• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan FA [1] vs [1] Persebaya FC

Posted by JustKelantanFA On Saturday, December 24, 2011 Comments



Video Highligt Kelantan lwn Persebaya



Walaupun beraksi sembilan pemain, Kelantan berjaya mengikat juara Liga Perdana Indonesia, Persabaya Surabaya 1-1 dalam perlawanan persahabatan pertama Piala Perpaduan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Keputusan itu turut menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi Piala Permai yang dikhususkan untuk perlawanan tersebut.

Dalam aksi berkenaan, Juara Liga Super musim lalu, Kelantan terlebih dahulu meraih jaringan gol menerusi Indra Putra Mahayuddin selepas menerima hantaran cantik daripada Farhan pada minit ke-60.

Kegembiraan itu nyata tidak bertahan lama apabila Persabaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisanya, Andik yang bijak mengawal bola didepan gol Kelantan sebelum merembat deras pada minit ke-28.

Bagaimanapun, aksi persahabatan itu dicemari dua layanan kad merah yang diperolehi pemain Kelantan. Pemain pertahanan, Azizi Matt Rose dihalau keluar apabila dia dipersalahkan kerana menarik muka pemain Persebaya, Alessandro pada minit ke-34.

Manakala satu lagi kad merah diperolehi pemain muda Kelantan, Shahrul Azim apabila menerima kad kuning kedua selepas menolak pemain lawan dalam keadaan kekeliruan di minit ke-69.

Beberapa peluang keemasan dilepaskan oleh kedua-dua pasukan, terutamanya pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar yang kerap kali gagal menyempurnakan peluang didepan pintu gol.

Pada minit ke tiga perlawanan, bola sentuhannya begitu terlalu lemah sebelum diselamatkan penjaga gol lawan. Pada minit ke-25, Ghaddar sekali lagi lambat untuk menyudahkan hantaran menarik daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Perlawanan timbang balik Piala Perpaduan akan berlangsung di Surabaya, Indonesia pada 28 Disember ini.

.:Views and Suggestions:.