• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warrior terus Mengganas

Posted by JustKelantanFA On Friday, April 22, 2011 Comments
Penjaga gol Perlis tewas dengan gol pertama dari Izuan


Kelantan terus mengganas apabila berjaya sekali lagi menundukkan pasukan tercorot liga Perlis iaitu lawan yang sama yang ditewaskan 5-1 minggu lepas.Pertemuan yang berlansung di Kota Baharu, bagi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super sekuad The Red Warriors berjaya menundukkan Perlis dengan jaringan 4-0.

Jaringan-jaringan kelantan dihasilkan oleh Izuan Solahudin(min-43),Norshahrul idhlan(min 49),Nizad Ayub(min-70)dan Badri Radzi(min-75).Kelantan juga mempunyai beberapa lagi peluang untuk menambah jaringan tetapi tiang dan palang gol menjadi penghalang untuk sekuad The Red Warriors untuk menambah koleksi jaringan ketika penjaga gol perlis sudah tertewas di gawang.

Dengan kemenangan ini,Kelantan telah melonjak tangga kedua liga dan menunggu keputusan antara Terengganu lawan Perak esok,sama ada kedudukan The Red Warriors akan terus selamat di tangga kedua liga.

Pendahulu liga Selangor sudah pastinya akan cuba menjarakkan kedudukan dengan Kelantan yang mengekori rapat mereka apabila membuat kunjungan ke Stadium Likas,untuk membuat perhintungan dengan Sabah esok.

Kemenangan malam ini,agar dapat memberi motivasi kepada pemain The Red Warriors untuk menewaskan Selangor pada pertemuan liga super akan datang yang di jadualkan pada 26 April ini yang disiarkan secara lansung Astro Arena.Pertemuan ini dijangkakan akan menarik dengan kedua-dua pasukan ingin membuktikan siapa lebih hebat dalam Liga Malaysia ketika ini.

Sama-sama kita memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita..gomo Kelate gomo..

.:Views and Suggestions:.