• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors tewas di halaman sendiri

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 25, 2011 Comments
Kelantan terpaksa akur apabila ditundukkan 2-1 kepada pasukan berstatus kelab T-Team di halaman sendiri malam tadi.Bagi perlawanan liga super musim ini rekod sekuad The Red Warriors yang belum pernah tewas dihalaman sendiri akhirnya lebur.

Tiga trio utama pemain T-Team yang juga merupakan bekas pemain Kelantan tahun lepas berjaya membuktikan kehebatan mereka bersama pasukan baru, akan kehadiran mereka sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepada pasukan mereka.

Salah seorang daripadanya,Indra membuktikan kehebatannya apabila meledakkan gol kemenangan untuk pasukan T-Team lewat masa tambahan dihadapan ribuan bekas penyokong fanatiknya.Gol pertama pasukan pelawat hadir pada minit ke-45 apabila bola hantaran Norfarhan dipercayai telah keluar garisan disambut melalui tandukkan oleh Mohd Badrul Hisani.Keadaan sedikit tegang selepas itu,apabila penonton kurang berpuas hati keatas gol yang dihasilkan oleh pasukan pelawat kerana bola dipercayai keluar garisan.

Pemain Kelantan tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan,akhirnya pada minit ke-85 gol yang dicari berjaya dihasilkan oleh Nurul Azwa Roya yang berjaya menjaringan gol cantik mengelirukan penjaga gol pelawat.

Masuk masa tambahan,kegairahan pemain Kelantan untuk memburu gol kemenangan akhirnya terhenti apabila Indra Putra menjaringankan gol kedua buat T-Team.

Bagi perlawanan seterusnya Kelantan akan melayan kunjungan sekuad Pahang di halaman sendiri pada hari sabtu ini.

.:Views and Suggestions:.