• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan tetap beri tentangan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, March 27, 2012 Comments
Bojan Hodak


Selepas mencatat kemenangan 3-0, Kelantan tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada KL SPA pada pertemuan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam ini.

Kemenangan tersebut telah meletakkan The Red Warriors di landasan terbaik untuk mara ke pusingan separuh akhir, seterusnya memburu kejuaraan Piala FA 2012 selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.

Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, peluang beraksi di gelanggang sendiri mahu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendapatkan jaringan awal bagi menjarakkan kedudukan.

"Kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan ini. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku walaupun ketinggalan tidak mustahil mereka mampu bangkit untuk melakar kejutan dalam perlawanan ini.

"Jadi saya harap pemain dapat memberikan fokus pada perlawanan ini. Saya akui KL SPA sebuah pasukan yang hebat dan mampu memberikan saingan jika kita mengambil mudah perlawanan ini," katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Hodak memberitahu, dia menimbang untuk melakukan rombakan kecil dalam senarai kesebelasan utama.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, rombakan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangannya untuk merehatkan beberapa tonggak utama selepas mengharungi saingan getir pada aksi Liga Super dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini.

Menurutnya, peluang tersebut akan digunakan untuk menguji beberapa pemain yang sebelum ini jarang mendapat tempat dalam senarai kesebelasan utama.

"Ini merupakan peluang terbaik buat pemain baharu membuktikan kemampuan dan saya harap mereka dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik mungkin.

"Bagaimanapun semua ini bergantung selepas saya menilai tahap kecergasan pemain sama ada mereka bersedia untuk diturunkan atau tidak," ujarnya.

Tambahnya, beliau tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik, untuk memastikan kelantan layak ke pusingan separuh akhir.

.:Views and Suggestions:.