• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors Sekadar Seri

Posted by JustKelantanFA On Monday, May 23, 2011 Comments

Kelantan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila sekadar seri 2-2 ketika bertemu sekuad Harimau Muda A yang dibarisi pemain sekuad Olimpik Negara di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Sekuad The Red Warriors terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan tuan rumah seawal minit ke-13 melalui Izzat Faris Ramlan menumpaskan Khairul Fahmi.

Selepas jaringan itu,kelantan berjaya melakukan beberapa asakan ke kubu tuan rumah.Akhirnya pada minit ke-32 Kelantan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukkan S.Chanturu hasil hantaran daripada Muhd Badri Radzi.

Bersambung separuh masa kedua,sekuad The Red Warriors menguasai perlawanan tetapi buntu untuk menambah jaringan.

Pada minit ke-70,Izzat Faris sekali lagi menghampakan peminat The Red Warriors apabila menjaringkan gol kedua buat dirinya untuk Harimau Muda hasil hantaran dari Fandi Othman yang menewaskan Khairul Fahmi.

Perlawanan hampir kesudahan dengan keputusan The Red Warrior tewas,tetapi 4 minit sebelum perlawanan tamat,Norshahrul Idhlan muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-86 yang menceriakan kembali penonton setia yang hadir.


.:Views and Suggestions:.