• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan Terpaksa Akur....

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, May 11, 2011 Comments

Kelantan akhirnya terpaksa akur sekadar seri di halaman lawan apabila sekadar seri 0-0 pada perlawanan liga super bertemu Negeri Sembilan semalam.Sekuad The Red Warriors terpaksa melepaskan takhta liga kepada Selangor yang dibezakan dengan dua jaringan.

Separuh masa pertama jelas penguasaan penuh oleh anak buah M.karathu apabila berjaya mencipta ruang untuk menghasilkan gol tetapi kegagalan penyudah sedikit merencatkan Kelantan untuk mendahului tuan rumah.

Pada minit ke-33 S.chanturu hampir membahagiakan penyokong setia Red Warriors yang datang apabila berjaya meloloskan diri daripada pertahanan Negeri Sembilan dan penjaga gol mereka untuk menjaringkan gol pertama Kelantan,tetapi penjaga garisan menafikan dengan mengatakan berada dalam keadaan offside.

Beberapa percubaan daripada tuan rumah juga berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol The Red Warriors,Khairul Fahmi.

Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan hampir berjaya mendapat mata penuh apabila Khalid Jamlus berjaya meloloskan diri daripada pertahanan untuk menyambut hantaran lintang daripada S.Chanturu ke dalam gol menewaskan Farizal Harun sebelum penjaga garisan mengangkat bendera mengatakan berada dalam posisi offside.


.:Views and Suggestions:.