• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

Kelantan tewaskan Maldives

Posted by JustKelantanFA On Saturday, November 19, 2011 Comments

Kelantan berjaya menewaskan pasukan kebangsaan Maldives 2-1 dalam siri perlawanan pra musim bagi perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Stadium MBPJ semalam.

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan skuad Kelantan seawal minit ke-5 apabila penyerang utama skuad mereka,Ali Ashfaq berjaya menewaskan Syazwan,penjaga gol no 3 Kelantan yang baru diserapkan dari skuad Piala presiden.

Kelantan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22,melalui pemain import dari Ghana,Danny Antwi yang berjaya menyudahkan bola hasil hantaran seorang lagi pemain import yang dalam percubaan bersama Kelantan iaitu Zakaria dari Lubnan.

Bersambung separuh masa kedua,Kelantan berjaya melakukan beberapa cubaan kearah pintu gol lawan tetapi gagal disempurnakan oleh barisan penyerang yang diturunkan.Kelantan bermain tanpa diturunkan beberapa tonggak utama pasukan.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan seri 1-1,Dany Antwi sekali lagi muncul wira apabila berjaya membolosi gol pelawat pada minit-minit akhir perlawanan yang menceriakan ribuan penyokong setia The Red Warriors yang hadir ke stadium semalam.

Selepas ini,Kelantan akan mengadakan siri pra musim seterusnya yang dijadualkan bakal bertemu dengan kelab Singapura disana.

.:Views and Suggestions:.