• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Piala FA-Semi Final 1: Red Warriors atau Red Giants

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 11, 2011 Comments


Kelantan sekali lagi bakal membuat perhintungan dengan sekuad gergasi bola sepak dari lembah klang, Selangor bagi saingan separuh akhir pertemuan pertama Piala Fa yang dijadualkan berlansung 13 mei ini di Shah Alam,dan 16 mei timbal balik di Stadium Sultan Muhammed IV.Kehebatan pasukan masing-masing sudah teruji dalam pertemuan dua perlawanan liga pada musim ini.

Berdasarkan rekod pada tahun ini,kedua-dua perlawanan di menangi oleh sekuad The Red Warriors yang berpangkalan di Kota Bharu ini.Pertemuan pertama ialah ketika perlawanan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam yang mana sekuad Red Giants dibelasah 2-0,manakala pertemuan kedua ialah ketika perlawanan kedua di Stadium Sultan Muhammed IV dimana Kelantan menang tipis 1-0.

Berdasarkan rekod di atas kertas jelas berpihak kepada Sekuad The Red Warriors.Tetapi dalam misi untuk Piala Fa ini tentu amat berbeza bagi kedua-dua pasukan ini.Bagi Jurulatih The Red Warriors beliau enggan mendabik dada dengan kemenangan yang lepas dan ingin anak-anak buahnya memberikan fokus 100% ketika bertemu pihak lawan.Katanya.Bagi jurulatih Selangor pula K.Devan yakin yang anak buahnya mampu memenangi perlawanan ini.




Pertembungan dalam perlawanan ini dijangka akan menarik ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang akan memenuhi segenap ruang di Stadium Shah Alam pada malam jumaat ini.Kehadirin peminat sekuad The Red Warriors sekitar lembah Klang sahaja di jangkakan ribuan yang hadir kerana lokasi ini terlalu ramai peminat Red warriors yang berhijrah kerja disini yang dahagakan penampilan pasukan kesayangan mereka ini untuk bermain disini.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai misi yang sama iaitu memenangi perlawanan ini untuk di bawa bekal perlawanan ketika pusingan kedua yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV nanti.

Jika Sekuad The Red Warriors memenangi pusingan separuh akhir nanti,lawan yang akan ditemui dalam final adalah kedua-dua pasukan dari Pantai Timur iaitu Terengganu atau Pahang.Sejarah baru akan tercipta jika Sekuad The Red warriors berjaya membuat kejutan ke atas pasukan Selangor.

Perjalanan masih jauh,sama-sama kita nantikan perlawanan yang penuh mendebarkan hujung minggu ini.Diharapkan Red Warriors sekali lagi mampu membuat kejutan yang terbaik buat peminat-peminat kesayangan mereka.


.:Views and Suggestions:.