• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Tahniah Red Warriors:Kejuaraan Liga kembali terbuka

Posted by JustKelantanFA On Saturday, May 28, 2011 Comments


The Red Warriors kembali membuka ruang untuk memburu kejuaraan liga super pertama kali bagi negeri Kelantan apabila berjaya menundukkan Pahang dengan jaringan 1-0 sebentar tadi, manakala nasib yang berbeza pula menerima pendahulu liga sebelum ini,Terengganu apabila tewas pertama kali di halaman sendiri kepada kedah juga dengan jaringan yang sama.

Gol jaringan Kelantan dihasilkan oleh ketua pasukan iaitu Muhd Badri pada minit ke-10 yang menerima hantaran bola daripada Nurul Azwan Roya.Persaingan liga super nampak semakin sengit dengan baki tiga perlawanan yang harus ditempohi setiap pasukan.

Pasukan yang layak untuk menggangkat kejuaraan liga super bagi tahun ini ialah pasukan yang mampu mempamerkan aksi yang konsisten dalam baki tiga perlawanan yang masih ada dan mampu untuk mencipta kemenangan bagi ketiga-tiga perlawanan.Bagi pasukan Kelantan lawan yang ditemui dalam baki tiga pasukan selepas ini ialah bukan calang-calang pasukan mereka pernah menewaskan Kelantan sebelum ini,iaitu pasukan Perak pada pusingan pertama liga super ditempat lawan,selain keputusan seri dengan Sabah dan Terengganu di tempat sendiri.

Perlawanan akan datang ialah sekuad Kelantan akan berkunjung ke Kuala Terengganu untuk baki saingan liga super seterusnya,ini merupakan peluang terbaik untuk sekuad The Red Warriors mencipta kemenangan ,kerana kekecewaan sekuad Terengganu yang tewas pertama kali di halaman sendiri kepada pasukan Kedah dalam perlawanan sebentar tadi pasti akan terasa.


Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, S Subramaniam (Wan Rohaimi Wan Ismail), Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Mohd Izuan Salahuddin), S Chanturu (Muhammad Ramzul Zahini Adenan) dan Norshahrul Idlan Talaha.



FORMASI : 4-4-2


PAHANG : Mohd Rosfaizul Azuar Ali, Mohd Saiful Nizam Miswan, Jalalludin Abu Jaafar (KP), Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Zaiza Zainal Abidin (Muhammad Syawal Norsam), Mohd Hazri Rozali, R Surendran (Mohd Faizol Hussin), Famirul Asraf Sayuti, Mohd Munir Amran, Azammuddin Mohd Akil dan Mohd Shafie Zahari.


FORMASI : 4-4-2



.:Views and Suggestions:.