• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Friendly Match: Kelantan Fa [4] vs [2] ATM Fc

Posted by JustKelantanFA On Sunday, November 27, 2011 Comments
Skuad Kelantan terus mencipta kemenangan ketiga berturut-turut dalam siri perlawanan persahabatan pra musimnya apabila menjadikan ATM Fc mangsa terbaru di Stadium MBPJ,dengan jaringan 4-2 malam tadi.

Pemain import dari Ghana,Dany Antwi muncul wira skuad Red Warriors apabila berjaya mencipta hatrik pertamanya sepanjang perlawanan persahabatan.Kelantan yang dilihat menguasai separuh masa pertama berjaya membolosi jaring pihak lawan sebanyak tiga kali sebelum Atm mendapat gol pertama melalui tendangan penalti apabila salah seorang pemain mereka dikasari didalam kotak penalti .

Bersambung babak kedua,Kelantan dilihat hilang fokus apabila beberapa pertukaran dibuat oleh ketua jurulatih Kelantan Peter Butler dengan memasukkan beberapa pemain muda,dengan Atm cuba merapatkan kedudukan dengan jaringan kedua mereka.

Dany Atwi sekali lagi menambah derita Atm apabila berjaya menjaringkan gol ketiga peribadinya apabila berjaya menyempurnakan tendangan penalti yang diperolehi.

Tamat perlawanan Kelantan 4-2 Atm.

.:Views and Suggestions:.