• The Fortress Stadium.
  • Kesebelasan Utama Kelantan vs Malaysia.
  • Kesebelasan Utama Kelantan lwn Selangor PKNS.
  • Penyokong Kelantan di Stadium Jalan Besar,Singapura.
  • Lakaran Stadium baru Kelantan.
Blog sukan bolasepak tempatan yang memaparkan bolasepak Kelantan dengan pelbagai cerita,rumours,kupasan isu semasa dan kontroversi pemain,jurulatih dan persatuan.

.:Follow Us:.

The Red Warriors Mengganas

Posted by JustKelantanFA On Tuesday, April 19, 2011 Comments





Kelantan akhirnya bangkit daripada dua perlawanan lesu sebelum ini dengan menidakkan peluang Perlis untuk mendapat tiga mata di tempat sendiri, apabila berjaya menundukkan tuan rumah dengan jaringan cukup besar iaitu 5-1 malam tadi.

Perlawanan ini bertambah menarik apabila ketua pasukan Kelantan iaitu Muhd Badri (Piya) berjaya mencipta hatrik pada perlawanan ini dan dua gol lagi dihasilkan oleh penyerang prolifik negara dan Kelantan Norsharul idhlan Talaha.



Pada perlawanan ini,Kelantan telah naik satu anak tangga kepada kedudukan ketiga didalam liga dengan perbezaan 5 mata dengan pendahulu liga Selangor dan beza 1 mata dengan Terengganu yang menduduki tangga kedua liga.

Seluruh penyokong setia The Red warriors melahirkan rasa Syukur kerana skuad kesayangan mereka ini telah membuktikan mereka mampu untuk terus mencabar kedudukan pendahulu liga dan pada perlawanan malam tadi semua pemain telah membuktikan mereka mampu untuk merealisasikan hasrat peminat-peminat setia mereka untuk melihat mereka berjaya menewaskan lawan mereka.

Kehadiran 3 trio utama pemain The Red Warriors yang tidak dapat diturunkan ketika bertemu Sabah tempoh hari akibat daripada menerima 3 kad kuning dan kecederaan telah banyak memberi perubahan kepada pemainan malam tadi.Kehadiran mereka telah memberi suntikan semangat kepada rakan-rakan untuk mencipta kemenangan.Pada perlawanan ini mereka telah membuktikan mereka mampu untuk mencipta kemenangan pada masa akan datang.

Kepada pemain-pemainThe Red Warriors kami ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana anda telah membuktikan anda adalah selaku pasukan terbaik tahun ini..gomo Kelate gomo..



.:Views and Suggestions:.