• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Amukan The Red Warriors!!!

Posted by JustKelantanFA On Saturday, May 14, 2011 Comments


Kelantan berjaya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya menundukkan Selangor 5-1 di halaman lawan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Fa di Stadium Shah Alam,malam tadi.

Sekuad The Red Warriors mula mengasak ke kubu lawan seawal minit ke-3 permainan apabila cubaan Nurul Azwan dari jarak 30 meter sedikit terkena tiang gol.Selepas itu Kelantan tidak perlu menunggu lama apabila minit ke-11 Ramzul Zahini berjaya menembusi gawang Selangor yang dikawal Saiful Amar Sudar yang gagal menangkap kemas bola percubaan Norshahrul.

Gandingan Norshahrul dan Ramzul sekali lagi membuahkan hasil apabila Norshahrul bijak memberi lorongan yang menarik untuk disudahkan oleh Ramzul pada minit ke-40 untuk gol kedua perlawanan.Selang 3 minit kemudian Kelantan berjaya sekali lagi menambah jaringan hasil daripada jaringan kapten pasukan Badri Radzi yang menerima hantaran dari Nurul Azwan Roya.

Bersambung babak kedua perlawanan,Kelantan terus bernafsu memburu jaringan apabila Nurul Azwan Roya berjaya menembusi gawang Selangor hasil sepakan kencang di dalam kotak penalti yang tidak di kawal oleh pertahanan tuan rumah pada minit ke-67.

Norshahrul terus menambah derita Selangor apabila bijak menjaringankan gol hasil bola hantaran Khadid Jamlus pada minit ke-71 untuk menambah gol ke-5 sekuad The Red Warriors.Pada minit-minit terakhir perlawanan Selangor akhirnya dapat gol saguhati hasil daripada sepakan Amri Yah Yah yang gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi.

.:Views and Suggestions:.