• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

GEMPITA mahu berhimpun di FAM

Posted by JustKelantanFA On Sunday, April 1, 2012 Comments

“KAMI tidak berniat untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini pada 4 April ini tetapi kehadiran kami sebagai tanda memberi sokongan moral kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa.”

Demikian nada tegas Penyelaras Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (GEMPITA), Mohd. Shaharuddin Abdul Latif ketika mengulas mengenai kes Annuar yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu ini.

Ia ekoran tindakan Annuar yang didakwa mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal kepada pihak media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shaharuddin berkata, perhimpunan itu nanti akan diwakili oleh beberapa kelab, antaranya Kelab Rasmi Bola Sepak Kelantan, Cyber Bola Sepak Kelantan dan The Red Warriors Lembah Klang.

Katanya, kumpulan tersebut juga bakal disertai oleh beberapa kelab penyokong negeri lain yang akan turut ‘turun padang’ di Wisma FAM, Kelana Jaya nanti.

“GEMPITA tidak berniat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak diingini, sebaliknya kami percaya kemelut itu perlu diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Kami hadir bukan sahaja sebagai orang Kelantan tetapi sebagai peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

“Perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan kami tidak berniat untuk melakukan perkara yang tidak diingini seperti merusuh atau sebagainya.

“Kami berharap dengan kehadiran kami dapat menaikkan semangat Annuar dan kami menerima apa jua keputusan FAM dengan hati yang terbuka,” kata Shaharuddin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Shaharuddin menegaskan, keputusan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Annuar harus diadili dengan saksama tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM itu nanti harus adil.

“Kami bukan hendak menidakkan badan induk itu tetapi kehadiran Annuar dalam FAM sebenarnya satu bonus kepada bola sepak tempatan.

“Justeru, kami mahu satu keputusan yang adil, seterusnya mencerminkan ketelusan FAM,” katanya.

Sementara itu, lebih 500 penyokong setia The Red Warriors mengadakan demonstrasi aman di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu semalam sebagai membantah sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap Annuar.

Himpunan tersebut juga membuktikan tanda sokongan seluruh peminat bola sepak Kelantan terhadap Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

.:Views and Suggestions:.