• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors tewaskan Red Giants

Posted by JustKelantanFA On Wednesday, April 27, 2011 Comments
Norshahrul cuba melepasi pemain pelawat

Kelantan sekali lagi berjaya merebahkan sekuad gergasi merah kuning dihalaman sendiri, apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada perlawanan liga super bagi perlawanan ke lima belas di Stadium keramat The Red Warriors malam tadi.

Beraksi di hadapan hampir 25000 ribu penyokong setia,sekuad The Red Warriors berjaya membolosi gawang pelawat seawal minit ke-5,oleh penyerang prolifik negara iaitu Norshahrul Idhlan Talaha apabila berjaya menanduk bola terus ke gawang Selangor yang dikawal oleh Saiful Amar Sudar hasil lontaran Daudsu sebelum ditanduk kebelakang oleh ketua pasukan Muhd Badri Radzi.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan,pada minit-23 Selangor hampir menyamakan kedudukan,tetapi tandukkan Nasriq Baharom hasil sepakan percuma daripada Amri Yahya,sedikt melepasi palang gol.Pada minit-28 Norshahrul sekali lagi berjaya mencemaskan benteng pelawat apabila tendangannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar.

Bersambung babak kedua perlawanan Selangor sekali lagi hampir berjaya menyamakan kedudukan melalui ketua pasukan Amri Yahya tetapi sepakan dari sebelah tepi sekadar mengegar tiang.Berselang beberapa minit kemudian sekuad The Red Warriors hampir menambah jaringan apabila hantaran Norshahrul kepada Nurul Azwan Roya yang tidak dikawal oleh benteng pertahanan pelawat terus merembat kencang ke arah gawang pelawat sedikit terkena pertahanan Selangor.

Pada perlawanan akan datang sekuad The Red Warriors akan menerima kunjungan sekuad Kuala Lumpur bagi perlawanan seterusnya.



KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, S Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Mohd Izuan Salahuddin), Muhd Badhri Radzi (KP) (Khairan Eruan Razali), Mohd Shakir Shaari, Danial Fadzly Abdullah (Mohd Nizab Ayub), S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

Formasi: 4-3-1-2




SELANGOR: Saiful Amar Sudar, Mohd Nasriq Baharom, P Gunalan, Mohd Razman Roslan (D Surendran), Yosri Derma Raju, Azidan Sarudin (Mohd Fadzli Shaari), Mohd Hardi Jaafar, Mohd Bunyamin Umar, Mohd Amirulhadi Zainal (Mohd Fitri Shazwan Raduwan), Shafiq Rahim dan Mohd Amri Yahyah (KP).

Formasi: 4-5-1

.:Views and Suggestions:.