• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Mohamad Ghaddar sah milik Kelantan

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, November 8, 2011 Comments

Kelantan akhirnya mengesahkan mendapat khidmat penyerang skuad kebangsaan Lubnan,Mohamad Ghaddar bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim hadapan dengan kontrak selama dua tahun.

Selain penyerang dari Lubnan ini,Kelantan juga telah mengikat dua pemain import dari Ghana,iaitu Denny Antwi dan Emmanuel Okime yang baru berusia 18 tahun ketika ini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didalam satu majlis pegumuman pemain yang bakal membarisi skuad Red Warriors musim hadapan di Kelantan Trade Canter (KTC) pagi tadi, selain kehadiran semula tiga trio pemain yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,iaitu Indra,Farhan dan Azizi yang akan memperkuatkan lagi barisan skuad Kelantan musim hadapan.


.:Views and Suggestions:.