• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors Perlu Bangkit

Posted by JustKelantanFA On Saturday, May 28, 2011 Comments

Perlawanan antara Kelantan dan Pahang malam ini dianggap perlawanan penentuan dan hala tuju bagi sekuad The Red Warriors,sama ada mampu menggugat kedudukan pendahulu liga super Terengganu yang hanya dibezakan dengan tiga mata dihadapan,ketika saingan liga masih berbaki empat perlawanan.

Pada perlawanan sebelum ini,sekuad Kelantan telah tewas tipis 1-2 kepada T-Team buat pertama kali di halaman sendiri bagi saingan liga musim ini.Malam ini Stadium Sultan Muhammed IV, sekali akan menjadi saksi sama ada sekuad The Red Warriors mampu bangkit untuk menggugat kedudukan Terengganu selaku pendahulu.

Pada saingan pusingan pertama liga,sekuad Kelantan telah tewas 2-0 kepada pahang di halaman lawan dan malam ini akan menjadi titik tolak kebangkitan The Red Warriors jika hasrat ingin mencapai piala liga super buat pertama kali.

Semangat ingin menang perlu ada bagi setiap pemain-pemain The Red Warriors malam ini, kerana lebih 25,000 penyokong setia akan terus memberi sokongan di Stadium keramat The Red Warriors.

Jika The Red Warriors menang malam ini,selain mengharapkan Terengganu seri atau tewas kepada pasukan Kedah, maka saingan untuk memburu puncak liga akan kembali terbuka kerana perlawanan selepas ini Kelantan akan membuat perhitungan dengan Terengganu bagi saingan liga super sebelum perlawanan akhir Piala FA yang juga merupakan lawan yang sama.


Ramalan jaringan dari Bolakelateloni:

KELANTAN 2 : 0 PAHANG

.:Views and Suggestions:.