• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kemenangan keempat skuad Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Thursday, August 25, 2011 Comments


Kelantan berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam aksi persahabatan Pra Piala Malaysia yang akan membuka tirai 6 september ini apabila berjaya menundukkan pasukan berstatus kelab T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammed ke-IV,Kota Bharu,semalam.

Skuad Red Warriors berjaya menghapus dua badi kekalahan kepada pasukan tersebut dalam saingan liga super sebelum ini,dua gol dari jaringan ketua pasukan Badri Radzi dan satu gol dari pemain pinjaman Kelantan,Azamudin Akil sudah cukup untuk skuad Kelantan menewaskan pasukan berstatus kelab tersebut.

Kelantan terlebih dahulu didepan apabila berjaya mendapatkan tendangan penalti setelah ketua pasukan T-Team,Rosdi Talib menjatuhkan Norshahrul Idhlan Talaha dalam kotak penalti sebelum disempurnakan oleh Badri Radzi pada minit ke-14.

T-team berjaya menyamakan kedudukan apabila berjaya mendapat tendangan penalti hasil jaringan Fitri Omar pada minit ke-25 apabila pengadil mendapati Shahrizan mengasari pemain T-team.Kelantan sekali lagi berada di depan pada minit ke-37 apabila Azamudin Akil bijak menyempurnakan bola hantaran S.Chanturu untuk menerjah ke jaring pelawat.

Bersambung separuh masa kedua,stadium Sultan Muhammed sekali lagi bergema apabila Badri Radzi berjaya menjaringankan gol kedua peribadinya pada minit ke-63 hasil larian solo dari tengah padang menewaskan pertahanan T-team sebelum melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol T-team yang dikawal Jibrail Kamaron.

Perlawanan akan datang,Kelantan akan menentang kelab dari Thailand iaitu Songkhla Fc pada 26 ogos di Thailand untuk menamatkan kempen aksi persahabatan pra Piala Malaysia ini.

.:Views and Suggestions:.