. Tanpa Mat Yo, jentera serangan Kelantan tidak pincang kerana pemain lain seperti Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohammad, S. Chanturu dan lain-lain mampu menjaringkan gol, termasuklah Onyekachi Nwoha," ujarnya.

Mengulas mengenai corak latihan yang dijalankan pengendali kelahi- ran Croatia, Bojan Hodak, Piya berkata, dia selesa dengan apa yang telah diterapkan oleh jurulatih berkenaan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan corak latihan Hodak. Bagi saya, beliau seorang jurulatih yang mempunyai kepakaran tersendiri."


READ MORE

.:Views and Suggestions:.