• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Liga Super [2011] : Kelantan FA Lwn Kedah FA

Posted by JustKelantanFA On Thursday, May 5, 2011 Comments


Kelantan bakal berdepan laluan sukar untuk mempertahankan takhta Liga Super apabila dijadualkan akan menentang Kedah di halaman sendiri malam esok(hari ini).Berdasarkan rekod yang lepas pasukan Kedah merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan sekuad The Red Warriors di Stadium Kota Bharu dalam perlawanan liga super 2010.

Akan Tetapi berdasarkan pecapaian semasa sekuad M.Karathu perkara ini perlu menjadi perhatian sekuad Wan Jamak jika ingin membawa 3 mata dari Kota Bharu atau sekurangnya 1 mata dapat dibawa bekal ke Kedah.Sudah tentu malam esok tidak akan diberi laluan yang mudah oleh Sekuad The Red Warriors kepada sekuad Sang Kenari kerana dengan kemenangan sahaja dapat menjarakkan mata dengan pasukan kelompok teratas liga ketika ini.

Mendengar taklimat dari M.Karathu ketika sesi latihan

Pasukan Selangor ketika ini berkongsi mata dengan Kelantan yang hanya dibezakan dengan jaringan dijangka akan mudah menewaskan lawan yang ditemui termasuk juga dengan Terengganu yang hanya beza 1 mata di tangga ketiga liga ketika ini, turut mendapat lawan yang mudah bagi perlawanan kali ini.

Pertemuan malam esok cukup penting bagi The Red Warriors dalam usaha untuk terus menjarakkan kedudukan dengan Selangor dan Terengganu.


Kapten pasukan, Piya sekali lagi menjadi taruhan

Ketua pasukan Kelantan,Piya sekali lagi menjadi taruhan pengendali The Red Warriors untuk mengemudi jentera tengah agar berjaya menghasilkan peluang kepada barisan serangan yang diketuai penyerang prolifik Kelantan Norshahrul untuk merobek pintu gol sekuad Kenari malam esok(hari ini).

Jika pemain Kelantan menggunakan peluang yang terhidang sebaik mungkin InsyaAllah kemenangan akan dapat dikecapi oleh Sekuad The Red Warriors malam esok.

gomo kelate gomo...

.:Views and Suggestions:.