• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Negeri Sembilan FA

Posted by JustKelantanFA On Sunday, May 8, 2011 Comments




Kelantan bakal bertandang ke Stadium Paroi,Negeri Sembilan,bagi pertemuan dengan pasukan itu untuk pertembungan seterusnya perlawanan ke sembilanbelas bagi kedua-dua pasukan dalam saingan liga super musim ini.

The Red Warriors turun selaku pendahulu Liga,memikul tanggungjawab yang besar dalam mengekalkan kedudukan teratas dan perlu mengutip tiga mata sekiranya ingin terus menjadi pendahulu liga.Selangor dan Terengganu ketika ini cuba untuk memintas pasukan Kelantan dan sekiranya anak-anak buah M.Karathu alpa mungkin pendahulu liga akan jatuh ke tangan mereka.

Rata-rata peminat The Red Warriors yang ditemui,mengatakan yang Kelantan akan berjaya menewaskan pasukan Hobeng Jang Hobeng bagi mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah bagi saingan pusingan kedua liga super musim ini walaupun bertandang ke tempat lawan.

Namun begitu pemain-pemain The Red Warriors perlu berhati-hati dengan gaya permainan penyerang tuan rumah yang mempunyai kelebihan tandukkan melalui bekas pemain Kelantan iaitu Hai-O dan beberapa lagi pemain bintang yang ada dalam sekuad Hobeng.Dengan kemenangan sahaja dapat menjamin pasukan The Red Warriors yang berpengkalan di Kota Bharu ini untuk terus mempertahankan kedudukan di persada liga.

Semoga Kelantan berjaya mencapai kemenangan dalam perlawanan ini..gomo Kelate gomo..


.:Views and Suggestions:.