• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Red Warriors Kembali Rampas Pendahulu Liga

Posted by JustKelantanFA On Thursday, May 19, 2011 Comments

Kelantan Kembali merampas pendahulu liga super daripada Selangor, apabila berjaya menewaskan Felda United dengan jaringan 3-1 sebentar tadi di Stadium Cheras,Kuala Lumpur.Selangor pula menerima nasib berbeza apabila tewas kepada T.Team 2-1 pada pertemuan sebelah petang tadi.

Sekuad The Red Warriors hampir dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah seawal minit ke-4 apabila pengadil memberikan sepakkan penalti kepada tuan rumah kerana mengatakan bola yang dihantar oleh pemain Felda terkena tangan Farisham dalam kotak penalti.Tetapi tendangan yang dilakukan oleh pemain Felda United dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

Gol pembukaan The Red Warriors diperolehi melaui tandukkan kapten pasukan,Badri Radzi pada minit ke-38 hasil hantaran Daudsu.Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan akhirnya gol kedua The Red Warriors menyusul pada minit ke-56 hasil jaringan sendiri pemain tuan rumah,Rashid Mahmud yang gagal menolak keluar bola bahaya dalam kotak penalti.

Pada minit ke-84 Felda United merapatkan kedudukan melalui jaringan Hasmarul Fadzir.Kelantan menambah derita tuan rumah apabila pengadil memberi tendangan penalti apabila Nurul Azwa Roya dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Felda United yang disempurnakan oleh Norshahrul Idhlan untuk gol ketiga The Red Warriors.

Tamat perlawanan Kelantan 3-1 Felda United.



.:Views and Suggestions:.