• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly Match: Kelantan [1] VS Selangor [0]

Posted by JustKelantanFA On Thursday, August 18, 2011 Comments


Kelantan lebar rekod tanpa kalah!

Skuad Kelantan terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada musuh tradisi,Selangor sejak 2009 apabila berjaya menundukkan kelab yang berpangkalan di lembah Klang itu dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan persahabatan bagi persiapan kedua-dua pasukan menjelang perlawanan Piala Malaysia akan datang di Stadium Shah Alam,semalam.

Pemain pinjaman Kelantan,Azamuddin Akil menjadi pemusnah kepada harapan gergasi merah kuning untuk mencipta kemenangan pertama keatas skuad Red Warriors setelah dikecewakan empat kali dalam perlawanan tahun ini.Jaringan pada minit ke-29 menjadi pemisah kepada Kelantan untuk melebarkan rekod kemenangan keatas Selangor.

Separuh masa pertama menunjukkan skuad Kelantan menguasai perlawanan dengan mencipta beberapa gerakan yang hampir mencipta jaringan,tetapi berjaya dinafikan barisan pertahanan Selangor yang diketuai Razman Roslan.

Bersambung separuh masa kedua,Selangor dilihat lebih banyak mengasak untuk memburu jaringan penyamaan dengan melakukan beberapa percubaan ke arah gawang yang dikawal oleh Shahrizan Ismail tetapi dinafikan oleh penjaga gol kedua The Red Warriors tersebut.

Tambahan masa dua minit diberikan oleh pengadil tetapi kedua-dua pasukan gagal untuk mencipta sebarang jaringan.Tamat perlawanan Kelantan menang 1-0 merupakan kemenangan kedua skuad Red Warriors dalam aksi persahabatan di lembah Klang dan perlawanan ketiga bakal bertemu dengan skuad PDRM di Stadium Selayang malam ini..


.:Views and Suggestions:.