Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.
.:Follow Us:.
Kelantan mahu menang semua Piala
Posted by JustKelantanFA
On
Monday, December 19, 2011
Kelantan mahu menang semua Piala
2011-12-19T08:53:00+08:00
JustKelantanFA
Comments (0)

Selepas mendahului pasukan lain dalam mendapatkan pemain import,Kelantan kini berada dilandasan terbaik untuk menampilkan aksi terbaik saingan musim baru Liga Super dengan mengelak sebarang kekalahan.
Walaupun sedar jumlah perlawanan yang terpaksa diharungi musim depan bertambah kepada 60 perlawanan termasuk membabitkan saingan Piala AFC, ia bukan alasan untuk gagal, sebaliknya Red Warriors tampil dengan cita-cita besar untuk merangkul semua trofi dipertandingkan.
“Setiap perlawanan adalah penting dan kami memandang serius setiap cabaran yang akan bermula tidak lama lagi. Berdasarkan prestasi sekarang, saya yakin dengan kemampuan pemain termasuk dua import yang kita daftarkan.
“Saya mahu lihat Kelantan mampu mengharungi saingan liga tanpa kekalahan dan kalau seri sekali pun, tidak mengapa asalkan kita tidak mengalami kekalahan,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Nada keyakinan Annuar itu jelas menunjukkan kesungguhan barisan bimbingan Peter Butler untuk kembali menggegar pentas Liga Malaysia terutama selepas Piala Malaysia terlepas daripada genggaman.
Sebelum memulakan aksi pembuka tirai perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah menentang juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan, juara bertahan Liga Super 2011 itu akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sebagai pendedahan berkualiti tinggi kepada pemain.
“Kita akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dan merancang menentang juara Piala FA, Terengganu,” katanya.
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Kelantan mahu menang semua Piala
2011-12-19T08:53:00+08:00
JustKelantanFA