• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan belum layak dipuji

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, December 21, 2011 Comments



Skuad Red Warriors belum layak untuk diberi pujian sepenuhnya sebaliknya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Ini kata jurulatihnya, Peter James Butler merujuk persembahan pasukan tersebut ketika menentang T-Team pada aksi persahabatan di sini, baru-baru ini yang berakhir Kelantan menang 2-0.

“Melihat kepada corak permainan pada perlawanan tempoh hari kita mampu menjaringkan banyak gol.

“Kita boleh menang lima gol, tapi oleh kerana beberapa kelemahan membuatkan pasukan hanya menang dua gol sahaja.

“Saya mahu menang setiap perlawanan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, semalam.

Tambah Butler, berdasarkan pengalamannya membimbing Kelantan sebelum ini, ia merupakan satu cabaran besar buat dirinya kerana peminat negeri ini sentiasa ingin menyaksikan kemenangan pasukan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemajuan prestasi yang dipamerkan anak didiknya menerusi sesi latihan sepanjang dua minggu termasuk beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum ini.

Beliau berkata, pada asasnya semua pemain termasuk pemain import menunjukkan peningkatan prestasi baik.

Namun jelasnya, dalam bola sepak tidak boleh diam dari melakukan perubahan dari masa ke semasa secara optimum.

Sehubungan itu, beliau berharap, empat perlawanan persahabatan dalam tempoh dua minggu ini akan menjadi medan ujian pasukan tersebut dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Perlawanan tersebut akan digunakan dengan sebaik mungkin bagi menilai tahap kecergasan dan kesebelasan utama dalam pasukan,” katanya.

.:Views and Suggestions:.